Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Reviu MY HERO ACADEMIA: All’s Justice – Perjalanan Terakhir Deku Dalam Bentuk Permainan Video!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 4, 2026
in Anime, Artikel, Berita, Fighting, Game Review, PC, PS5, Review, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Reviu MY HERO ACADEMIA: All’s Justice – Perjalanan Terakhir Deku Dalam Bentuk Permainan Video!
Share on FacebookShare on Twitter

Selama sedekad, perjalanan panjang francais ini sudah sampai ke penghujungnya. Dengan manga yang menamatkan terbitan pada tahun 2024 dan musim finale anime yang berakhir Disember lalu, ramai peminat mungkin tercari-cari cara untuk mengalami semuanya semula. Di sini, MY HERO ACADEMIA: All’s Justice hadir untuk mengisi kekosongan tersebut.

Akan dilancarkan bermula 5 Februari, game arena fighter ini cuba membawakan tenaga daripada arc Final War untuk memberikan pengalaman interaktif bagi perjuangan terakhir Deku. Tanpa melengahkan masa, inilah ulasan penuh kami.

Story Mode, Team-Up Mission, dan Kandungan Tambahan

Story Mode menceritakan semula naratif Final War dari perspektif game. Kita dapat memainkan detik-detik penting, seperti konfrontasi Bakugo dengan All For One dan pertembungan terakhir Deku dengan saingannya, yang diakhiri dengan pertembungan antara One For All dan All For One.

Walau bagaimanapun, penyampaiannya mempunyai sedikit kekurangan. Cutscene bertukar ganti antara adegan animasi dan imej statik daripada anime. Ketidakkonsistenan ini mengganggu kelancaran dan rentak cerita, yang boleh ‘menarik’ pemain daripada pengalaman itu tepat pada masa cerita sepatutnya menjadi paling sengit.

Team-Up Mission menyerlah sebagai mod berfokuskan eksplorasi di mana kita bermain sebagai pelajar Class 1-A dalam ruang latihan maya. Ia menawarkan rehat daripada gaya gameplay biasa yang berat dengan combat.

Anda boleh memilih pasukan sebelum bermula, memilih watak utama dan dua rakan sepasukan daripada Class 1-A untuk membina skuad tiga orang yang ideal.

Misi disusun dalam menu yang menjejak kemajuan anda, di mana sesetengah misi dikunci sehingga pemain menyelesaikan misi terdahulu. Objektifnya berbeza-beza, daripada tugasan penyelidikan hingga ke bertarung di daerah yang berlainan.

Apa yang membuatkan Team-Up Mission sangat menarik ialah sistem pemarkahannya. Selepas satu misi, kita mendapat laporan terperinci tentang prestasi untuk beberapa kategori. Anda memperoleh mata melalui pertarungan, menyelesaikan misi, dan penerokaan.

Skor tersebut merangkumi Mission Completion Bonus, Unique Mission Completion Bonus untuk penyelesaian kali pertama, dan Sub Mission Completion Bonus untuk objektif pilihan. Anda juga mendapat mata berdasarkan Total Movement Distance dan Assist Character Bonus kerana menggunakan rakan sepasukan dengan berkesan.

Ini digabungkan menjadi skor total yang menjejak prestasi keseluruhan pemain, menambah nilai replayability sambil kita cuba memperbaiki markah atau bereksperimen dengan pasukan dan strategi berbeza.

Quirk unik setiap watak menambah variasi kepada penerokaan dan combat. Anda mungkin meluncur di atas ais, menggunakan letupan untuk terbang, atau menggunakan kebolehan khusus lain untuk bergerak.

Contohnya, Quirk Zero Gravity milik Ochaco membolehkannya terapung untuk masa terhad, lantas menawarkan pilihan pergerakan yang tiada pada watak lain. Mekanik penerokaan berasaskan Quirk ini membuatkan pergerakan terasa dinamik dan setia kepada sumber asal.

Perlu tahu bahawa setiap misi menggunakan meter nyawa yang sama. Ini bermakna lawatan ke fasiliti penyembuhan di seluruh peta adalah perlu untuk mengekalkan keadaan pasukan anda sepanjang sesi bermain yang lebih lama.

Mod ini menampilkan eksplorasi, penyelesaian teka-teki dengan Quirk, dan combat dengan baik, menjadikannya terasa seperti pengalaman latihan hero yang sebenar dan bukan sekadar mod tambahan biasa.

Bagi mod Character Memory, Hero’s Diary menyajikan adegan-adegan yang belum pernah dilihat sebelum ini dalam manga mahupun anime; yang menunjukkan kehidupan harian kesemua 20 pelajar Class 1-A.

Episod-episod ini menampilkan eksplorasi, combat, dan parkour, untuk memberikan gambaran intim tentang watak kegemaran anda di luar kisah utama.

Kedua-dua Hero’s Diary dan Archives Battle memerlukan kita menyelesaikan Team-Up Mission terlebih dahulu untuk membukanya, jadi ia secara tidak langsung menggalakkan pemain untuk bermain kandungan asal sebelum mengakses ciri tambahan ini.

Archives Battle berfungsi sebagai mod cabaran di mana pemain menghidupkan semula pertarungan ikonik daripada siri ini. Pertarungan ini lebih sukar daripada mod lain dan menampilkan mekanik gameplay khas yang unik untuk mod ini.

Ia direka untuk pemain yang ingin merasai semula pertarungan paling sengit dan diingati dalam cerita My Hero Academia, dengan olahan gameplay yang menjadikan setiap pertarungan terasa berbeza dan mencabar.

Battle Mode pula membolehkan pemain mencipta pasukan tiga watak dan bertarung di mana-mana peringkat yang ada. Ini adalah mod paling bebas, membolehkan kita bereksperimen dengan sebarang kombinasi hero dan penjahat tanpa batasan cerita.

Senarai penuh watak boleh diakses di sini, tetapi watak tertentu perlu dibuka melalui kemajuan cerita, termasuk Izuku Midoriya Rising, One For All Chaos, dan One For All Rewind. Ia berfungsi sebagai tempat untuk berlatih kombo, menguji sinergi pasukan, dan sekadar menikmati sistem combat tanpa objektif misi atau kekangan cerita.

Sistem Combat, Mekanik, dan Senarai Watak

Combat merangkumi beberapa mekanik utama. Rising gauge, yang dipaparkan di sudut kiri bawah, mengaktifkan mod Rising apabila penuh dengan menekan stik kanan. Ini meningkatkan kuasa serangan, kelajuan pergerakan, dan aksi Quirk watak buat sementara waktu.

Jika watak adalah yang terakhir bertahan, Ultimate Rising akan diaktifkan secara automatik untuk boost yang lebih kuat.

Plus Ultra gauge membolehkan watak melepaskan Ultimate dengan menekan R1 + Bulat apabila mempunyai sekurang-kurangnya satu stack tolok. Dengan dua stack dan rakan sekutu yang masih hidup, pemain boleh menyambungkan beberapa serangan Plus Ultra menjadi Plus Ultra Combo.

Pergerakan termasuk fungsi dash dan dodge di tanah dan di udara untuk mencari posisi dengan cepat.

Dalam mod Team-Up Mission, persekitaran berbahaya yang interaktif menambah aspek taktikal. Hal ini memaksa pemain untuk peka dengan persekitaran dan menggunakannya untuk kelebihan mereka, menjadikan setiap medan lawan lebih daripada sekadar arena rata.

Bahaya ini berbeza-beza bergantung pada tempat kita bertarung, memastikan tiada dua pertembungan terasa sama.

MY HERO ACADEMIA: All’s Justice menampilkan senarai watak terbesar dalam mana-mana game My Hero Academia. Kesemua pelajar Class 1-A muncul bersama Pro Heroes seperti Mirko dan Best Jeanist, serta penjahat termasuk All For One, Shigaraki, dan Dabi.

Watak-watak muncul dalam transformasi terakhir dan paling kuat mereka dari seluruh cerita penuh.

Sistem combat terasa responsif, di mana serangan mengenai sasaran dengan berat dan impak yang sesuai.

Senarai watak yang luas memberikan banyak pilihan untuk membina pasukan tiga orang yang ideal, manakala pelbagai mekanik lawan menyediakan strategi yang cukup untuk memastikan perlawanan menarik tanpa membebankan pemain baharu.

Persekitaran Team-Up Mission menambah variasi melalui kawasan bahaya khusus yang memastikan pemain terus terlibat dan berfikir secara taktikal. Bagi peminat anime, semua ini menangkap intipati apa yang menjadikan aksi siri ini begitu menarik; dengan membawa watak dan detik epik ke dalam bentuk yang boleh dimainkan.

Skema Kawalan, dan Pilihan Ubah Suai

Game ini menawarkan dua skema kawalan yang direka untuk menampung tahap kemahiran yang berbeza. Normal Control direka untuk beginner dan pemain baharu; yang secara automatik menghubungkan skil Quirk, pertukaran watak, gerakan Plus Ultra, dan kombo melalui tekanan butang berulang.

Ini menjadikan gameplay mudah didekati oleh mereka yang mungkin tidak biasa dengan mekanik fighting game yang kompleks. Manual Control pula memberikan kawalan penuh ke atas gerakan dan kombo, membolehkan pemain berpengalaman mencipta kombo lagi dahsyat bagi mereka yang mahukan pendekatan lebih praktikal.

Apa yang menjadikan sistem kawalan ini fleksibel ialah pemain boleh menyesuaikan tetapan automatik secara individu. Ini bermakna anda boleh memilih untuk mematikan pertukaran watak automatik sambil mengekalkan pengaktifan auto-Plus Ultra, atau melaraskan mana-mana kombinasi yang sesuai dengan gaya permainan anda.

Game ini mengesyorkan pelarasan tetapan tersebut secara beransur-ansur apabila anda semakin selesa, membolehkan pembelajaran yang lancar daripada gameplay kasual kepada gameplay yang lebih maju.

Selain kawalan, sistem customization menawarkan pilihan luas yang membolehkan pemain mengekspresikan diri. Penyesuaian profil termasuk emotes dan emblem untuk menunjukkan gaya anda semasa perlawanan.

Customization watak lebih seronok dengan pelbagai pilihan kostum untuk setiap watak, dekorasi peribadi, dan pelbagai gaya yang dipaparkan semasa pemilihan watak dan skrin kemenangan.

Malah penampilan bar nyawa juga boleh disesuaikan mengikut kemahuan pemain, memastikan setiap elemen visual UI mencerminkan citarasa peribadi anda.

Game ini menyokong pilihan teks dan suara bahasa Jepun dan Inggeris, membolehkan kita menikmati game dalam bahasa pilihan. Mod Tutorial dan Training menyediakan ruang berstruktur untuk pemain baharu mempelajari sistem combat mengikut rentak mereka sendiri.

Ciri-ciri ini digabungkan untuk membuatkan MY HERO ACADEMIA: All’s Justice boleh diakses oleh pelbagai jenis pemain, daripada peminat anime kasual hingga peminat tegar fighting game.

Masalah Kamera, dan Isu Prestasi Teknikal

Ada beberapa sisi yang kurang kemas. Kamera boleh menjadi mengelirukan semasa pergerakan bebas di overworld dan mod Team-Up Mission, menjadikan navigasi kadangkala melecehkan. Peralihan antara cutscene animasi dan imej anime statik mengganggu aliran dan rentak naratif.

Mekanik eksplorasi, seperti kebolehan berayun Deku, terasa terkekang oleh ruang kawasan permainan yang terhad. Isu prestasi semasa bahagian open world Team-Up Mission, walaupun tidak terlalu teruk, cukup ketara untuk menjejaskan pengalaman.

Pendapat

MY HERO ACADEMIA: All’s Justice menyampaikan pertempuran arena 3v3 yang solid dengan senarai watak yang komprehensif dan pelbagai mod permainan. Sistem combat direka dengan baik dengan mekanik rumit bagi mereka yang mahukannya, sambil kekal mudah diakses oleh pemain kasual.

Walau bagaimanapun, isu teknikal semasa penerokaan, masalah kamera, dan cutscene yang tidak konsisten menghalangnya daripada mencapai potensi penuh.

Peminat siri pasti akan terhibur, terutamanya ketika menghidupkan semula arc Final War dan mengalami kandungan original Class 1-A, tetapi beberapa bahagian yang kurang kemas mungkin mengecewakan pemain yang mencari pengalaman yang lebih digilap.

Permainan ini akan dilancarkan pada 5 Februari 2026 untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X|S. Pemain PC boleh mencubanya apabila ia dilancarkan di Steam pada 6 Februari. Maklumat lanjut di laman web rasmi.

The Review

MY HERO ACADEMIA: All’s Justice

7.5 Score

MY HERO ACADEMIA: All’s Justice ialah game aksi arena 3D yang menghidupkan arc Final War dengan senarai watak terbesar dalam siri ini serta sistem combat yang memuaskan dan mesra pemain. Walaupun mod seperti Team-Up Mission menambah variasi menarik, pengalaman sedikit terjejas oleh isu teknikal seperti sudut kamera yang mengelirukan, persembahan cerita yang tidak konsisten, dan prestasi yang kurang lancar semasa penerokaan. Namun begitu, ia masih adalah game yang menghiburkan terutamanya bagi peminat setia yang ingin merasai sendiri detik-detik akhir siri ini.

PROS

  • Combat terasa responsif dan memuaskan
  • Senarai watak luas menampilkan semua Class 1-A, Pro Heroes, dan Villains
  • Pilihan customization komprehensif termasuk penyesuaian profil dan watak.
  • Persekitaran interaktif semasa Team-Up Mission menambah variasi kepada combat
  • Pilihan kawalan yang mudah diakses untuk tahap kemahiran yang berbeza
  • Mod Team-Up Mission menawarkan perubahan serba baharu dengan penerokaan, pergerakan berasaskan Quirk, dan variasi misi
  • Pengalaman yang menyeronokkan untuk peminat anime dan juga bukan peminat.

CONS

  • Kamera boleh menjadi mengelirukan semasa mod misi terutamanya semasa pergerakan bebas
  • Cutscene bertukar ganti antara animasi dan imej anime, mengganggu aliran dan rentak naratif
  • Mekanik penerokaan terasa terhad kerana ruang kawasan permainan yang sempit
  • Isu prestasi semasa bahagian pergerakan bebas

Review Breakdown

  • Rating 0
Tags: My Hero Academia: All’s Justicereviu
ShareTweetSend
Previous Post

Pengalaman Kami Di Digimon Adventure Anime 25th Anniversary Exhibition – Memanggil Semua ‘DigiDestined!’

Next Post

Where Winds Meet Update Version 1.3 – Sect Baharu, Boss Baharu & Ganjaran Melimpah!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama
Senarai

Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama

July 21, 2026
Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu
Beta

Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu

July 21, 2026
Next Post
Where Winds Meet Update Version 1.3 – Sect Baharu, Boss Baharu & Ganjaran Melimpah!

Where Winds Meet Update Version 1.3 - Sect Baharu, Boss Baharu & Ganjaran Melimpah!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd