Dalam One Piece bab 1194, Roronoa Zoro akhirnya berjaya mengawal dan menguasai Conqueror’s Haki sepenuhnya dengan sedar.
Dengan kuasa ini, Zoro kini boleh menyalut kuasa tersebut pada ketiga-tiga pedangnya bila-bila masa sahaja, membolehkannya mencederakan musuh yang sebelum ini nampak mustahil untuk ditewaskan.

Perkembangan ini berlaku semasa pertarungan sengit Zoro di Elbaph menentang Saint Shepherd Sommers, salah seorang ahli elit Holy Knights dari World Government.
Sommers memang lawan yang menyusahkan. Disebabkan ada kebolehan penyembuhan diri, dia boleh cantumkan balik badannya serta-merta setiap kali ditebas Zoro, sambil mengejek Zoro sebab masih tak pandai kawal Conqueror’s Haki.
Oleh kerana badan Sommers cuma boleh cedera kekal jika diserang menggunakan Conqueror’s Haki tahap tinggi, Zoro terpaksa belajar dan kuasai teknik itu semasa bertarung.

Keadaan mula berubah apabila Zoro teringat semula latihannya selama dua tahun dengan Dracule Mihawk.
Dalam ingatan itu, Mihawk berpesan bahawa walaupun semua perkara dalam dunia ini sentiasa berubah, ada satu perkara yang tetap sama iaitu pegangan pada diri sendiri… dan Conqueror’s Haki sebenarnya adalah kebolehan untuk betul-betul faham kekuatan diri sendiri.

Zoro pun mengikat bandana hitamnya, membuang rasa ragu-ragu, dan fokus sepenuhnya. Bab 1194 tamat dengan babak menarik yang menunjukkan kilat dan api menyala pada ketiga-tiga pedangnya.
Kuasa Zoro sebenarnya sudah mula dilihat sejak arc Wano lagi, apabila ciri-ciri raja dalam dirinya mula keluar tanpa dia sedar. Waktu menyerang Onigashima, Zoro menggunakan kuasa ini mengikut naluri sahaja sehingga meninggalkan parut kekal pada dada Kaidou.
Kaidou terus perasan aura tersebut, tetapi Zoro langsung tidak tahu apa yang berlaku.

Kemudian, semasa berlawan dengan King, Zoro melepaskan Haki untuk menghalang pedang Enma daripada menyerap habis tenaganya; sehingga menyebabkan pengikut bawahan Beast Pirates di sekitar kawasan pengsan.
Tetapi pada waktu itu pun, dia cuma menyangka itu hanyalah kesan Armament Haki tahap tinggi dan semangat juangnya semata-mata.

Zoro akhirnya faham hal sebenar apabila sampai di Elbaf dan berjumpa dengan Scopper Gaban, bekas orang kanan kru Roger Pirates. Gaban membetulkan salah faham Zoro yang menyangka Conqueror’s Haki hanya untuk kapten sahaja, sekali gus memberi dorongan yang membuatkan Zoro mula sedar dan belajar mengawal kuasa itu dengan betul.









Discussion about this post