Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

5 manga ISEKAI yang mempunyai plot PELIK dan ANEH untuk dibaca!

Maira by Maira
September 17, 2021
in Artikel, Berita, Manga
0 0
0
5 manga ISEKAI yang mempunyai plot PELIK dan ANEH untuk dibaca!
Share on FacebookShare on Twitter

Sekarang ini kita banyak jumpa manga, light novel, dan anime yang bertemakan Isekai. Bukan setakat itu saja, ia juga sangat terkenal sehingga ramai mangaka dan penulis yang menulis untuk genre ini. Untuk mereka yang masih tidak tahu apa itu Isekai, ia merupakan genre di mana watak protagonis selalunya di hantar ke dunia atau dimensi lain. Kebanyakkan daripada dunia itu selalunya dunia fantasi atau dunia peperangan.

Manga isekai selalunya akan ada protagonis yang menubuhkan kumpulan mereka sendiri untuk mengalahkan musuh di dunia itu. Tetapi ada juga manga isekai yang mempunyai plot yang pelik tetapi menghiburkan apabila dibaca. Jadi kepada sesiapa yang tertarik untuk baca manga seperti ini, kami telah senaraikan lima manga isekai pelik untuk dijadikan hiburan ketika anda bosan!

Reborn As A Vending Machine, I Now Wander The Dungeon

Manga Reborn as a Vending Machine, Now I Wander the Dungeon merupakan adaptasi light novel yang ditulis oleh Hiru Kuma pada Ogos 2016. Ilustrasi di dalam novel itu telah dilukis oleh Itsuwa Katou. Manga ini telah diterbitkan dalam majalah Dengeki Daioh pada Ogos 2021 dan dilukis oleh Kunieda.

Manga ini mengisahkan seorang fanatik mesin vending yang menemui ajalnya kerana dihempap oleh sebuah mesin vending. Dia kecewa setelah mendapati dia telah dilahirkan semula sebagai mesin vending di dunia lain. Setelah dia berjaya keluar dari sebuah hutan yang dihuni oleh orang jelmaan katak dan raksasa lain, berbekalkan dengan hanya dua produk, Boxxo, memerlukan syiling untuk kekal hidup, menyimpan stoknya dan upgrade dengan kemahiran baru.

RelatedPosts

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

Dia bernasib baik setelah diselamatkan oleh seorang wanita muda yang cepat menyedari bahawa mesin vending itu mempunyai perasaan, lalu membawa Boxxo ke tempat tinggal manusia. Selepas itu, muncul mesin aneh secara beransur-ansur memberi kesan di dunia sekitarnya. Boxxo menubuhkan partinya di sepanjang perjalanan walaupun dia tidak mampu bercakap atau bergerak dan hanya berkomunikasi menggunakan perkataan yang telah dirakam pada mesin vending itu.

In Another World Where Baseball Is War, A High School Ace Player Will Save A Weak Nation

Manga sukan dan fantasi ini telah diterbitkan dalam majalah Suiyoubi no Sirius pada Jun 2020. Cerita ini ditulis oleh Riku Misora dan dilukis oleh Nishida dan Takuya.

In Another World Where Baseball Is War, A High School Ace Player Will Save A Weak Nation mengisahkan tentang seorang pemain besbol bernama Taichi Tonkatsu. Dengan kemahiran batting dan pitching yang luar biasa, Taichi merupakan bintang utama semasa Kejohanan Besbol Sekolah Menengah Kebangsaan. Disukai oleh peminat besbol di seluruh Jepun, dia dijamin akan menjadi pemain besbol profesional yang hebat. Sayangnya, masa depan ini tidak dapat dicapai setelah dia meninggal dalam kemalangan semasa balik dari kejohanan.

Setelah pemergiannya, Taichi bertemu dengan tuhan, yang menyatakan bahawa dia dapat mengembalikannya ke Bumi. Namun, dia memberikan satu syarat: Taichi mesti pergi ke Galia, sebuah dunia di mana semua konflik antarabangsa diselesaikan melalui besbol. Tambahan pula, dia ditugaskan untuk membantu Freedom, negara paling lemah Galia yang mewakili manusia. Menerima cadangan tuhan itu, Taichi bangun di dunia baru ini hanya untuk mengetahui bahawa sebahagian besar penduduk telah diperhambakan oleh bangsa lain. Menjadikan pasukan besbol Freedom terdiri daripada wanita, kanak-kanak, dan orang tua.

Dengan Freedom diambang kepupusan dari peta, Taichi mesti menggunakan pengetahuan yang dia tahu mengenai sukan itu untuk menyelamatkan bangsa yang paling terjejas di Galia.

Killer Shark in Another World

Killer Shark in Another World merupakan sebuah manga komedi fantasi yang diterbitkan dalam majalah Comic Valkyrie. Ia ditulis dan dilukis secara sendirian oleh Kuboken. Manga ini telah diterbitkan pada Oktober 2020 dan masih dalam pembikinan.

Kisah bermula apabila Shiromi dipanggil untuk mengalahkan Demon King. Dia merupakan seorang pelajar rajin di sekolah sihir. Sesuatu telah terjadi yang menyebabkan Shiromi bertemu dengan jerung yang sangat berbahaya bernama, Same. Rakan sekelasnya dan askar Demon King menjadi mangsa apabila Same menjadikan mereka sebagai makan malamnya. Shiromi meminta maaf sambil meninggalkan sekolahnya dan memulakan perjalanan dalam dunia yang berlumuran darah.

Ride-On King

Ride-On King merupakan manga shounen yang ditulis dan dilukis oleh Yasushi Baba. Manga aksi komedi ini telah diterbitkan dalam majalah Shounen Sirius pada May 2018.

Cerita ini memfokuskan pada Aleksandr Bruchinov, presiden negara Brugia, sebuah negara yang diperintah dengan keganasan dan pengaruh dari kerajaannya. Aleksandr selalu berhasrat untuk menjadi dominan, dan “menunggang” sesuatu, secara harfiah atau kiasan. Sekarang dia sudah menunggang negaranya, sasaran berikutnya adalah dunia fantasi yang memiliki orc, wyvern, dan centaur.

Middle-Aged Man’s Noble Daughter Reincarnation

Manga ini merupakan adaptasi web novel yang juga diterbitkan menggunakan tajuk yang sama. Middle-Aged Man’s Noble Daughter Reincarnation telah diterbitkan dalam majalah Young King OURs GH pada Mac 2020. manga ini telah ditulis dan dilukis oleh Michirou Ueyama.

Manga ini mengisahkan Kenzaburou Tondabayashi, seorang pegawai negeri 52 tahun yang kini menjadi penjahat! Dia telah dilahirkan semula sebagai Grace Auvergne, seorang penjahat berambut gerudi dalam permainan otome yang selalu dimainkan oleh anak perempuannya. Kini Kenzaburou menjadi bingung dengan hidupnya.

Dengan maklumat yang dimilikinya, Kenzaburou tahu bahawa dia perlu menjadi gadis bangsawan yang sombong, tetapi dia sebagai seorang lelaki berdisiplin tidak mampu untuk melakukannya. Auranya yang tenang dan baik membantunya untuk berkawan dengan heroin dan menempatkannya dalam kalangan pelajar. Dalam usaha untuk mengekalkan kisah ini, Kenzaburou perlu menggunakan pengalamannya, adab Jepun yang sempurna dan moral yang berorientasikan keluarga agar sesuai dengan pelajar-pelajar di situ.

Jadi, itu sahaja yang manga isekai yang pelik dan aneh yang boleh kami cadangkan. Jika anda rasa senarai isekai ini terbaik, anda boleh juga membaca senarai manga lain untuk dibaca semasa lapang. Untuk liputan lebih lanjut mengenai manga, anda boleh klik di sini.

Tags: AnehISEKAImangaPelikSenarai
Previous Post

Musim baru bermula! Membawa mod baru Flower Menace dan pelbagai kolaborasi di PUBG Mobile 1.6!

Next Post

Jadilah yang anda Takuti dalam set baru Magic Midnight Hunt!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
Next Post
Jadilah yang anda Takuti dalam set baru Magic Midnight Hunt!

Jadilah yang anda Takuti dalam set baru Magic Midnight Hunt!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd