Dikenali sebagai pencipta asal siri Naruto, Masashi Kishimoto nampaknya akan kembali untuk menulis dan melukis manga baharu berjudul Naruto: Shadow Rising.
Walaupun sebelum ini beliau masih terlibat sebagai penulis dan penyelia untuk sekuel Boruto, ini kali pertama Kishimoto melukis sendiri manga Naruto sejak cerita asal tamat pada tahun 2014.
Teaser di atas bermula dengan pemandangan Konoha di bawah Monumen Hokage. Ukiran batu wajah enam Hokage dahulu melihat ke arah kampung, manakala dinding tebing di sebelah Kakashi menunjukkan ukiran wajah Naruto yang masih dalam proses pembinaan.
Seterusnya, kami dapat melihat Naruto memegang topi Hokage dengan bangga, Kakashi yang tersenyum lebar, Sasuke yang berdiri di bawah hujan, dan akhir sekali Sakura sedang memandang seorang bayi dengan penuh kasih sayang. Bayi itu sudah tentulah Uchiha Sarada (anak kepada Sasuke dan Sakura).

Klu-nya pun tidak lah terlalu susah untuk teka tetapi ramai mengandaikan cerita Naruto: Shadow Rising akan berlaku pada ‘blank era’, iaitu sekitar sedekad sebelum bermulanya kisah Boruto. Ini memberi peluang kepada kami untuk melihat zaman aman selepas tamatnya Fourth Great Ninja War sehinggalah waktu Naruto mula memegang jawatan rasmi sebagai Hokage.
Namun, kedamaian itu mungkin tidak kekal lama. Teaser tersebut ditutup dengan babak dramatik yang menunjukkan Naruto dan Sasuke bertarung semula. Ini menimbulkan tanda tanya tentang apa yang sebenarnya berlaku sehingga dua sahabat baik ini terpaksa bertembung lagi.

Manga ini akan keluar pada tahun 2027 sebagai sebahagian daripada “Project Rasengan”.
Kami pun tidak perlu menunggu terlalu lama untuk tahu lebih lanjut. Shueisha mengesahkan bahawa maklumat penuh jalan cerita, jadual terbitan, serta pratonton lukisan rasmi akan didedahkan di Jump Festa ’27 pada 19 dan 20 Disember 2026.









Discussion about this post