Mesti ramai gamer Malaysia yang banyak menghabiskan masa bermain game mobile, lebih-lebih lagi game MOBA seperti Mobile Legends: Bang Bang, League of Legends: Wild Rift dan banyak lagi! Kami terfikir juga adakah dua game MOBA ini sahaja yang banyak dimainkan oleh gamer mobile Malaysia.
Jadi kami pun menganalisis data melalui AppMagic dan terkejut juga melihat game lain yang nampaknya lebih ramai pemain daripada Wild Rift. Jom kami tunjukkan kepada anda senarai lima game MOBA yang paling popular di Malaysia!
1. Mobile Legends: Bang Bang
Dibangunkan oleh Moonton, ia merupakan game MOBA yang paling popular di Malaysia dan pemainnya datang daripada pelbagai umur daripada pelajar sehingga dewasa. Dengan lebih daripada 29 juta muat turun, memang tidak peliklah kalau kita boleh jumpa ramai pemain MLBB di Malaysia.
2. Garena RoV: 5V5 FEST (Arena of Valor)
Terkejut juga melihat Arena of Valor berada di tangga kedua. Selalunya dengar cerita tentang MLBB dan Wild Rift sahaja. Memang jarang sungguh kami terjumpa dengan pemain game ini. Ia juga dimuat turun lebih banyak jika nak dibandingkan dengan Wild Rift, iaitu lebih daripada 3 juta muat turun di Google Store dan App Store.
3. League of Legends: Wild Rift
Daripada PC ke mobile, Wild Rift merupakan game MOBA yang membawa gameplay League of Legends. Walaupun membawa nama LoL, ia hanya dimuat turun lebih daripada 1 juta kali, 2 kali ganda lebih rendah berbanding Garena RoV: 5v5 FEST.
Seterusnya kita ada game Vainglory dan Onmyoji Arena yang masing-masing mempunyai jumlah muat turun kurang daripada sejuta. Vainglory telah dimuat turun lebih daripada 700 ribu kali manakala Onmyoji Arena pula mengumpul lebih daripada 400 ribu muat turun di Malaysia.
Anda boleh melihat data penuh melalui gambar di bawah:
Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda. Jangan lupa ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan liputan menarik mengenai game, anime, filem dan banyak lagi!
@gamersantaimy
Discussion about this post