Pada 21 April yang lalu, satu acara khas Magic: The Gathering telah dilangsungkan sempena pelancaran pengembangan terbaru game tersebut iaitu Streets of New Capenna. Kami berpeluang untuk menyertai acara ini di Jao Tim, KL untuk melihat sendiri serta mencuba kad-kad baru daripada pengembangan tersebut.
Selepas memberikan kata laluan rahsia kepada bouncer, kami telah dijemput ke kawasan permainan- lengkap dengan tempat duduk yang ditetapkan untuk memastikan setiap pemain berada dalam kumpulan yang sepadan dengan tahap kemahiran mereka.

Antara highlight pada acara itu ialah pelbagai mocktail yang bertema serta berperisa mengikut lima keluarga New Capenna. Ia dihidangkan dalam gelas dalam pelbagai bentuk dan saiz. Bukan setakat itu sahaja, setiap mocktail tersebut mempunyai nama mereka tersendiri dan seakan-akan minuman sebenar daripada dunia New Capenna.
Kami juga mengadakan demonstrasi mocktail yang dibuat oleh pelayan bar sendiri- dengan semua minuman keluarga dicampur, ia pasti memberi gambaran bahawa kawasan permainan itu adalah jenis medan neutral bagi sekumpulan keluarga jenayah yang bertelagah.

Selepas penerangan ringkas terhadap New Capenna, sudah tiba masanya untuk bermain! Setiap meja mempunyai jurulatih yang berpengalaman dalam MTG, menerangkan asas game kepada kumpulan yang kurang pengetahuan mengenai game itu. Kami juga telah disediakan dengan pek Jump Start, set yang mengandungi setengah deck setiap satu, membolehkan anda membina dua dek daripada kad tema pre-made.

Walaupun terdapat banyak game mobile kad, acara MtG Learn-To-Play merupakan rumusan sempurna bagi pemain kad. Berbual dengan orang yang tidak dikenali tentang dek anda, merengek tentang mendapat kad yang teruk, ini semua adalah perbualan hebat yang memberikan pengalaman berbeza daripada menghadap skrin telefon sahaja.
Lebih baik lagi, kita juga dapat bercakap tentang masa depan MtG. Tetapi ia bukanlah topik berat yang melibatkan perniagaan. Ia lebih kepada keterujaan untuk kad-kad yang akan datang.

Terima kasih banyak-banyak kepada Wizards of the Coast SEA kerana mengadakan acara yang sangat baik ini dan jangan lupa untuk melihat kad MTG: Streets of New Capenna apabila ia dilancarkan pada minggu depan.
@gamersantaimy
Discussion about this post