Banyak gaming company percaya teknologi streaming adalah masa depan. Kini, Microsoft telah mengumumkan pendekatannya sendiri untuk Video Game streaming: Project xCloud. Projek ini bertujuan untuk membawa permainan berkualiti konsol ke PC, konsol, dan smartphone, dan ia akan melancarkan beta testing bermula pada 2019.
Seperti yang terperinci dalam annoucement Microsoft, gamer akan dapat menggunakan control Xbox One yang disambungkan ke hardware yang boleh disupport dari Server Microsoft. Smartphone boleh digunakan melalui Bluetooth, dan lampiran kecil menghubungkan control ke telefon untuk kemudahan penggunaan. Jika korang tidak mempunyai Xbox One controller, kawalan sentuhan juga tersedia.
Perkhidmatan ini menggunakan Azure Microsoft sebagai tulang belakang untuk menubuhkan datacenters baru, dengan perkakasan khusus yang menggunakan bahagian beberapa konsol Xbox One. Azure mempunyai datacenters di 140 buah negara, jadi Microsoft merasakan ia sudah berada dalam kedudukan yang kukuh untuk melancarkan perkhidmatan secara berskala luas.
*Bawah ni adalah video dari Microsoft tentang xCloud*
Begitu juga pada minggu lalu Google mengumumkan Project Stream sendiri, menggunakan Assassin’s Creed Odyssey untuk mengeluarkan beberapa ujian teknikal. Sementara itu, PlayStation Now menawarkan game streaming untuk beberapa waktu, tetapi baru-baru ini mula menawarkan pilihan untuk pengguna itu sendiri. Untuk lebih details boleh baca kat sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post