Hari ini, Maxis berbangga kerana menjadi sebahagian daripada pengembaraan eSport Malaysia dengan kolaborasi bersama Team Secret, sebuah pasukan gaming professional yang dikenali ramai dan merupakan pasukan terbaik Dota 2 di seluruh dunia. Maxis mengumumkan bahawa mereka adalah penaja pertama untuk pasukan PUBG Mobile Malaysia Team Secret dan ingin memperkembangkan eSport Malaysia sehingga ia menjadi yang pelantar utama di Asia untuk mewakili generasi gamer bertaraf dunia yang akan datang.
Dengan kerjasama ini, pemain dan peminat di Malaysia boleh mengharapkan tawaran-tawaran yang hebat oleh Maxis untuk sebuah pengalaman gaming yang hebat di network 4G dan fibre mereka, termasuk bundle smartphone terbaik bersama Maxis Zerolution, serta nilai hebat untuk in-game purchases melalui Operator Biling untuk pelanggan Hotlink, Maxis, dan ookyo.
Melalui kerjasama ini, kedua-dua Maxis dan Team Secret akan menghasilkan sebuah content gaming eksklusif bertaraf dunia selama setahun bersama pasukan PUBG Mobile Team Secret untuk mengilhamkan dan membina gamer Malaysia untuk bermain di persada dunia.
Untuk mulakan kerjasama ini, Maxis dan Team Secret mengadakan sebuah event pelancaran di Battle Arena @ Jaya Shopping Centre, Petaling Jaya hari ini. Semasa event ini berlangsung, pasukan PUBG Mobile Team Secret akan berlawan perlawanan friendly bersama peminat, yang akan disiarkan secara siaran langsung di Facebook Live untuk semua di Malaysia lihat.
We are now live at the Maxis X Team Secret PUBG Mobile showdown in Battle Arena Malaysia. 🔥💪🏻
Watch us battle our worthy opponents!
#SecretFighting #MaxisGamingCasters:
Onthego Productions
J HunterPosted by Team Secret on Friday, July 12, 2019
@gamersantaimy
Discussion about this post