Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Zenless Zone Zero Rasmi Lancar Pada 4 Julai, Game Aksi RPG Terbaru HoYoverse

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 28, 2024
in Android, ARPG, Artikel, Berita, Epic Store, iOS, Mobile, PC, PS5
0 0
0
Zenless Zone Zero Rasmi Lancar Pada 4 Julai, Game Aksi RPG Terbaru HoYoverse
Share on FacebookShare on Twitter

HoYoverse hari ini mengumumkan bahawa ARPG fantasi urban yang sangat dinanti-nantikan, Zenless Zone Zero, akan dikeluarkan pada PlayStation®5, PC dan peranti mobile pada 4 Julai jam 10:00 (UTC+8).

🎁Zenless Zone Zero Officially Releases on July 4 on All Platforms

Dear Proxy,
Thank you for your ongoing interest in and support of Zenless Zone Zero.
Zenless Zone Zero officially releases on all platforms on July 4. We look forward to meeting you on Sixth Street when entry to… pic.twitter.com/lKcDZDAKSh

— Zenless Zone Zero (@ZZZ_EN) May 28, 2024

Setelah dikeluarkan, Zenless Zone Zero akan menyokong cross-platform untuk memastikan pemain mendapat pengalaman bermain game secara real-time dan sinkronisasi di berbagai platform yang berbeza.

Kredit: HoYoverse

Zenless Zone Zero ialah ARPG fantasi urban terbaharu daripada HoYoverse. Melalui sistem pertempuran yang dinamik dan menarik, Zenless Zone Zero menemui keseimbangan yang baik antara tahap kesukaran dan keseronokan gameplay untuk memenuhi keperluan pemain game aksi baru mahupun berpengalaman.

Selain itu, cerita naratif yang hidup, reka bentuk seni dan muzik yang unik, serta pengalaman kehidupan bandar yang mengasyikkan akan memberikan pengalaman gaming yang tidak dapat dilupakan untuk para pemain.

Kredit: HoYoverse

Latar belakang game berlaku di dunia yang telah dilanda bencana alam, tamadun dunia kontemporari telah dimusnahkan oleh bencana supernatural yang dikenali sebagai Hollow. Bagaimanapun, satu-satunya bandar yang tinggal, New Eridu, berjaya pulih daripada bencana ini dan berkembang menjadi tamadun moden yang terakhir.

Dalam cerita, pemain akan memainkan peranan seorang Proxy, seorang pengembara yang mengetuai eksplorasi di dalam Hollow yang sentiasa berubah. Di samping itu, pemain akan meneroka Hollow, bertarung musuh, menyelesaikan misi dan mendedahkan kisah misteri di sebalik New Eridu bersama watak-watak unik yang ditemui sepanjang perjalanan.

Kredit: HoYoverse

Jumlah prapendaftaran global untuk game itu telah mencecah 35 juta orang, hanya satu langkah lebih dekat kepada matlamat akhir 40 juta orang.

Pemain masih boleh mengambil bahagian dalam event prapendaftaran di PlayStation™ Store, Google Play, App Store, dan Epic Store. Selepas game itu dikeluarkan pada 4 Julai, pemain dari seluruh dunia yang telah pradaftar akan mendapat ganjaran dalam game yang berlimpah.

Hadiah yang boleh diperolehi termasuk: 20 Master Tape yang boleh digunakan untuk dapatkan watak rare, watak dalam game (Agent Corin), 30,000 Denny dan Boopon yang boleh digunakan untuk mendapatkan Bangboo rare.

Kredit: HoYoverse

Bagi mereka yang belum pradaftar, anda boleh melakukannya di laman web rasmi di SINI.

Tags: HoYoverseZenless Zone Zero
ShareTweetSend
Previous Post

Jujutsu Kaisen: Cursed Clash Umum 5 Watak Baru Dalam DLC Baru, Akan Datang 30 Mei

Next Post

Oshi no Ko Season 2 Membuat Debut Pada 3 Julai – Info Penuh!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!
Berita

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!

June 5, 2026
Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!
Anugerah

Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!

June 5, 2026
Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!
Nintendo Switch 2

Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!

June 5, 2026
Next Post
Oshi no Ko Season 2 Membuat Debut Pada 3 Julai – Info Penuh!

Oshi no Ko Season 2 Membuat Debut Pada 3 Julai - Info Penuh!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd