Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

World of Tanks: HEAT Bakal ‘Meletup’ Bermula 26 Mei – Masih Free-To-Play!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 20, 2026
in Action, Artikel, Berita, MMO, PC, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
World of Tanks: HEAT Bakal ‘Meletup’ Bermula 26 Mei – Masih Free-To-Play!
Share on FacebookShare on Twitter

Wargaming mengumumkan bahawa game tactical shooter World of Tanks: HEAT akan dilancarkan pada 26 Mei 2026 untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC.

Mengambil inspirasi daripada sejarah alternatif era pasca-Perang Dunia Kedua, HEAT bukanlah sekuel atau kemas kini biasa; tetapi satu nafas baharu bagi francais game tersebut. Berbeza dengan gaya simulasi yang lebih perlahan dalam judul sebelum ini, HEAT menawarkan aksi yang lebih pantas dan taktikal melalui sistem berasaskan “hero”.

Tarikan utama adalah pengenalan “Agents.” Bermula hari pertama pelancaran, pemain boleh memilih daripada lapan watak unik yang dibahagikan kepada tiga peranan penting: Defender, Assault, dan Marksman.

Jika dahulu anda perlu memilih kereta kebal daripada tech tree, kini setiap Agent hadir dengan “two-vehicle roster” tersendiri. Setiap kenderaan telah ditala untuk menyesuaikan dengan peranan watak tersebut. Ini bermakna pilihan anda bukan sahaja pada jentera, tetapi pada playstyle yang diinginkan.

Sama ada mahu merempuh barisan hadapan dengan perisai tebal, memberikan bantuan tembakan dari jauh, atau menyerang secara hendap, pasti ada Agent yang sesuai untuk tugasan itu.

Wargaming turut membangunkan enjin proprietari baharu sepenuhnya untuk memastikan game ini lebih responsif. Selain memberikan visual dan persekitaran yang lebih terperinci, enjin ini direka agar game tetap berjalan lancar walaupun pada PC midrange atau peranti handheld.

Bagi mereka yang sentiasa sibuk, game ini turut menyokong penuh ciri cross-platform play dan cross-progression. Anda boleh memulakan game di PC di rumah, dan kemudian menyambung semula di konsol atau peranti handheld melalui NVIDIA GeForce NOW tanpa sebarang masalah.

Apabila server dibuka secara rasmi pada 26 Mei nanti, pemain akan disajikan dengan pelbagai kandungan menarik:

  • 15 Kenderaan Boleh Suai: Setiap kereta kebal boleh dilaras menggunakan pelbagai module dan equipment mengikut cita rasa anda.
  • 8 Peta Unik: Medan perang merangkumi pelbagai lokasi, daripada runtuhan bandar sehinggalah ke kawasan alam semula jadi.
  • 4 Mod Kompetitif: Uji kemahiran dalam mod Hardpoint, Control, Kill Confirmed, atau Conquest.

Memandangkan ia adalah game free-to-play, tiada alasan untuk tidak mencuba. Jadi, kumpulkan kawan dan bersedia untuk turun ke medan perang! Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: World of Tanks: HEAT
ShareTweetSend
Previous Post

Farming Simulator 26 Kini Tersedia Di Nintendo Switch – Jom Turun Ke Ladang!

Next Post

Bleach – Trailer Rasmi Musim Finale Janjikan Penamat Epik Pada Julai 2026!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Bleach – Trailer Rasmi Musim Finale Janjikan Penamat Epik Pada Julai 2026!

Bleach - Trailer Rasmi Musim Finale Janjikan Penamat Epik Pada Julai 2026!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd