Sempena dengan pelancaran “Gran Turismo® 7” di PS4 dan PS5 serta Ulang Tahun ke-25 siri Gran Turismo®, Sony Interactive Entertainment Singapore (SIES) telah mengadakan kempen sosial “MyGTStory” dan ingin menjemput pemain di Asia untuk berkongsi cerita dan memori mereka tentang Gran Turismo.
10 penyerahan terbaik dari Asia Tenggara (Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam) boleh mendapat peluang untuk memenangi Set Hadiah Deluxe yang termasuk game “Gran Turismo® 7” 25th Anniversary Edition yang ditandatangani oleh Kazunori Yamauchi.
Tempoh kempen: 24 Januari hingga 13 Februari 2022
Cara-cara untuk masuk:
- Muat naik gambar/video di Facebook dan/atau Instagram tentang “makna Gran Turismo” dengan maksimum 100 perkataan dalam kapsyen untuk memperkenalkan “kisah Gran Turismo” anda.
- Bahan berkaitan Gran Turismo mesti disertakan dalam siaran sosial (cth: salinan game, barangan rasmi, gambar/video di acara Gran Turismo, tangkapan skrin dalam game, dsb.).
- Tambahkan hashtag rasmi kempen dalam posting: #MyGTStory dan #GT7.
- Tag akaun PlayStation rasmi tempatan kita: @PlayStationAsia (untuk Facebook) dan @PlayStationAsia (untuk Instagram).
- Entri/posting mesti ditetapkan kepada “Public”.
- Peserta dibenarkan menyerahkan banyak kali tetapi setiap peserta hanya mempunyai satu peluang untuk dipilih sebagai pemenang.

Kriteria untuk menang:
Gambar/video terbaik akan dinilai oleh SIES berdasarkan kreativiti dan relevan.
Hadiah
10 pemenang dari Asia Tenggara (Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam) dengan gambar/video paling kreatif dan kapsyen terbaik akan dihadiah satu Gran Turismo® 7” Deluxe Gift Set yang terdiri daripada:
- 1 x “Gran Turismo® 7” 25th Anniversary Edition (PS4/PS5, salinan fizikal yang ditandatangani oleh Kazunori Yamauchi – Presiden Polyphony Digital, pencipta siri Gran Turismo)
- 1 x keychain “Gran Turismo® 7”.
- 1 x pelapik cawan berbentuk litar “Gran Turismo® 7”.
- 1 x lanyard “Gran Turismo® 7”.
- 1 x set pelekat “Gran Turismo® 7”.

Tekan di SINI untuk maklumat lanjut tentang kempen di atas.
Kongsi “MyGTStory” anda dan menangi peluang untuk menang edisi premium Gran Turismo 7 yang bakal keluar pada 4 Mac 2022 di PS4 dan PS5.
@gamersantaimy
Discussion about this post