Dalam dunia open world post apocalypse Days Gone, manusia telah berubah menjadi raksasa bernama “Freakers”. Dalam erti kata lain, zombi. Freakers juga melibatkan kanak-kanak, yang akan muncul dalam game sebagai freakers spesis lain bernama Newts. Kemunculan Newts ini lah yang bikin marah warga netizen internet.
Sony on killing newts, Days Gone's childlike zombies: https://t.co/9eqaj8VhqT pic.twitter.com/uxVkWIRJ20
— Stevivor (@Stevivor) March 7, 2019
Sejak gameplay terbaru mereka mendedahkan bahawa Days Gone akan ada zombi kanak-kanak, beberapa pihak penerbit, Twitter, dan video Youtube yang membuat ulasan tetang isu hangat ini. Game unsur keganasan sebelum ini tidak ingin melibatkan kanak-kanak dalam projek mereka. Sebagai contoh, siri Grand Theft Auto atau Resident Evil tidak mempamerkan sebarang keganasan kepada kanak-kanak walaupun ketidakhadiran mereka tidak masuk akal dalam konteks gaming. Jika ada kana-kanak pun, pemain masih tidak boeh membunuh mereka. Seperti siri ciptaan Bethesda, The Elder Scrolls dan Fallout francais. Ini adalah alasan dan sebab kenapa ada orang yang sangat terganggu dengan game Days Gone yang membenarkan pemain untuk membunuh zombi kanak-kanak.
Dalam satu interview bersama Stevivor, Emmanuel Roth daripada Sony Bend ditanya mengenai zombi kanak-kanak di Days Gone. Dalam interview itu, Roth kata bahawa Newts bukanlah kanak-kanak, tetapi kemudian bercanggah dengan kata-kata seorang wakil lain daripada Sony Bend. “Malapetaka buruk itu meracun dan membunuh hampir semua kehidupan manusia. Berapa pemuda dijangkiti dan ditukar oleh virus itu. Mereka yang dijangkiti itu kini dipanggil Newts,” berkata si wakil tersebut. Selanjutnya, wakil itu menambah jika manusia bertukar menjadi Freakers dalam Days Gone, mereka adalah sesuatu yang ‘baru’ dan tidak harus dianggap sebagai manusia.
Walaupun ada beberapa ramai orang yang meluahkan perasaan kecewa dan jijik mereka tentang keputusan Days Gone untuk memasuki zombi kanak-kanak, kita harus ingat ini bukan konsep yang baru. Dead Space 2 memperkenalkan zombi bayi yang akan panjat di dinding sebagai cubaan untuk menyerang hendap Isaac dan meletupnya. Dying Light juga ada zombi kanak-kanak dipanggil Screamers.
Mereka yang terbuka dengan idea Days Gone telah mengemukakan beberapa fakta ini dan mereka pun tidak kisah jika Days Gone memiliki zombi kanak-kanak. Lagipun, jika benar-benar berlaku zombie apocalypse, kanak-kanakpun mesti berubah jadi zombi jugak kan. Tak ada mereka sebagai zombo, game jadi unrealistic pula.
Tidak kisah pada pihak mana anda sokong, kemungkinan ramai harus siap sedia untuk bunuh zombi kanak-kanak itu apabila Days Gone launch pada bulan depan.
Sumber – Stevivor
@gamersantaimy
Discussion about this post