Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Arknights: Endfield Memasuki Fasa Ujian Baharu dengan Ujian Beta II & Ujian Teknikal PlayStation 5

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 3, 2025
in Action, Android, Artikel, Berita, Beta, iOS, Mobile, PC, PS5, RPG
0 0
0
Arknights: Endfield Memasuki Fasa Ujian Baharu dengan Ujian Beta II & Ujian Teknikal PlayStation 5
Share on FacebookShare on Twitter

GRYPHLINE dan pembangun Mountain Contour secara rasminya telah membuka pendaftaran untuk fasa ujian beta seterusnya bagi RPG 3D mereka yang sangat dinanti-nantikan, Arknights: Endfield.

Para pemain kini boleh mendaftar untuk “Ujian Beta II,” yang akan dilancarkan pada 28 November untuk PC, iOS, dan Android, serta “Ujian Teknikal PlayStation 5” yang akan diumumkan tarikhnya kemudian. Para pemain yang berminat boleh mendaftar dengan melengkapkan tinjauan rekrutmen di laman web rasmi Arknights: Endfield.

Pengumuman tersebut diiringi dengan sebuah trailer baharu dan siaran langsung khas oleh pembangun yang dihoskan oleh Produser Game, Light Zhong, dan Pereka Level, RUA.

Siaran langsung itu menjelaskan kemas kini penting yang akan datang dalam Ujian Beta II, termasuk jalan cerita yang dibina semula sepenuhnya dengan babak-babak cutscene dan animasi dialog baharu di mana pilihan pemain akan membawa kepada kesudahan yang berbeza.

Sorotan utama beta ialah pengenalan sebuah rantau baharu, Wuling, yang menggabungkan estetika Timur dengan elemen futuristik. Para pemain juga akan dapat mengalami sistem combat yang telah dirombak, menampilkan skil kombo, abiliti yang diperhalusi, dan pertarungan bos yang dikemas kini.

Senarai watak yang boleh dimainkan turut diperluas dengan sembilan operator baharu, termasuk tiga watak 6-star yang hebat: Ardelia, Last Rite, Alesh dan Pogranichnik.

Aspek utama game iaitu pembinaan pangkalan juga telah dipertingkatkan. Sistem Automated Industry Complex (AIC) akan membolehkan pengembangan dan pilihan crafting yang lebih besar. Ciri-ciri baharu seperti mod foto, panduan rakan sepasukan, dan pengesanan peti juga akan tersedia untuk diterokai oleh para pemain.

//Automated Industry Complex//Instruction Manual//

For an optimal experience, please peruse the following instructions before using the AIC.#ArknightsEndfield #Endfield #EndfieldBetaTest pic.twitter.com/2CRKDkbp4Q

— Arknights: Endfield (@AKEndfield) January 13, 2025

Arknights: Endfield Beta II akan menjadi ujian akses terhad dengan pemadaman data, yang bermaksud semua kemajuan pemain akan dipadamkan pada akhir tempoh ujian. Walau bagaimanapun, data boleh disatukan antara peranti PC dan mobile semasa ujian berlangsung.

Begitu juga dengan Ujian Teknikal PlayStation 5, ia akan menjadi ujian terhad dengan pemadaman data dan tiada sebarang pembelian dalam game. Penting untuk diingatkan bahawa ujian PS5 dan Ujian Beta II adalah dua ujian yang berasingan, dan data permainan tidak akan boleh dipindahkan antara kedua-duanya.

Peminat yang membuat prapendaftaran untuk game ini boleh memperoleh ganjaran dalam game, termasuk Basic HH Permit dan operator 5-star, Snowshine. Ganjaran istimewa juga dijanjikan apabila komuniti mencapai 5 juta pengikut.

Berlatarkan alam game mobile popular Arknights, Arknights: Endfield menawarkan sebuah cerita baharu di dunia sempadan Talos-II. Para pemain akan mengetuai pasukan sehingga empat operator dalam pertempuran masa nyata, menggunakan kombo skil dan sinergi elemen.

Game ini menampilkan penerokaan, pertempuran, dan pembinaan pangkalan. Game ini dijadualkan keluar pada awal 2026 untuk PlayStation 5, PC, iOS, dan Android.

Tags: Arknights: EndfieldBETA
ShareTweetSend
Previous Post

“Super Sentai,” Francais Yang Menjadi Inspirasi “Power Rangers,” Dilaporkan Akan Berakhir Selepas 50 Tahun

Next Post

Watak Ikonik Street Fighter, Chun-Li, Akan Menyertai Fatal Fury: City of the Wolves Pada 5 November

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Watak Ikonik Street Fighter, Chun-Li, Akan Menyertai Fatal Fury: City of the Wolves Pada 5 November

Watak Ikonik Street Fighter, Chun-Li, Akan Menyertai Fatal Fury: City of the Wolves Pada 5 November

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd