Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Watak Ikonik Street Fighter, Chun-Li, Akan Menyertai Fatal Fury: City of the Wolves Pada 5 November

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 3, 2025
in Artikel, Berita, DLC, Epic Store, Fighting, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Watak Ikonik Street Fighter, Chun-Li, Akan Menyertai Fatal Fury: City of the Wolves Pada 5 November
Share on FacebookShare on Twitter

SNK telah mengesahkan bahawa watak legenda dari siri Street Fighter, Chun-Li, akan diperkenalkan sebagai watak DLC terbaharu untuk Fatal Fury: City of the Wolves, bermula 5 November ini.

Menerusi kolaborasi antara dua francais fighting game terkemuka ini, Chun-Li, seorang ejen handalan dari Metro City, akan memasuki arena Fatal Fury. Kehadirannya di South Town adalah untuk menjalankan misi siasatan berhubung kebangkitan semula sebuah kumpulan penjenayah yang cukup dikenali.

Menurut deskripsi rasmi watak tersebut, kehebatan Chun-Li digambarkan seperti berikut: “Hanya segelintir ‘serigala’ di sini yang mampu menandingi kekuatan, gaya, dan keanggunan ‘World Warrior’ ini—apatah lagi untuk mengalahkannya. Mungkin satu-satunya yang setanding dengannya ialah kunoichi berapi dari klan Shiranui.”

Kemunculan Chun-Li bukan sekadar sebagai watak baharu, malah turut disertakan dengan penambahan kandungan penceritaan untuk dinikmati oleh para pemain.

Dalam ‘Mod Arcade’, satu jalan cerita baharu diperkenalkan di mana Chun-Li ditugaskan untuk menyiasat khabar angin berkaitan organisasi jenayah terkenal, Shadaloo, di South Town.

Di samping itu, mod pengembaraan RPG ‘Episodes of South Town’ juga akan menambah watak ini ke dalam game. Fokusnya adalah pada kisah Chun-Li yang dijemput untuk berkongsi ilmu serta kemahiran kung fu dengan penduduk di bandar tersebut.

Sebagai judul terkini dalam siri fighting game yang amat diminati ini, Fatal Fury: City of the Wolves menandakan kepulangan francais ini setelah berehat untuk tempoh yang panjang. Game ini sudah pun boleh didapati untuk platform PlayStation 5, Xbox Series X|S, PlayStation 4, serta PC melalui Steam dan juga Epic Games Store.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: Chun-LiFatal Fury: City of the Wolves
ShareTweetSend
Previous Post

Arknights: Endfield Memasuki Fasa Ujian Baharu dengan Ujian Beta II & Ujian Teknikal PlayStation 5

Next Post

Berani Ejek Nintendo, Streamer Cetak Rompak Kini Berdepan Hukuman Denda $17,500!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Berani Ejek Nintendo, Streamer Cetak Rompak Kini Berdepan Hukuman Denda $17,500!

Berani Ejek Nintendo, Streamer Cetak Rompak Kini Berdepan Hukuman Denda $17,500!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd