Pengembaraan bersama Nathan Drake dan Chloe nampaknya kembali dengan koleksi terbaru yang dilancarkan beberapa hari yang lalu untuk konsol PS5. Selepas diumumkan pada tahun lepas, pemilik konsol gen baru dapat bermain semula siri Uncharted dengan grafik yang disesuaikan untuk konsol tersebut. Dalam Uncharted Legacy of Thieves Collection ini, siri yang tersedia adalah Uncharted 4: A Thief’s End dan Uncharted: Lost Legacy. Kalau anda ingin tahu berbaloi atau tidak untuk membeli versi baru ini, jom lihat review jujur daripada saya untuk kedua-dua game Uncharted ini.
Grafik yang diperbaharui
Apabila anda memulakan permainan, ia membenarkan anda memilih untuk bermain sama ada Uncharted 4: A Thief’s End atau Uncharted: Lost Legacy pada menu utama. Selepas itu, anda boleh memilih mod yang tersedia iaitu Mod Fidelity, Mod Performance atau Mod Performance+.
- Fidelity Mode: Resolusi 4K asli dan 30 FPS.
- Performance Mode: 60 FPS. Jika anda mempunyai TV paparan 4K, game ini akan memaparkan resolusi 4K yang ditingkatkan daripada resolusi 1440p. Jika TV anda ialah TV HD 1080p standard, game ini akan memaparkan resolusi 1080p yang disampelkan daripada resolusi 1440p dengan anti-aliasing.
- Performance+ Mode: Resolusi 1080p beserta 120 FPS.
Seperti game remaster lain, grafiknya bagus pada PS5. Sejujurnya, ia bukanlah peningkatan yang ketara jika dibandingkan pada versi PS4. Memandangkan kedua-dua game Uncharted ini baru berusia 5 tahun begitu, ianya merupakan game yang sudah mempunyai grafik yang hebat ditambah lagi dengan kehebatan grafik pada PS5.
Dari segi grafik antara Mod Fidelity, Mod Performance dan Mod Performance+, terdapat perbezaan yang tidak terlalu besar. Mod Fidelity kelihatan lebih baik sedikit berbanding Prestasi dan Prestasi+, seperti butiran pada latar belakang yang kelihatan sedikit terang. Berikut adalah perbandingannya:


Anda hanya boleh melihat perbezaan ini jika anda betul-betul melihatnya seperti helang. Jika anda hanya bermain secara biasa sahaja, anda mungkin tidak sedar perubahan pada grafik pada mod tersedia. Lebih-lebih lagi untuk mod Performance dan Performance+ yang kelihatan sangat sama bagi saya. Hanya satu sahaja masalah pada grafik ini
Satu-satunya bahagian grafik yang tidak sempurna ialah bayang-bayang. Bayang-bayang adalah 99% hebat sepanjang masa. 1% itu hilang apabila rumput dan pokok yang juga menunjukkan bayang-bayang seperti berikut:

Ini hanya 1% daripada gameplay saya sahaja, itupun saya terpaksa mencarinya. Jadi, ia bukanlah masalah yang membimbangkan sangat. Mungkin kadang-kadang anda perasan efek bayang serta pencahayaan yang pelik hanya seketika tetapi untuk keseluruhan game ini, grafiknya sememangnya hebat. Berikut adalah perbezaan antara Uncharted 4 dan Uncharted: Lost Legacy:


Jika dilihat, model Chloe nampak sedikit pelik berbanding Nathan dari segi pencahayaan. Ianya seperti Lost Legacy mempunyai pencahayaan yang agak pelik berbanding Uncharted 4. Tetapi jika anda berada dalam kawasan yang gelap, pencahayaannya elok sahaja. Walaupun begitu, grafik untuk cutscene dalam kedua-dua game ini sememangnya mantap.

Prestasi
Dari segi prestasi bermain, ianya sangat lancar tanpa sebarang gangguan atau lag. Pertukaran antara gameplay dan cutscene juga tiada masalah. Saya juga tidak perasan jika game ini sedang loading kerana semuanya berfungsi dengan sangat pantas.
Anda akan sedar perbezaan apabila bermain antara mod Fidelity dan mod Performance/Performance+. Dengan 60 FPS dan 120 FPS pada kedua-dua mod Performance, kelancarannya memang ketara jika dibandingkan dengan gameplay 60 FPS dengan mod Fidelity. Dalam mod Fidelity, apabila anda menggerakkan kamera sekeliling watak, ia kelihatan sedikit perlahan berbanding dua mod lain.

Controller DualSense PS5
Walaupun DualSense pada PS5 mempunyai ciri-ciri yang hebat, tetapi game ini tidak mengaplikasikan ciri-ciri tersebut pada versi PS5. Anda hanya dapat merasakan gegaran yang biasa dirasa menggunakan DS4. Ia juga tidak menggunakan ciri adaptive trigger pada gameplay. Jadi agak kecewa juga apabila versi PS5 Uncharted ini tiada ciri-ciri hebat tersebut.
Upgrade tersedia untuk pemilik game versi PS4
Jika anda sudah mempunyai Uncharted 4: A Thief’s End dan Uncharted: Lost Legacy pada PS4, anda boleh upgrade ke versi PS dengan harga RM40. Anda juga boleh memindahkan data save anda ke versi baru ini. Tetapi satu sahaja yang berbeza. Mod multiplayer tidak tersedia, jadi jika anda ingin bermain mod tersebut, anda perlu bermain pada versi asal di PS4.

Kesimpulan
Senang cerita, Uncharted: Legacy of Thieves Collection sememangnya lebih baik berbanding daripada versi PS4 untuk kedua-dua game. Jika anda tidak pernah bermain game ini, memang berbaloi jika anda membelinya. Manakala pemain yang sudah memilikinya pada PS4, ia masih game yang sama tetapi jika anda ingin bermainnya dengan grafik yang lebih hebat, anda boleh mendapatkannya. Tetapi jangan mengharapkan sesuatu yang lebih pula.
Itu sahaja yang boleh saya boleh kongsikan tentang game Uncharted ini. Kepada pemain PC, anda perlu bersabar sedikit untuk merasai pengalaman hebat Uncharted ini dan tunggu pengumuman rasmi untuk versi PC. Jika anda ingin membaca review lain daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post