Seperti yang korang semua tahu, PUBG Mobile adalah salah satu game mobile paling popular di Malaysia, dan juga merupakan salah satu game esports paling maju di negara kita. Namun, tidak semua orang bermain PUBG Mobile dengan “jujur”. Di sini, saya akan cuba senaraikan 6 Hack dan Cheat PUBG Mobile yang kerap digunakan!
Wallhack

Bukan sahaja PUBG, hack ini sering digunakan dalam majoriti game shooter penembak kerana ia sangat mudah untuk dilaksanakan. Menggunakan hack ini, si hacker mendapat kelebihan untuk mengesan musuh di sekitar kerana dapat melihat lokasi setiap pemain melalui dinding, lantas namanya “wallhack.”
Wallhack boleh didapati dalam pelbagai jenis, tetapi yang paling biasa di PUBG Mobile adalah musuh akan ditandakan dengan warna terang, selalunya hijau atau merah. Si hacker kemudian boleh dengan mudah mengesan musuh dan menyerang secara strategik.
Aimbot

Sama seperti wallhack, hack ini pun kerap digunakan dalam game shooter lain. Dengan menggunakan hack ini, pemain akan “memperoleh 100% ketepatan apabila menembak”. Bukan itu sahaja, aimbot tertentu juga tidak memerlukan pemain untuk membidik musuh dan akan serta merta beralih ke sasaran seterusnya (mereka yang dalam jarak berdekatan).
Namun, hack ini sangat mudah untuk dikesan.
ESP
![DINO ESP - PUBG Mobile ESP Hack (No Root) [New Version] 2020 - Gaming Forecast - Download free online game hacks](https://1.bp.blogspot.com/-ee9m-JU4HME/XuVArvNecqI/AAAAAAAALu0/OrjVFKjO-SQhiPj2hWKqpAaPPIgROsjugCLcBGAsYHQ/s1600/noroot-pubgm-hack.webp)
Bagi saya, ESP atau Extra Sensory Perception adalah antara hack paling canggih dalam PUBG Mobile. Secara ringkas, sistem ESP akan menyuntik kod ke dalam game client yang memantau data permainan dalam peranti korang lalu menawarkan pelbagai maklumat tentang pihak lawan seperti nama, HP, jarak, senjata yang digunakan dan banyak lagi.
Ada juga yang memanggilnya “radar hack” kerana dapat menentukan lokasi pemain. Menurut pemaju, ini adalah salah satu hack yang paling sukar dikesan.
Speed hack

Sama seperti namanya, speed hack digunakan untuk bergerak pantas dalam game. Berita baik adalah hack ini mudah untuk dikenal pasti dan sebenarnya tidak susah untuk membunuh hacker ini. Cuma, hack ini menawarkan kelebihan yang tidak adil semasa pertempuran jarak dekat atau untuk mengumpul loot dengan lebih cepat.
Jump Hack

Hack ini membolehkan pengguna melompat tinggi hingga ke langit untuk bergerak dengan lebih pantas atau mengesan mudah dengan mudah. Boleh digunakan semasa memandu kenderaan, hack ini kurang popular kerana sangat mudah untuk dikesan.
Area Damage Modifier

Hack ini digunakan secara meluas untuk mengubah suai damage area di mana si hacker akan menukar nilai damage seperti bom atau senjata letupan lain yang menyebabkan kerosakan secara berkawasan.
Cheat ini memang tidak adil, lagi-lagi kerana kita tahu damage dari bom sangat sakit hingga boleh buat pemain knock. Akibatnya, ramai tidak dapat “bercacing” atau berselindung di sebalik rumah, batu, pokok.
Itu sahaja penjelasan saya bagi 6 hack dan cheat yang paling kerap digunakan di PUBG Mobile. Apa pendapat anda tentang situasi hacker semasa dalam PUBG? Makin berkurang atau bertambah? Jom kongsikan pendapat di ruang komen.
@gamersantaimy
Discussion about this post