Okay okay, korang yang tengah baca ni, dok diam dan hayati! Takde takde gurau senda dari saya. Siapa peminat Gundam? Rasanya ramai kan kan? Terutama dikalangan lelaki, yang suka gila main gunpla macam seorang atok ni! Atok yang bernama Mr. Suzuki ini merupakan seorang pendandan rambut berumur 74 tahun di Oirat, Aomori Jepun yang menjadi viral di sosial media disebabkan patung gergasi Gundam berada didepan kedai gunting rambutnya!
Patung-patung Gundam di hadapan kedainya kini menjadi taman Gundam untuk peminat-peminat “Mobile Suit Gundam” lawati! Atok ni bukan buat dengan saja-saja sebab nak tarik perhatian orang, tetapi dia memang seorang penggemar pemasang model-model Gundam sebagai hobi! Masa dia berumur 60tahun, ada seorang pelajar sekolah menengah mencadangkan padanya untuk membuat patung tugu Gundam, dan itulah yang dia jadikan kenyataan selama beberapa tahun ini!
Depan kedai gunting rambutnya, boleh dikatakan hampir 10 patung tugu Gundam berukuran 3 – 5m tinggi dan kesemuanya memang sempurna dengan pembuatannya yang sangat teliti! Kemudian ada satu kepala Gundam telah diubah menjadi bilik karaoke oleh dia. Katanya lagi, patung-patung yang dilakukannya juga boleh digunakan sebagai kapal jika tsunami berlaku.
Makin Viral “Gundam Paradise” ini di pelbagai laman web, makin ramai peminat datang melawat ok! Jadi korang yang mana tiba-tiba bercuti atau lawatan bekerja ke, boleh la singgah kedai gunting rambut Mr. Suzuki ni sambil bergambar dan amik feel sendiri dengan patung-patung Gundam yang ohcemm ni.
Jom saksikan sendiri gambar-gambar yang diambil oleh pelawat-pelawat yang pernah kesana.
Sumber: Gamersky ;Kotaku
@gamersantaimy
Discussion about this post