Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

2K mengumumkan Mafia: Trilogy untuk PS4, XB1 & PC! Teaser penuh rahsia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 13, 2020
in Artikel, Berita, Epic Store, PC, PS4, Steam, Xbox One
0 0
0
2K mengumumkan Mafia: Trilogy untuk PS4, XB1 & PC! Teaser penuh rahsia!
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat kepada francais open-world action-adventure Mafia oleh 2K dan Hangar 13 telah lama menantikan apa-apa pengumuman sejak akaun Twitter rasminya menyiarkan mesej “teaser” berikutan empat tahun berdiam diri. Hari ini, kesabaran mereka dibalas dengan pelancaran teaser trailer berdurasi 36 saat untuk permainan baru berjudul Mafia: Trilogy yang bakal dilancarkan untuk pelantar PlayStation 4, Xbox One, dan PC melalui Steam dan Epic Games.

“Teaser” adalah istilah paling sesuai untuk video di atas dan ia bermula dengan adegan monolog oleh sang pencerita, diikuti dengan adegan pendek yang menampilkan protagonis Mafia II dan Mafia III. Akhir sekali, adegan berubah kepada hitam lalu nama permainan muncul dengan slogan “FAMILY.POWER.RESPECT” dan pengumuman penting pada 20 Mei.

Sebelum ini, beberapa laporan atas talian telah membocorkan tentang permainan Mafia baru ini tetapi tiada maklumat tepat didedahkan tentang apa dan bila game akan keluar. Ramai menjangka Mafia IV sedang dibangunkan tetapi teaser dan “pengumuman besar” pada 20 Mei mungkin merujuk kepada permainan yang berbeza.

https://twitter.com/mafiagame/status/1260570564844040194

Kerana tahun 2020 ialah tahun yang besar untuk game remaster seperti Final Fantasy 7 Remake dan Pokemon Mystery Dungeon: Rescue Team DX, kepulangan Mafia II terasa sesuai memandangkan ia pun berusia 10 tahun. Sekiranya benar ini adalah remaster, Mafia: Trilogy akan menyertai senarai game “remastered” hebat sebelum pelancaran PlayStation 5 dan Xbox Series X.

Mafia: Trilogy akan keluar untuk PlayStation 4, Xbox One, dan PC melalui Steam dan Epic Games.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 2kHangar 13MafiaMafia: TrilogyPCPS4TeasertrailerXbox One
Previous Post

Musim terakhir Food Wars!: Shokugeki no Soma ditunda pada Julai 2020!

Next Post

Ramadan Offer di PlayStation Store dengan Diskaun sehingga 85%!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Next Post
Ramadan Offer di PlayStation Store dengan Diskaun sehingga 85%!

Ramadan Offer di PlayStation Store dengan Diskaun sehingga 85%!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd