Sempena Tahun Baru Cina yang bakal tiba, NetEase Games dan Everstone Studio bakal melancarkan update besar Version 1.3 (diberi tajuk “Spring’s Bliss“) untuk Where Winds Meet pada hari esok, 6 Februari 2026.
Kenali The Masked Troupe
Sect baharu “The Masked Troupe” akan menyertai game ini secara rasmi pada 13 Februari. Sebagai langkah warisan budaya, Sect ini membawa memfokuskan kepada seni opera cina tradisional.
Bukan sekadar pahlawan pedang biasa, Masked Troupe menganggap medan perang seperti sebuah pentas persembahan. Gaya lawan mereka berasaskan elemen “nyanyian, lakonan, dan pertempuran” yang ada dalam opera klasik Cina.
Mekanik Baharu Kuasa Contortion
Version 1.3 turut memperkenalkan mystic skill “Contortion.” Abiliti ini membolehkan pemain mengecilkan saiz badan mereka secara fizikal, lalu membuka cara baharu untuk berinteraksi dengan dunia sekeliling.
Sama ada untuk menyelinap ke celah-celah tersembunyi bagi mencari harta karun atau melancarkan serangan hendap dari ruang sempit, Contortion menambah elemen baharu ke dalam permainan. Bagi membantu pemain menguasai skil baharu ini, aktiviti khas yang dikenali sebagai “Tiny Adventure” akan disediakan.
Cabaran Baharu
Bagi mereka yang lebih gemar menguji kekuatan fizikal, dua World Boss baharu kini mula menghantui kawasan belantara: Drunk Martial Artist dan Coffin Master.
Drunk Martial Artist membawa combat liar yang sukar diramal dan ditangkis, manakala Coffin Master pula menawarkan pertarungan yang lebih memerlukan kesabaran. Kedua-dua bos ini direka untuk ditemui secara semula jadi semasa eksplorasi.
Guild War League
Kemas kini ini memperkenalkan Guild War League, sebuah pertandingan secara berfasa yang direka untuk menobatkan puak terkuat di Jianghu.
Liga ini akan bermula dengan perlawanan untuk membahagikan guild ke dalam tahap yang sesuai, diikuti oleh musim biasa bagi pertempuran ranking kumpulan. Ganjaran yang ditawarkan juga sangat lumayan, termasuk Echo Jade dan “Hero Title” eksklusif untuk mereka yang mempamerkan prestasi terbaik.
Sebulan Penuh Sambutan
Akhir sekali, “Spring Festival Fair” akan berlangsung dari 6 Februari hingga 5 Mac. Sepanjang tempoh ini, hab-hab utama permainan akan dihiasi dengan tanglung dan hiasan perayaan bagi mencerminkan suasana Tahun Baru Cina.
Acara-acara ini padat dengan mini-game dan aktiviti yang membolehkan pemain memperoleh barangan kosmetik edisi terhad serta item rare.
Game ini tersedia di PlayStation 5, PC (Steam, Epic Games Store), iOS, dan Android.









Discussion about this post