Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Xbox PC Game Pass dilancarkan secara rasmi di Malaysia, bayar RM5 untuk 3 bulan

safwan by safwan
April 21, 2022
in Artikel, Berita, Panduan, PC
0 0
0
Xbox PC Game Pass dilancarkan secara rasmi di Malaysia, bayar RM5 untuk 3 bulan
Share on FacebookShare on Twitter

Microsoft mengumumkan bahawa mereka telah melancarkan PC Game Pass untuk pengguna PC di Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, dan negara tercinta kita, Malaysia.

Mulai hari ini, para pemain boleh mendaftar untuk dapatkan PC Game Pass yang membolehkan kita menikmati lebih 100 game bermutu tinggi termasuk Xbox Game Studios, game terkenal daripada Bethesda, dan juga EA Play pada satu harga bulanan yang rendah iaitu RM 5.00 bagi 3 bulan yang pertama. Dengan pelbagai pilihan game PC yang meliputi segala genre, dan judul baru yang sentiasa ditambah baik, pasti ada game untuk dinikmati oleh semua.

PC Game Pass Malaysia

Berikut adalah cara-cara untuk melanggan:

  1. Muat turun aplikasi Xbox daripada Microsoft Store di Windows.
  2. Selesai mendaftar masuk ke dalam aplikasi dengan akaun Microsoft anda, pergi ke halaman utama dan tekan butang “Get PC Game Pass”.
  3. Selepas tekan butang tersebut, terdapat satu pop up akan muncul yang menunjukkan harga langganan “RM 5.00 untuk sebulan dan percuma untuk 2 bulan seterusnya”.
  4. Selepas melanggan perkhidmatan, anda sedia memuat turun dan bermain macam-macam jenis game dari koleksi yang disediakan!

Sebelum ini, mereka telah mengumumkan previu PC Games Pass yang berharga RM0.50 untuk menguji dan mendapatkan maklum balas daripada pengguna di rantau ini. Namun, tidak sampai sebulan, mereka telah melancarkan secara rasmi PC Game Pass di Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, dan Malaysia.

PC Games Pass Malaysia

Tetapi korang mesti ingat, selepas tamatnya tempoh 3 bulan, langganan PC Game Pass akan diteruskan secara automatik pada nilai harga RM 15.00.

Antara game popular korang boleh cuba dalam PC Game Pass termasuk Minecraft, Forza Horizon 5, Age of Empires IV, Sea of Thieves and Microsoft Flight Simulator. Turut disertakan ialah Halo Infinite, dan juga francais terkenal seperti Fallout dan The Elder Scrolls daripada Bethesda Softworks. Selain itu, EA Play disediakan dalam perkhidmatan, dan terdiri daripada beberapa francais terbesar di dunia, iaitu FIFA, Battlefield, The Sims, dan Mass Effect.

Untuk maklumat lanjut mengenai PC Game Pass di Malaysia, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: PanduanPC Game Pass
Previous Post

Filem Spider-Man: Across The Spider-Verse ditunda ke Jun 2023

Next Post

Dwayne Johnson “The Rock” akan sertai produksi untuk filem It Takes Two

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Dwayne Johnson “The Rock” akan sertai produksi untuk filem It Takes Two

Dwayne Johnson "The Rock" akan sertai produksi untuk filem It Takes Two

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd