Sama seperti Black Ops 4, permainan Call of Duty: Mobile (COD Mobile) sudah semestinya mempunyai mod Battle Royale yang ramai tengah ketagih sekarang selain mod Multiplayer! Sama seperti PUBG Mobile, Apex Legends, Fortnite, kesemuanya mempunyai teknik masing-masing untuk mencapai kemenangan. Jadi kali ini dengan baik hatinya kami ingin mengongsikan serba sedikit tips yang mungkin membantu korang semua untuk mencapai kemenangan dan menjadi pro dalam COD Mobile pula!
Okay-okay, tidak mahu melengah lagi, kita teruskan dengan apa yang ditujukan!
Anda bermain SOLO? Jadi pilihlah kelas Medic!
Seperti permainan battle royale yang lain, pemain dapat memilih antara mod Solo, Duo atau Skuad 4 orang dan pemilihan anda akan menjadi penting untuk kemenangan. Jadi, jika anda memilih untuk bermain solo didalam COD Mobile, pilihlah kelas Medic kerana keupayaan kelasnya adalah kit perubatan yang kuat yang membuat memberi penyembuhan efektif!
Dalam skuad, sudah tentu kelas ini penting untuk menyembuhkan pasukan anda, tetapi dalam mod solo lagi berguna! Sediakan kit perubatan semasa anda memulakan pertempuran dan dalam gelung tersebut anda tidak mengambil terlalu banyak kerosakan, anda akan sembuh pada masa ia selesai. Ini kemudian akan memberikan anda peluang untuk melarikan diri tanpa mengambil masa tambahan untuk menggunakan item penyembuhan yang berbeza, kerana musuh sering berkerumun di lokasi pertempuran.
Jangan terjun ke kawasan yang padat!
Sama seperti PUBG Mobile yang mempunyai hotspot didalam peta. Walaupun ramai pemain yang masih tidak ingat nama kawasan, tetapi mereka tetap menjunam menigkut peta yang mempunyai kawasan banyak banggunan. Jadi, kalau boleh sebelum kawasan tersebut menjadi Hotspot seperti Bootcamp atau Pochinki di PUBG Mobile, korang biasakanlah diri dulu pergi ke kawasan biasa di COD Mobile.
Juga pastikan destinasi anda tidak berada berdekatan di laluan pesawat. Dengan strategi itu, anda akan jarang sekali bertemu dengan lebih daripada satu musuh pada permulaan permainan dan hanya bot sahaja akan menggangu permainan anda. Jadi, ambil masa anda mencari senjata dan gear yang mencukupi untuk mempertahankan diri!
Bekerja sebagai satu pasukan! Atau tak~
Biasalah COD Mobile masih baru lagi, tapi adatlah dalam permainan battle royale, dah tentu bekerjasama dengan pasukan adalah cara paling senang untuk kemenangan. Terjunlah bersama, Loot bersama, bergerak bersama, berlawan bersama semua itu penting. Tetapi kalau terkena rakan sepasukan yang bajet bar-bar atau nak terjun sendiri dari lokasi kita tu, lepas tu mati terus, tak apa, abaikan saja makhluk serbagitu. Nama pun Battle Royale adalah tentang survival. Jadi janganlah bajet pro sangat, sebaliknya bekerjasamalah bersama pasukan!
Kalau boleh elak dari melawan Bos (Cerberus)!
Seperti yang kaki battle royale di COD Mobile tahu, dalam mod ini juga terdapat bos! Mereka ditetapkan pada peta dari awal setiap permainan dengan titik merah, dan jika anda cukup dekat dengan penanda ini, mereka akan spawn dari bawah tanah dan mula menyerang.
Membunuh mereka akan mendapat ganjaran untuk skuad anda seperti senjata dan perisai yang kuat, tetapi memang mengambil masa untuk membunuh bos tersebut. Peluru yang banyak sudah semestinya perlu disediakan untuk menewaskan bos dan terimalah serangan yang bertubi-tubi sehingga saat terakhir kecundangnya bos tersebut. Kadang-kadang tidak habis disitu, anda menembak sahaja akan mengambil perhatian musuh lain untuk mengetahui lokasi anda dimana, jadi terang-terang dan kemungkinan besar tak merasa lah korang dengan barangan yang didapati selepas mengalahkan bos!
Pergilah kejar Airdrops!
