Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Spider-Man: Across The Spider-Verse ditunda ke Jun 2023

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 21, 2022
in Animasi, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Filem Spider-Man: Across The Spider-Verse ditunda ke Jun 2023
Share on FacebookShare on Twitter

Berita buruk untuk peminat Spider-Man di seluruh dunia kerana Sony telah mengumumkan bahawa filem animasi Spider-Man: Across The Spider-Verse telah ditunda dari tahun ini ke Jun 2023.

Secara lebih khusus lagi, Sony mendedahkan yang Spider-Man: Across the Spider-Verse kini akan dikeluarkan pada 2 Jun 2023, lapan bulan selepas tarikh yang ditetapkan sebelum ini. Pada masa yang sama, sekuelnya Across the Spider-Verse Part II pula akan ditayangkan pada 29 Mac 2024.

A shift in the multi-verse.

🕸 Spider-Man: Across the Spider-Verse – June 2, 2023
🕸 Spider-Man: Across the Spider-Verse Part II – March 29, 2024#SpiderVerse pic.twitter.com/cUTdCej5Nz

— Spider-Man: Across The Spider-Verse (@SpiderVerse) April 21, 2022

Tarikh terkini juga bermaksud bahawa sekuel Part 2 akan ditayangkan kira-kira sebulan sebelum filem live action Marvel Sony, Madame Web, yang baru sahaja disahkan pada Julai 2023.

Asalnya bertajuk Spider-Man: Across the Spider-Verse (Part1), filem akan datang ini sekali lagi akan mengikuti pengembaraan Miles Morales (Shameik Moore) selaku Spider-Man di dimensinya. Selain dia, Oscar Isaac akan menjadi Miguel O’Hara / Spider-Man 2099, Hailee Steinfeld sebagai Gwen Stacy/Spider-Woman dan Jake Johnson sebagai Peter B. Parker/Spider-Man daripada filem pertama. Pada masa yang sama, Issa Rae akan muncul sebagai Spider-Woman yang identiti sebenarnya masih tidak diketahui.

Across the Spider-Verse mula memasuki produksi pada tahun 2020 dan dijadualkan untuk keluar pada April 2022; ia kemudian beralih ke Oktober tahun ini. Namun, itu pun terpaksa ditunda ke tahun depan.

Sony tidak menjelaskan mengapa mereka menunda Spider-Man: Across the Spider-Verse, tetapi kemungkinan besar ia berkaitan dengan produksi. Walaupun proses animasi sudah berjalan selama dua tahun, filem pertama menggunakan gaya rumit yang memerlukan masa untuk membuat pembetulan. Spider-Verse 2 akan cuba mengembangkan bahagian ini dengan menggunakan gaya berbeza untuk setiap “universe” bagi setiap individu.

https://twitter.com/SpiderVerse/status/1467294398283059201

Maka, Sony memilih untuk menunda filem itu demi memberi masa kepada pasukan kreatif mencantikkan filem ini sebaik mungkin.

Saya tahu ramai tidak sabar untuk menonton Spider-Man: Across the Spider-Verse pada hujung tahun ini, tetapi nampaknya korang perlu menunggu sedikit lagi. Harap masa tambahan ini dibalas dengan kualiti yang sama bagus! Untuk segala liputan kami tentang Spider-Man, sila tekan pautan ini.

Sumber: Sony

Tags: animasifilemSpider-Man: Across the Spider-Verse
Previous Post

Kingston membuka FURY Gaming Lab pertama di Taiwan, khas untuk memenuhi keperluan gamer

Next Post

Xbox PC Game Pass dilancarkan secara rasmi di Malaysia, bayar RM5 untuk 3 bulan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Xbox PC Game Pass dilancarkan secara rasmi di Malaysia, bayar RM5 untuk 3 bulan

Xbox PC Game Pass dilancarkan secara rasmi di Malaysia, bayar RM5 untuk 3 bulan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd