Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Khabar angin] Armored Titan akan hadir ke COD: Warzone!

Maira by Maira
January 24, 2022
in Artikel, Berita, Game
0 0
0
[Khabar angin] Armored Titan akan hadir ke COD: Warzone!
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah dua minggu Call of Duty (COD) mengumumkan bundle khas kolaborasi dengan siri anime Attack on Titan iaitu Levi Bundle. Nampaknya ada satu lagi khabar angin mengatakan terdapat perkara baru dari anime tersebut akan hadir. Dikatakan bahawa armored titan akan masuk ke dunia COD selepas bundle khas Levi dilepaskan.

Pada 20 Januari yang lalu, kolaborasi Attack on Titan dan COD telah tersedia secara rasmi, mengikuti update midseason Vanguard dan Warzone Pacific. Dalam kolaborasi ini, bukan sahaja pakaian yang tersedia, tetapi ia juga datang dengan Operator baru, senjata baru, kandungan tambahan untuk Zombies, pembetulan bug dan banyak lagi.

Berbeza dengan Bundle Levi yang mempunyai operator cosplay sebagai Levi, armored titan yang akan hadir ini merupakan operator sendiri. Operator tersebut akan muncul dengan segala otot dan kulit perisainya. Perkara ini telah dibocorkan oleh seorang pengguna Twitter, Hydra114. Dia telah memuat naik beberapa klip pendek untuk titan tersebut.

https://twitter.com/Hydra9114/status/1481472317654016001?s=20

Dalam klip yang dimuat naik, anda boleh melihat armored titan memegang senjata Warzone. Terima kasih pada Nanikos, yang memadankan kesemua klip tersebut untuk dilihat oleh orang ramai.

https://twitter.com/_Nanikos_/status/1484682517404078080?s=20

Walaupun begitu, ini hanyalah khabar angin dan sudah tentu ramai yang teruja mengenainya. Lebih-lebih lagi kekecewaan mereka terhadap bundle Levi yang diumumkan dahulu. Bundle khas tersebut juga memmpunyai banyak bug dan masalah lain dan membuatkan lebih ramai tidak menyukainya. Sebab itu, komuniti COD kini hanya menunggu pengumuman rasmi mengenai kehadiran titan terkenal itu dalam game untuk mengurangkan lagi kekecewaan mereka terhadap kolaborasi ini.

Jika anda ingin liputan lain mengenai francais COD, sila klik pautan ini.

Sumber: Gamerbraves

Tags: Armored TitanAttack on TitanCall of Duty: Warzone
Previous Post

Kantoi tiru watak LoL untuk game sendiri, Riot Games saman studio dari Vietnam

Next Post

Peluang menangi hadiah premium Gran Turismo 7 melalui kempen MyGTStory!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Peluang menangi hadiah premium Gran Turismo 7 melalui kempen MyGTStory!

Peluang menangi hadiah premium Gran Turismo 7 melalui kempen MyGTStory!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd