Sejak kita diperkenalkan dengan All For One (AFO), memang kita tahu dia watak yang susah untuk dikalahkan. All Might juga hampir separuh mati ketika berlawan dengannya. Dengan quirk yang boleh mengambil kuasa daripada orang lain, ia sememangnya datang dengan kesan lain juga. Dalam bab manga My Hero Academia juga menunjukkan pasukan Hero berusaha untuk memusnahkan satu-satunya kelemahan yang terdapat pada All For One buat masa ini. Ingin tahu apakah kelemahan itu? Mari kami ceritakan kepada anda secara ringkas.

*Amaran! Terdapat spoiler untuk manga My Hero Academia 354 dan 355*
Kalau anda lupa bagaimana rupa All For One, dia selalu memakai ataupun memakai helmet yang sebenarnya alat sokongan hayatnya. Malah semasa melepaskan diri daripada Tartarus, dia telah membawa sekali peralatan itu bersamanya. Ini membuktikan bahawa dia tidak boleh bertahan tanpa alat bantuan itu. Jadi, Hawks telah membuat deduksi bahawa itulah yang menjadi satu-satunya kelemahan yang terdapat pada All For One.

Kini, misi mereka ialah untuk memusnahkan helmet tersebut walaupun hanya sedikit. Di sinilah Endeavor dan Hawks bergabung tenaga untuk musnahkan topeng itu sebaik mungkin. Tetapi seperti biasa, All For One masih menggunakan taktik psikologinya dan membuatkan Endeavor sedikit terkesan lalu memberikan pukulan hebat kepadanya, meninggalkan Hawks berseorangan menentang AFO.

Agak bernasib baik buat Hawks apabila dia diselamatkan oleh Tokoyami dan Jiro yang menggunakan “Heartbeat Wall” untuk melemahkan serangan AFO. Untuk memberikan sedikit masa untuk Endeavor kembali bangkit, Hawk, Tokoyami dan Jiro kini bekerjasama untuk memberikan sedikit kerosakan pada helmet AFO. Ternyata ia masih lagi susah untuk mereka dekat dengannya atau mengenakan serangan kepada AFO.

Walaupun tercedera, Jiro berjaya melancarkan serangannya ke atas villain tersebut malah membuatkan quirk yang dimiliki AFO menentang arahannya. Ini memberikan peluang untuk Hawks memberikan serangan kepada helmet All For One yang akhirnya pecah mendedahkan sedikit kepalanya.

Sama ada teori Hawks mengenai helmet tersebut betul atau tidak, nampaknya kita perlu menunggu bab seterusnya. Agak pelik juga kalau AFO dapat dikalahkan dengan begitu mudah betul tidak? Anda yang ingin membaca manga My Hero Academia, bolehlah pergi ke MangaPlus untuk membacanya. Dengan platform ini, anda dapat memberikan sokongan kepada mangaka. Kalau anda inginkan liputan lain mengenai My Hero Academia daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post