Sejujurnya, nak kejar Air Drop dalam COD Mobile tak lah sepayah PUBG Mobile yang musuh pantang nampak dan tiba-tiba muncul depan mata kita! Nak tahu Air Drop hadir senang, suara sistem akan memberitahu kita air Drop bakal hadir, jadi korang boleh lihat tanda hijau pada peta untuk lokasi Air Drop tersebut kemudian jika anda makin berdekatan anda akan nampak asap Air Drop terbabit. Di dalam airdrop adalah beberapa senjata dan gear paling jarang dalam permainan, termasuk grenade launcher dari permainan masa lalu yang dikenali sebagai War Machine.
Ia menggunakan peluru tersendiri, jadi anda memang tidak boleh menggunakanya diseluruh perlawanan. Tetapi, kerosakan tinggi dan menghancurkan pemain adalah dihujung jari anda jika menggunakan senjata ini. Untuk Rocket Launcher pula, seeloknya tidak perlulah guna, sebab ia dapat menghancurkan kenderaan dan tidaklah begitu popular dalam permainan ini.
Rajinkanlah diri untuk tutup pintu!
Dah tahu ada orang berdekatan melalui tanda di peta kita, jadi masuk ke dalam bangunan tu rajin-rajinkanlah tutup pintu. Senang sikit nak perangkap musuh yang berdekatan sebab mereka ingat tiada sesiapa di kawasan tersebut. Tapi hati-hati, kadang-kadang nak buat macam tu rupanya pihak lawan dah sedia dulu perangkap kita!
Rajinkanlah tengok Peta mini korang tu!
Sama juga seperti PUBG Mobile, jika kita tidak perasan dengan bunyi tapak kaki musuh, sentiasalah perhatikan peta mini korang tu. Jika musuh berdekatan dan sedang menembak anda akan nampak tanda peluru berwarna putih, jika makin dekat berwarna kuning. Dan jika musuh sedang berjalan berdekatan,anda akan lihat tanda bulat merah, dan jika bersebelahan ianya akan menjadi tanda tapak kaki.
Nampak kesemua tanda ini, sentiasalah berwaspada dan pegang senjata anda. Silap langkah anda yang terciduk dahulu!
Berkomunikasilah dengan rakan sepasukan korang
Adalah penting untuk anda berkomunikasi secara berkesan dengan pasukan anda untuk memenangi perlawanan battle royale, terutamanya jika anda bermain dalam skuad empat orang. Jadi inilah kegunaan simbol Mic untuk dibuka dan anda boleh gunakanlah ia untuk berkomunikasi bersama rakan sepasukan!
Andai kata ada pasukan yang degil atau tidak membuka mic, anda bolehlah menanda kawasan tertentu yang ingin ditujui. Gunakan chat yang disediakan dalam permainan untuk komunikasi bersama rakan sepasukan. Sebab ada juga yang malu-malu kucing untuk bercakap didalam permainan.
Pastikan kawalan penggerakkan jauh dari kawalan tembakan!
Sejujurnya, kawalan boleh diubah didalam tetapan kan? Kalau boleh jauhkanlah kawalan penggerakan berlari atau berjalan yang menggunakan ibu jari kita tu dengan kawalan tembakan. Sebab apa? Sebab kalau jari besar, kita pula ada telefon yang kecik sahaja skrin, nanti asyik tertekan! Kadang-kadang ia menjengkelkan sebab kerap tertembak, benda tu pun boleh mengkantoikan posisi kita kepada musuh!
Jangan panik kalau bulatan maut makin mendekat!
Ini betul, kalau boleh janganlah terlebih emosi dan panik bila bulatan makin dekat. Tahu tak lagi difikirkan lagi laju pula terasa bulatan mengejar kita. Jangan risau, sebenarnya COD Mobile punya bulatan maut ni lambat sikti penggerakanya berbanding PUBG Mobile.
Jadi anda boleh mengambil masa yang anda perlukan untuk mengatasi bulatan atau bahkan mencari kenderaan terlebih dahulu. Selagi anda mempunyai item penyembuhan yang tersedia untuk pergi sebaik sahaja anda mencapai kawasan selamat.
Telinga kena selalu tajam!
Bukan setakat dengar tapak kaki musuh sahaja, hati-hati juga dengan zombi yang tiba-tiba berjalan ke arah kita. Pastikan bersedia untuk membunuh mereka.
Okay sampai disini perkongsian kali ini, banyak lagi sebenarnya tips untuk kemenangan ni, tapi korang pun mesti malas baca panjang-panjang kan. Jadi jangan lupa kongsikan artikel ini kepada geng-geng korang yang main COD Mobile juga okay! Kot-kot boleh membantu korang!
Sumber gambar: Youtube player COD Mobile, COD Mobile
@gamersantaimy
Discussion about this post