Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

6 FAKTA tentang Jigen! Antagonis terbaru siri Boruto!

Juga merupakan antara antagonis paling kuat di dalam siri.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 20, 2019
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia
0 0
0
6 FAKTA tentang Jigen! Antagonis terbaru siri Boruto!
Share on FacebookShare on Twitter

Jigen adalah salah satu antagonis utama siri Boruto, dan juga antara watak yang paling kuat setakat ini. Membuat debut pada Bab 15 Boruto, Jigen telah muncul sebagai penjahat besar terbaru dalam universe Boruto. Dengan kuasa tanpa terhad, dia mengetuai organisasi yang dikenali sebagai Kara yang dihuni oleh beberapa watak lain yang juga sama kuat.

Walaupun matlamat mereka masih tidak diketahui, organisasi Kara terus berusaha tanpa henti untuk mencapai target mereka. Karisma Jigen sememangnya telah menarik perhatian peminat tetapi watak ini masih diselubungi misteri. Banyak telah kami korek dan berikut adalah 6 PERKARA yang anda perlu tahu tentang Jigen.

Tuan Rumah kepada Otsutsuki Isshiki

Jigen adalah ketua kepada Kara, dan kerana itu, ia dijangka bahawa dia sangat kuat. Semasa latihannya bersama Kawaki, dia mempamerkan sedikit kebolehannya, tetapi selebihnya akhirnya ditonjol semasa pertarungannya menentang Naruto dan Sasuke. Ternyata, sumber kekuatan Jigen adalah Otsutsuki Isshiki. Sama seperti Uzumaki Boruto kepada Momoshiki, Jigen berfungsi sebagai tuan rumah Otsutsuki Isshiki, yang kini sedang mencari tuan rumah berbeza sejak Jigen mencapai batasnya.

Eksperimen Jigen

Jigen, bersama dengan Amado, seorang ahli lain dalam Kara, telah lama berusaha untuk mencipta tuan rumah yang sempurna untuk Otsutsuki Isshiki. Proses itu melibatkan 14 budak lelaki yang menjadi mangsa untuk Jigen menurunkan Kama miliknya. Malangnya, kuasa Kama terlalu kuat sehingga ia membunuh hampir semua budak lelaki, kecuali Kawaki dan seorang lagi budak lelaki yang tidak dinamakan. Berikutan peristiwa ini, Kawaki diisytiharkan sebagai tuan rumah seterusnya untuk Isshiki, manakala nasib seorang lagi budak lelaki itu tidak diketahui sehingga kini.

Kawalan Kama milik Jigen

Sebagai salah satu daripada tiga individu yang mempunyai akses kepada Kama, kuasa Jigen memang tidak boleh diragukan lagi, adalah sangat luas. Setakat ini, dia menjadi satu-satunya dalam keseluruhan siri untuk mengawal Kama sepenuhnya. Dalam pertarungannya melawan Naruto dan Sasuke, dia menunjukkan kekuatan menakjubkannya kepada yang paling maksimum. Selain itu, Jigen juga boleh menurunkan Kama-nya kepada orang lain. Ini adalah sesuatu yang unik kepada dirinya sahaja buat masa ini.

Abiliti Jigen

Sebagai tuan rumah Isshiki Otsutsuki, tidak menghairankan bahawa Jigen mempunyai beberapa kebolehan yang kuat. Menurut Uchiha Sasuke, Kama milik Jigen memberinya kebolehan untuk mengecilkan dirinya dan beberapa objek di sekelilingnya kepada saiz mikroskopik serta-merta. Digunakan bersama dengan batang chakra hitamnya, Jigen terbukti menjadi musuh yang sukar untuk ditangani, walaupun untuk Naruto dan Sasuke.

Sebenarnya sopan santun

Bertentangan dengan kekuatannya, Jigen sebenarnya sangat sopan jika berinteraksi dengan orang lain, tidak kisah sekutu atau musuh. Apabila bos Kara ini pergi untuk mengambil Kawaki dari rumah Naruto, dia menunjukkan rasa hormat kepada Hokage Ketujuh. Sama ada ini ialah sifat Jigen atau Otsutsuki Isshiki masih tidak diketahui. Pada masa yang sama, selepas bertarung Uzumaki Naruto dan Uchiha Sasuke, Jigen dilihat sedang menangis atas sebab-sebab tertentu lalu dilabelkan sebagai ‘menyedihkan’ oleh Isshiki.

Nombor Kara

Semua ahli anggota organisasi Kara nampaknya memiliki nombor khusus yang ditandakan pada satu bahagian di badan mereka. Jigen memegang nombor 4 di bawah mata kirinya. Maksud sebenar di sebalik nombor ini tidak diketahui tetapi ia tentu membawa makna yang penting. Seperti Jigen, Delta memegang nombor 1, manakala Kawaki memegang nombor 9. Teori menunjukkan bahawa ini mungkin juga ialah versi Boruto untuk ‘cincin Akatsuki‘. Diharapkan lebih banyak lagi akan didedahkan tentang maksud nombor ini.

Tags: BorutoJigenKamakaraOtsutsuki Isshiki
Previous Post

Hampir 3 tahun Hydra dilancarkan, kini Operation Shattered Web hadir didalam CS:GO!

Next Post

Jom kenali lebih dengan senjata Operator Skill didalam Call of Duty: Mobile!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Jom kenali lebih dengan senjata Operator Skill didalam Call of Duty: Mobile!

Jom kenali lebih dengan senjata Operator Skill didalam Call of Duty: Mobile!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd