Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gunpla: Perbezaan setiap grade & mana yang sesuai untuk awak

safwan by safwan
June 20, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Bimbingan, Fakta & Trivia, Figura/barang koleksi, Gunpla, Manga, Panduan, Pendapat
0 0
0
Gunpla: Perbezaan setiap grade & mana yang sesuai untuk awak
Share on FacebookShare on Twitter

Gundam Plastic Model Kit telah menjadi semakin popular di Malaysia mahu pun seluruh dunia. Tambah pula dengan Bandai Spirit yang sedang merancang untuk membuat kilang baharu, saya pasti mereka akan mengeluarkan lebih banyak pilihan grade sekali gus menaikkan populariti gunpla pada masa akan datang.

Buat masa sekarang, banyak grade yang telah dikeluarkan oleh Bandai untuk korang memulakan hobi gunpla. Tetapi mesti ada yang tertanya-tanya berkenaan grade apa yang patut dibeli dahulu. Sebelum menjawab persoalan itu, saya akan menerangkan setiap satu gunpla grade yang ada dalam pasaran.

  • Super Deformed (SD)

Dibuat untuk kelihatan seperti robot kecil. Model ini mempunyai bahagian yang paling sedikit dan bersaiz paling kecil. Grade ini berukuran 8cm.

  • Super Deformed EX Standard (SDEX)

Dilancarkan pada tahun 2015, barisan ini ialah jenis model SD yang membenarkan korang pose serta penampilan yang realistik. Aksesorinya cukup besar sehingga boleh digunakan untuk model High Grade.

  • Super Deformed Cross Silhouette (SD Cross Silhouette)

Dikeluarkan pada 2018, barisan model SD ini menampilkan teknologi Inner Frame yang serupa dengan Real Grade. Kit ini mempunyai dua Inner Frame yang berukuran 8.5cm dan 9.5 cm. Korang boleh gunakan salah satu Inner Frame untuk memasang Gunpla.

  • Entry Grade (EG)

Dikeluarkan pada 2011 pada mulanya. Namun, Bandai membuat kemas kini semula dan dikeluarkan pada tahun 2020 di seluruh dunia. Ia mempunyai kualiti dan artikulasi yang sama dengan HG. Yang lagi seronok adalah grade ini tidak mempunyai sticker dan setiap bahagian dipisahkan mengikut warna.

  • High Grade (HG)

Bandai mula mengeluarkan grade ini pada 1990 sebagai model paling kompleks dan rumit. Apabila mereka mendapati terdapat permintaan untuk ketepatan yang lebih besar, mereka mula mengeluarkan gred model yang lebih kompleks. Buat masa sekarang, High Grade tidak dianggap rumit dan menjadikan Gunpla pemula yang hebat. Grade ini berskala 1/144 yang berukuran 5inch (12.7cm).

  • RE/100

Diumumkan pada 2014, gred Reborn 100 Gundam juga mempunyai skala dan nama. Biasanya ditulis sebagai RE/100 untuk ringkasnya, gred ini mempunyai tahap kerumitan seperti High Grade kecuali skalanya yang lebih besar. Ia mempunyai skala 1/100 yang berukuran 7.5inch (19.05cm).

  • Real Grade (RG)

Grade ini dilancarkan pada 2010 dan mempunyai Inner Frame yang menjadikannya ia lebih sukar dipasang sama seperti model Master Grade. Ia berskala 1/144 yang berukuran 5inch (12.7cm).

Kebanyakan RG sekarang ini telah dikemas kini dengan memberikan teknologi yang dipanggil Advanced MS Joint di mana ia bermula dengan Inner Frame kosong lalu melekatkan perisai luar padanya untuk memberikan artikulasi secara penuh dan tidak terhad.

Hal ini kerana mereka ingin memberikan ciri-ciri realistik sekali gus menambah butiran, pembahagian warna dan butiran mekanikal.

  • Master Grade (MG)

Dikeluarkan pada tahun 1995, model ini adalah rumit dan tidak terlalu mahal. Dengan menggunakan skala 1/100 yang berukuran 7.5inch (19.05cm), grade ini mempunyai banyak kelebihan dalam pose dan lebih terperinci. Korang tidak perlukan kemahiran yang tinggi Model yang terkini lebih mudah dipasang untuk menampilkan model Master Grade dengan masa yang singkat dan tidak memerlukan kemahiran tinggi.

Pada tahun 2002, Bandai telah mengeluarkan barisan baharu dengan memberi nama “Ver. Ka” di mana ianya telah direka bentuk oleh pereka bentuk mecha, Hajime Katoki. Barisan gunpla yang dikeluarkan adalah berdasarkan undian peminat setiap tahun.

Seterusnya, pada tahun 2020, mereka mengeluarkan lagi barisan baharu iaitu Master Grade Extreme(MGEX) yang menampilkan gimik tambahan yang dipanggil Extreme Point. Model pertama yang telah dikeluarkan adalah Unicorn Gundam Ver. Ka dengan penambahan lampu LED.

  • Perfect Grade (PG)

Grade ini menampilkan perincian yang sangat tepat dengan anime dan manga tetapi harga yang ditawarkan adalah sangat mahal. Ini adalah model kedua terbesar dan terperinci dengan menggunakan skala 1/60 yang berukuran 12inch (30.48cm). Ia dilengkapi dengan teknologi dan konsep yang lebih maju seperti Advanced MS Joint, LED dan sticker Metallic.

Selain itu, ia juga menggunakan Evolution Link System di mana pembinaannya dipisahkan kepada banyak fasa. Bermula dengan Inner Frame kosong, kemudian beberapa butiran tambahan dan akhir sekali perisai luaran yang dilekatkan pada bingkai. Hal ini kerana mereka ingin peminat merasakan simulasi pembinaan mecha sebenar.

  • Mega Size Model (MSM)

Dalam kebanyakan Gunpla yang pernah dikeluarkan oleh Bandai, Mega Size Model merupakan kit yang paling besar buat masa sekarang. Ia didatangkan dengan skala 1/48 yang berukuran 15inci (37.5cm). Walaupun ianya besar, tidak semestinya mempunyai butiran yang terperinci. Apa yang saya boleh katakan adalah kualiti yang ditampilkan untuk grade ini adalah sama seperti HG dan hanya ada beberapa Gundam terpilih sahaja.


Setakat ini sahaja perkongsian kami berkenaan Gundam Plastic Model Kit. Jika tanya saya yang mana satu jadi pilihan peribadi, saya memilih MG kerana ianya cukup besar dengan butiran yang diberi oleh Bandai pun boleh tahan. Kalau untuk beginner, saya sarankan anda untuk memilih EG kerana ia tidak didatangkan dengan sticker dan mudah untuk dipasangkan. Senang cerita beli je yang korang minat.

Kami juga ada menyediakan panduan untuk beginner yang ingin masuk ke dunia gunpla, kalau korang berminat, boleh klik di sini. Untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai Gundam, sila klik pautan ini.

Tags: gundamGundam Plastic Model Kitgunpla
Previous Post

Walau teruk kena kecam, ‘Diablo Immortal’ berjaya meraih $24 juta dalam 2 minggu

Next Post

Senarai ANIME SHOUJO untuk korang yang inginkan hiburan baru selain Shounen!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Tiada Lagi Update Baru Untuk Fighting Game ‘2XKO,’ Pembangunan Tamat Pada Disember 2026
Berita

Tiada Lagi Update Baru Untuk Fighting Game ‘2XKO,’ Pembangunan Tamat Pada Disember 2026

August 21, 2026
Dave Bautista Galas Watak Kratos Dalam Siri Live-Action God of War
Movie/siri

Dave Bautista Galas Watak Kratos Dalam Siri Live-Action God of War

August 21, 2026
Code Vein II Expansion ‘Mask of Idris’ Bakal Tiba 9 September Bersama Update Version 2.0
DLC

Code Vein II Expansion ‘Mask of Idris’ Bakal Tiba 9 September Bersama Update Version 2.0

August 21, 2026
Next Post
Senarai ANIME SHOUJO untuk korang yang inginkan hiburan baru selain Shounen!

Senarai ANIME SHOUJO untuk korang yang inginkan hiburan baru selain Shounen!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd