Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Outer Worlds tidak akan keluar di Steam tetapi akan jadi judul esklusif di Epic Games Store dan Microsoft Store!

Keputusan yang betul kah?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 21, 2019
in Artikel, Berita, PC, Steam
0 0
0
The Outer Worlds tidak akan keluar di Steam tetapi akan jadi judul esklusif di Epic Games Store dan Microsoft Store!
Share on FacebookShare on Twitter

Pendekatan Epic Games kepada Steam memang penuh kontroversi tetapi itu tidak menjadi penghalang untuk syarikat Epic buat masa ini. Daripada bersaing dengan pelantar Steam, metod utama Epic Games untuk menarik pemain ialah dengan mengambil game yang telah lama di-hype-kan dan menjadikan game-game ini esklusif di Epic Games Store, tanpa risau tentang akibatnya.

Sumber – Obsidian

Perkara ini telah pun berlaku dengan strategy game mirip XCOM iaitu Phoenix Point, Metro Exodus, dan kini walaupun menerima bantahan dan kekecewaan ramai peminat, game hasil Obsidian “The Outer Worlds.” Berita ini diumumkan oleh Epic Games semasa keynote mereka di GDC 2019.

Game ini juga akan dikeluarkan di Microsoft Store, tetapi ia tidak akan muncul di mana-mana digital distribution platform lain untuk setahun, terutamanya Steam. Jika kalian tidak pernah dengar tentang The Outer Worlds sebelum ini, kami pernah menulis dengan lebih terperinci sebelum ini. Nak pendek cerita, The Outer Worlds adalah sci-fi RPG first-person yang banyak ambil ilham daripada Fallout: New Vegas. Game ini akan ada multiple endings, sifat-sifat dan skill ala RPG, orang untuk pemain berkawan, dan fokus utama kepada kebebasan untuk pilih: dalam jalan cerita dan gameplay.

Sumber – Obsidian

Secara teknikal, The Outer World masih disenaraikan di dalam Steam, tetapi tarikh pengeluarannya di Steam telah diubah kepada tahun 2020 serta penambahan kata di atas game description: “Outer Worlds boleh didapati di Steam setahun selepas pengeluarannya di platform esklusif digital PC yang lain.”

Jadi jika korang semua dah wishlist game ini di Steam dengan niat nak pre-order satu hari nanti, sekarang masa untuk fikir balik kot. Kalau nak ikut cara alternatif, pengguna Steam boleh tunggu game ini keluar secara rasmi di platform ini pada tahun akan datang.

Sumber –PC Gamer

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Epic GamesObsidian EntertainmentPCPrivate DivisionThe Outer Worlds
Previous Post

Nintendo memperkenalkan game terbaru seperti Cuphead, Game Zelda baru di Nindies Showcase Spring 2019!

Next Post

Unity telah mengumumkan yang mereka berkerjasama dengan Tencent!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Unity telah mengumumkan yang mereka berkerjasama dengan Tencent!

Unity telah mengumumkan yang mereka berkerjasama dengan Tencent!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd