Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Xbox Game Pass Mei 2024 Tambah Tomb Raider, Kona II, Little Kitty & Banyak Lagi

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 1, 2024
in Artikel, Berita, Microsoft, PC, PC Game Pass
0 0
0
Xbox Game Pass Mei 2024 Tambah Tomb Raider, Kona II, Little Kitty & Banyak Lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Microsoft mengumumkan bahawa beberapa game baharu yang ditambah ke Xbox Game Pass pada awal Mei 2024, termasuk Tomb Raider: Definitive Edition, Kona II: Brume, Little Kitty, Big City dan banyak lagi.

Berikut adalah info lanjut:

Have A Nice Death (Cloud, Konsol dan PC) – Tersedia sekarang

Dalam aksi action roguelike 2D ini, bermain sebagai Death, yang pekerjanya telah melakukan huru-hara, sehingga hilang keseimbangan antara roh. Sekarang adalah masanya untuk tunjukkan mengapa anda digelar sebagai “bos”.

Tomb Raider: Definitive Edition (Cloud, Konsol dan PC) – 2 Mei

Edisi Definitif daripada pengembaraan aksi pertama Tomb Raider akan kembali ke Game Pass! Hadapi pertempuran penuh adrenalin, ubahsuai senjata dan peralatan, dan atasi persekitaran untuk bertahan hidup dalam pengembaraan pertama Lara Croft dan membongkar rahsia maut pulau itu.

Kona II: Brume (Cloud, Konsol dan PC) – 7 Mei

Meneruskan kisah interaktif Kona, game ini menawarkan pengalaman naratif first-person yang mengasyikkan dengan mekanik penceritaan yang unik. Terokai persekitaran desa perkampungan perlombongan luar bandar di Kanada Utara pada tahun 1970 dan temui misteri kabus pelik – bernama brume – yang telah menyelubungi rantau ini.

Little Kitty, Big City (Cloud, Konsol dan PC) – 9 Mei

Tersedia pada hari pertama dengan Game Pass! Di taman permainan open-world ini, anda adalah kucing kecil dalam pengembaraan untuk mencari jalan pulang. Terokai bandar, berkawan dengan haiwan sesat, dan tinggalkan huru-hara di belakang anda.

Brothers: A Tale of Two Sons (Cloud, Konsol dan PC) – 14 Mei

Bimbing dua beradik dalam perjalanan kisah dongeng epik. Selesaikan teka-teki, terokai pelbagai lokasi, dan lawan pertempuran bos, di mana anda perlu mengawal kedua-dua adik-beradik untuk selesaikan semuanya.

Game di bawah akan meninggalkan Game Pass tidak lama lagi pada 15 Mei:

  • Eastern Exorcist (Cloud, Konsol, PC)
  • Eiyuden Chronicle: Rising (Cloud, Konsol, PC)
  • Fuga: Melodies of Steel 2 (Cloud, Konsol, PC)
  • Ghostlore (Cloud, Konsol, PC)
  • Just Cause 4 Reloaded (Cloud, Konsol, PC)
  • Norco (Cloud, Konsol, PC)
  • SD Gundam Battle Alliance (Cloud, Konsol, PC)
  • Supraland Six Inches Under (Cloud, Konsol, PC)

Kalau ada yang berminat untuk bermain game PC yang disediakan pada Mei 2024, anda perlu langgan PC Game Pass dengan hanya RM15 sebulan. Untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai game pass, sila klik SINI.

Tags: PCXbox Game Pass
ShareTweetSend
Previous Post

Dragon Ball: Sparking ZERO Pamer Gameplay Baru – Senarai Watak Setakat Ini!

Next Post

Jujutsu Kaisen: Sukuna Adalah Pakcik Kepada Yuji Itadori?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan
Mobile

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan

July 20, 2026
Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan
Berita

Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan

July 20, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
Next Post
Jujutsu Kaisen: Sukuna Adalah Pakcik Kepada Yuji Itadori?

Jujutsu Kaisen: Sukuna Adalah Pakcik Kepada Yuji Itadori?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd