Dengan begitu banyak pilihan dan feature untuk dipertimbangkan, memilih gaming monitor terbaik agak mengelirukan, dan itulah sebabnya kami membuat senarai ini. Kami berkaji hampir kesemua gaming monitor terbaik bermula tahun lepas sehingga hari ini. Tidak kira apa jenis permainan video PC yang biasanya korang main, kami akan membantu anda mencari monitor gaming terbaik untuk memenuhi keperluan gaming khusus anda.
BenQ EX3501R
Saiz skrin: 35-inch | Aspect ratio: 21:9 | Resolution: 3,440 x 1,440 | Brightness: : 300 cd/m2 | Refresh rate: 100Hz | Response time: 4ms | Viewing angle: 178/178 | Contrast ratio: 2,500:1 | Color support: sRGB 100% | Berat: 23 pounds
HDR telah menjadi fokus utama untuk TV terhebat buat masa sekarang. Malangnya, ciri ini belum mendapat populariti dalam pilihan gaming monitor. Namun, BenQ EX3501R mempunyai HDR dan berfungsi dengan bagusnya, mencipta sebuah “ultra-wide” yang melengkung dan bukan sahaja ‘gaming monitor goal,’ tetapi rekaan yang sangat lawa pada masa yang sama. BenQ melabelkan monitor ini sebagai “video enjoyment monitor”. Dari saat pertama korang mula bermain game HDR kegemaran, korang sendiri akan tahu kenapa ia antara gaming monitor terbaik dalam pasaran.
Alienware AW3418DW
Saiz skrin: 34-inch | Aspect ratio: 21:9 | Resolution: 3,440 x 1,440 | Brightness: 300 cd/m2 | Refresh rate: 120Hz | Response time: 4ms | Viewing angle: 178/178 | Contrast ratio: 1,000:1 | Color support: sRGB 100% | Berat: 26 pounds
Alienware AW3418DW ialah salah satu daripada beberapa gaming monitor yang menawarkan satu tahap immersion yang hanya aspek 21: 9 boleh beri, sambil mengekalkan refresh rate yang tinggi. Dengan resolusi 3,440 x 1,440 yang tebal, response time 4ms secepat kilat dan refresh rate 120Hz, AW3418DW memberikan anda yang terbaik daripada dunia dunia. Semua feature ini datang dengan harga yang agak mahal, jadi ia mungkin bukan pilihan terbaik untuk pemain yang mempunyai rancangan budget. Namun, tidak susah untuk melihat mengapa ia salah satu gaming monitor terbaik 2019. Bagi pendapat saya, ini ialah satu aset yang berbaloi menyimpan duit.
AOC Agon AG352UCG6 Black Edition
Saiz skrin: 35-inch | Aspect ratio: 21:9 | Resolution: 3,440 x 1,440 | Brightness: 300 cd/m2 | Refresh rate: 120Hz | Response time: 4ms | Viewing angle: 178/178 | Contrast ratio: 2,500:1: | Color support: sRGB 100% | Berat: 26 pounds
AOC Agon AG352UCG ialah salah satu gaming monitor terbaik di dunia, jadi apabila kami dengar bahawa ada follow-up dalam perjalanan – yang datang dengan refresh rate yang lebih tinggi dan kontras yang lebih baik – memang tak sabar lah ceritanya. AOC Agon AC352UCG6 Black Edition telah mewarisi ciri-ciri terbaik daripada yag pertama tetapi meningkatkannya, menjadikannya sebuah paparan yang mempesonakan untuk gaming di skrin yang ultra-wide.
Asus ROG Swift PG27UQ
Saiz skrin: 27-inch | Aspect ratio: 16:9 | Resolution: 3,840 x 2,160 | Brightness: 600 cd/m2 | Refresh rate: 144Hz | Response time: 4ms | Viewing angle: 178/178 | Contrast ratio: 50,000:1 | Color support: Adobe RGB 99% | Berat: 28 pounds
Asus ROG Swift PG27UQ mungkin ialah gaming monitor paling maju- untuk ditambah ke koleksi anda … syarat jika cukup duit lah. Paparan menawarkan resolusi 4K Ultra-HD dan HDR, serta G-Sync dan refresh rate 144Hz yang cepat. Ciri-ciri ini menambah kepada salah satu gaming monitor paling mengagumkan yang pernah wujud – dan apabila anda lihat dengan mata sendiri, komfem tergamam lah y’all.. Satu-satunya perkara yang menghalang gaming monitor ini untuk menjadi benar-benar hebat ialah tanda harganya yang terlalu mahal.
BenQ PD3200U
Saiz skrin: 32-inch | Aspect Ratio: 16:9 | Resolution: 3,840 x 2,160 | Brightness: 350 cd/m2 | Refresh rate: 60Hz | Response Time: 4ms | Viewing Angle: 178/178 | Contrast Ratio: 1,000:1 | Color Support: sRGB 100% | Berat: 19 lbs
Walaupun direka untuk pakar CAD, BenQ PD3200U juga merupakan salah satu gaming monitor bagus yang korang boleh beli. Berterima kasih kepada tumpuan pada aspek reka bentuk grafik, monitor ini menawarkan sudut tontonan yang luar biasa, yang bermakna rakan-rakan anda boleh menonton permainan video anda dengan selesa. Dan, tidak seperti monitor 4K lain di pasaran, anda tidak perlu kacau setting untuk dapatkan visual yang terbaik, kerana setiap unit dikalibrasi oleh BenQ.
@gamersantaimy
Discussion about this post