Baru sahaja sebentar tadi berlansungnya sesi sidang media LEVEL UP KL 2019 dan pelbagai pekara telah diumumkan dan dikongsikan! Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) [Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia] hari ini mengumumkan LEVEL UP KL kembali sekali lagi dan merupakan satu acara yang sangat dinantikan ramai peminat gaming yang melibatkan pemaju permainan, korporat, pemain dan komuniti eSports. Kembali untuk siri yang kelima, LEVEL UP KL 2019 akan berlangsung selama seminggu dari 2-10 November di pelbagai lokasi di sekitar Kuala Lumpur.
“Kami bangga melihat ekosistem permainan Malaysia berkembang pesat sejak beberapa tahun lalu; lebih-lebih lagi, menjadi salah satu pemacu utama pertumbuhan ini. Kehadiran dan permintaan yang kukuh kami terima dari LEVEL UP KL 2018 adalah bukti pasaran permainan yang sihat di Malaysia dan Asia Tenggara yang dapat kami lihat hari ini, ”
–Hasnul Hadi Samsudin, Naib Presiden Kandungan Kreatif Digital, MDEC.
Beliau turut menambah;
“Pada tahun 2019, kami memperkuat usaha kami untuk meletakkan Malaysia sebagai pusat kuasa serantau bagi industri permainan melalui pengenalan strategi Digital Content Ecosystem (DICE). LEVEL UP KL 2019 merupakan usaha lain yang mengesahkan Malaysia sebagai destinasi pilihan bagi ekosistem pembangunan permainan serantau. Ia adalah ‘Acara yang tidak boleh dilupakan untuk 2019’ kerana ia akan penuh dengan pengumuman yang menarik dan kandungan baru dari studio-studio Malaysia yang diiktiraf di peringkat global dan syarikat terkenal di dunia! “
Untuk pertama kalinya, LEVEL UP KL akan menampilkan acara yang memenuhi keperluan industri dan orang awam, iaitu LEVEL UP KL BIZ dan LEVEL UP KL PLAY. Kedua-duanya bebas antara satu sama lain dan akan membawa pendedahan yang lebih besar kepada industri pembangunan permainan Malaysia yang terus berkembang.
Beberapa sorotan utama untuk kedua-dua acara:
LEVEL UP KL BIZ – Bangsar South
Acara ini akan berlansung pada 2-8 November 2019 meneruskan tradisi LEVEL UP KL membawa para pemaju permainan dan pemimpin industri bersama untuk berinteraksi, belajar, dan berkongsi pengetahuan mengenai permainan. LEVEL UP KL BIZ tahun ini akan menjadi platform untuk pengumuman penting dari pemaju permainan tempatan dan antarabangsa, bengkel pakar, ceramah, sambungan perniagaan, anugerah, penciptaan permainan dan banyak lagi.
Antara speaker yang menjadi tumpuan utama adalah seperti berikut;
Speaker yang turut ada di acara ini anda boleh lihat disini;
Antara aktiviti lain yang turut ada adalah persidangan speaker-speaker dari pembangunan gaming, pameran yang memberi perhatian kepada pembangunan permainan tempatan, anugerah SEA Games dan SEA Game Jam dimana para pembagunan permainan di Asia Tenggara akan bekerjasama untuk konsep dan kolaboratif permainan. Untuk informasi lebih lanjut mengenai LEVEL UP KL BIZ anda boleh melayari laman web rasmi mereka.
LEVEL UP KL PLAY – Kuala Lumpur Convention Centre
LEVEL UP KL PLAY sulung akan diadakan pada 9 – 10 November 2019 dan mempunyai matlamat untuk menjadi persidangan permainan Ultimate di Malaysia. Kami mengalu-alukan orang ramai untuk menghadiri acara permainan video ini bagi mengalami dan meraikan yang terbaik ditawarkan oleh industri permainan Malaysia serta Asia Tenggara. Festival permainan dua hari ini akan menampilkan pelbagai aktiviti, seperti demo permainan pelancaran tajuk permainan AAA dan indie untuk kedua-dua komputer dan konsol, Acara Akhir untuk beberapa liga esport, konsert permainan video dan pelbagai lagi!
Sorotan utama;
Tetamu Jemputan;
eSports selebihnya yang turut ada;
Jadi, jangan lupa untuk kunci tarikh anda bermula 2-8 November 2019 untuk LEVEL UP KL BIZ di Bangsar South, manakala 9-10 November 2019 untuk LEVEL UP KL PLAY di Kuala Lumpur Convention Centre. Ya satu lagi, jangan lupa untuk sertai GIVEAWAY untuk menyaksikan konsert VGO di LEVEL UP KL 2019!
Tiket untk acara LEVEL UP KL PLAY boleh dibeli secara dalam talian.
Untuk lebih informasi mengenai kedua acara LEVEL UP KL 2019 ini boleh lah layari laman web rasmi mereka.
@gamersantaimy
Discussion about this post