Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Pandangan pertama] Goddess of Victory: NIKKE – Game shooter anime yang senang dimainkan!

Maira by Maira
April 26, 2022
in Android, Artikel, Berita, Game, iOS, Mobile, Pandangan Pertama
0 0
0
[Pandangan pertama] Goddess of Victory: NIKKE – Game shooter anime yang senang dimainkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Kini, macam-macam game shooter yang tersedia untuk platform mobile. Tetapi ada satu game yang kami berpeluang untuk cuba iaitu Goddess of Victory: NIKKE. Kalau nak tahu bagaimana rupa game ini, jom kami tunjukkan kepada anda! Tetapi jangan harapkan banyak benda yang boleh kami tunjukkan, kerana ianya merupakan versi beta Chinas, jadi beberapa ciri seperti rank, sambungan bab dan skin watak tidak tersedia.

Penceritaan Goddess of Victory: NIKKE

NIKKE berpusat pada krisis intelektual, di mana dunia telah ditawan oleh pelbagai mesin bersenjata yang dipanggil “Rapture”. Untuk melawan mesin ini, manusia telah membangunkan “Nikke”. Pada mulanya, anda menjadi komander yang baru tamat sekolah dan terus ke medan perang. Tetapi sesuatu telah berlaku dalam pertempuran dan anda telah koma. Tiba-tiba seorang gadis muda, berambut hitam telah membangunkan anda. Selepas itu, anda akan bertemu dengan watak-watak lain dan bermulalah tutorial untuk game ini.

Menyangka otaknya telah digodam, sebuah Nikke telah membunuh dirinya, tetapi watak ini mungkin akan kembali semula dalam penceritaan jika dilihat pada penceritaannya. Apapun, tiada sesiapa pun yang menyebut tentang watak itu lagi. Anda juga tidak boleh mendapatkannya melalui gacha. Jadi, kalau anda teringin untuk main menggunakan watak itu, anda mungkin sedikit kecewa mengenainya.

Grafik

Game ini mempunyai grafik 2D yang hampir sama dengan mana-mana game anime lain. Nampaknya pembangun lebih menumpukan perhatian yang lebih pada tubuh watak, dan ia juga mempunyai pelbagai tetapan watak untuk dipilih. Animasi Live2D untuk game ini sangat hebat dan juga lancar. Sudah tentu ia juga melibatkan “fan-service” yang banyak.

Grafik 3D yang digunakan kelihatan biasa sahaja, dengan rupa chibi. Anda hanya akan menggunakan model ini dalam fasa “penerokaan” sebelum bermulanya pertempuran dan juga di dalam pangkalan (base). Jika dilihat pada gambar, anda boleh melihat watak bertempu dengan musuh pada pertempuran persediaan.

Gameplay

Game ini nampak seperti game TPS yang biasa tetapi bezanya anda boleh bermainnya dengan satu jari sahaja. Jika, anda melepaskan jari daripada skrin, watak secara automatik akan crouch untuk berlindung. Hanya lima watak sahaja yang boleh dibawa ke pertempuran dan mereka ini mempunyai kebolehan tersendiri. Malah, mereka juga mempunyai mekanisme kolaboratif dengan “Fever Time”. Pemain mesti menggunakan kebolehan watak mengikut giliran “Ⅰ->Ⅱ->Ⅲ”, jadi anda perlu bawa barisan watak yang baik sebelum memasuki pertempuran.

Dari segi klasifikasi, Nikki ini mempunyai kepelbagaian yang banyak. Antaranya, ciri-ciri senjata yang boleh dibahagikan kepada rifle, sniper, attack charge dan juga serangan berkumpulan. Tetapi susunan jenis senjata juga tidak mencukupi kerana perlu konfigurasi untuk defensif, auxiliary dan ofensif.

Terdapat juga mod auto kalau anda tidak mahu menggunakan tangan anda semasa bermain. Selain “main story”, terdapat juga lost sector untuk diteroka dan tribe tower yang mencabar untuk dimainkan. Ketika meneroka peta, anda akan menjadi versi Q Nikke dan kawal mereka untu mengumpul item di sekeliling peta atau pergi ke pertempuran. Jika pembangun menambahkan lebih banyak elemen tersembunyi dan teroka lebih lanjut, ia tentu lebih menarik.

Sistem naikkan level

Terdapat tiga upgrade yang diperlukan untuk setiap watak iaitu level upgrade, skill upgrade dan limit breakthrough. Semua ini memerlukan sumber seperti skill book atau name card yang boleh didapati daripada side quest dan lain-lain. Anda juga boleh meningkatkan stat dengan menggunakan “cube” untuk kebolehan pasif, “Equip” untuk tingkatkat HP, ATK dan DEF, “Skill” untuk tingkatkan damage skill. Ciri untuk menukar skin watak juga tidak tersedia. Jadi, kami tidak tahu jenis skin yang akan tersedia nanti. Tetapi anda boleh melihat menunya dalam game.

Kesimpulan

Bagi saya, Nikke merupakan game yang santai dan anda tidak perlu melabur banyak masa untuk bermain kerana fungsi auto tersedia untuk anda. Teras pada sistem game juga tidak mempunyai banyak perubahan berbanding Genshin Impact dan Ark. Walaupun begitu, ia mempunyai banyak watak dalam galeri, jadi memang ramai Nikke yang sedia ada akan boleh dilihat disitu. Jalan ceritanya juga agak menarik dan rasanya anda juga akan tertarik untuk terus bermainnya. Beberapa kandungan mungkin juga ditapis kerana fan-service yang tersedia. Goddess of Victory: NIKKE dijangka akan keluar pada tahun ini pada android dan iOS. Anda boleh ikuti laman web rasmi mereka seperti dibawah:

  • Laman web rasmi
  • Facebook
  • Instagram
  • Youtube
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: NIKKE: Goddess of VictoryPandangan Pertama
Previous Post

Pencipta Final Fantasy terkejut lihat patung FFVI bernilai RM50K, harga terlalu mahal

Next Post

Acer Aspire Vero “National Geographic Edition”, pra-tempah mula harga RM4,299

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Acer Aspire Vero “National Geographic Edition”, pra-tempah mula harga RM4,299

Acer Aspire Vero "National Geographic Edition", pra-tempah mula harga RM4,299

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd