Siapa disini yang mengikuti perjalanan esports permainan terkenal untuk mobile iaitu PUBG Mobile? Masih ingat lagi PMNC 2019 yang berlansung Julai lalu dan menyaksikan Victorious In Play (ViP Squad) sebagai pemenang? Dan masih ingat lagi Team Secret yang menjadi wakil Malaysia yang melayakan diri ke Final PMCO SEA SPLIT di Berlin Julai lalu? Iya sekali lagi kesemua wakil-wakil ini yang termasuk Victorious In Play (ViP Squad), Team Secret, Yoodo Gank, AROV Esports dan Bapak Ah Esports (dahulu Jr Talent) akan mewakili Malaysia bagi kejohanan PUBG Mobile Club Open – Fall Split: SEA League 2019 (PMCO SEA Fall Split 2019) yang akan bermula dari hari ini jam 3 petang di Shanghai, China!
Beberapa ahli dalam pasukan yang mewakili Malaysia telah berubah termasuk Bapak Ah Esports yang dahulunya mereka ahli Jr Talent. Jadi jom lihat siapa yang mewakili pasukan-pasukan Malaysia kali ini.
Victorious In Play (ViP Squad) – Yakuza, Jumper, BenV dan Hyqul; Team Secret – BiuBiu, Alex, Stewart9k dan SinB; AROV Esports – Boyka, 火Jenny, Putra dan Smokey; Bapak Ah Esports – Trixnity, Bard, Azfar, Ngah dan Erynn; Juga Yoodo Gank yang dijemput terus wakil Malaysia yang diwakili- ManParang, iShotz, Zully dan Geek.
Kelima-lima pasukan Malaysia ini akan menentang 5 lagi buat negara dalam kejohanan ini iaitu Thailand – Illuminate, Snow Lynx, MEGA Coqueror, RRQ Athena dan Purple Mood Esports; Indonesia – Bigetron, Evos Esports, RYU, Boom ID dan Baclog Esports; Vietnam – BOX Gaming, Friends Forever Gaming, Freking Zoo, ReaperKiller Esports dan Super Star; Pasukan kawasan Wildcard : Filipina– Team Amplfy, Crucial Gaming; Kemboja– Orange Esports.CG, Team X-Force.
Format permainan, jadual dan pemilihan bagi PMCO kali ini tidak banyak berbeza dari yang sebelumnya. PMCO SEA Fall Spit ini bermula dari 17 September sehingga 13 Oktober 2019 akan menyaksikan 4 minggu perlawanan dimana kesemua 24 pasukan diasingkan kepada 3 kelompok (groups) dan setiap pasukan akan bermain 20 perlawanan PUBG Mobile untuk seminggu. Perlawanan antara kelompok ini dibezakan dengan group A,B dan C, 4 perlawanan untuk hari Selasa hingga Khamis dan 6 perlawanan untuk Jumaat hingga Ahad.
-
- Selasa dan Jumaat: A vs B
- Rabu dan Sabtu: B vs C
- Khamis dan Ahad: C vs A
Kemudian dari 4 pasukan terbaik bagi setiap wakil negara akan terus ke SEA Fall Championship pada 1 November hingga 3 November 2019 diikuti Top 12 dari peringkat liga yang bermula hari ini. Kesemua pasukan ini akan merebut kolam hadiah sebanyak $31,000 USD (anggaran RM130 ribu) untuk pusingan pemilihan ini manakala $100,000 USD (anggaran RM 417,990) untuk pusingan akhir PMCO SEA FALL SPLIT 2019.
Jangan lupa saksikan siaran lansung dan kemaskini terkini PMCO SEA FALL SPLIT 2019 ini di Facebook dan Youtube rasmi PUBG Mobile. Kami dari Gamer Santai mengucapkan semoga berjaya dan buat yang terbaik bagi kelima-lima pasukan wakil Malaysia Victorious In Play (ViP Squad), Team Secret , AROV Esports ,Bapak Ah Esports dan Yoodo Gank ! Harumkan nama negara sekali lagi semua! Kami tahu anda hebat dan juara!
Sumber: PUBG Mobile MY, VSPN
@gamersantaimy
Discussion about this post