Syarikat pembangunan permainan video global, Virtuos, hari ini mengumumkan pelancaran rasmi buat studio baru mereka di Kuala Lumpur, Malaysia dan bertanggungjawab untuk menyampaikan perkhidmatan pembangunan permainan penuh, kejuruteraan dan pengeluaran seni bagi beberapa pembangun dan penerbit game terbesar di dunia. Cawangan Kuala Lumpur adalah sebahagian daripada studio global Virtuos, yang telah menyumbang kepada pelbagai game ikonik termasuk Assassin’s Creed, Call of Duty, Demon’s Souls, Final Fantasy, Horizon Forbidden West, dan Medal of Honor: Above and Beyond untuk headset Meta Quest 2.
Diterajui oleh Mufizal Mokhtar sebagai Pengurus Besar, Virtuos Kuala Lumpur telah diasaskan oleh pasukan yang terdiri daripada pembangun game AAA veteran dengan lebih 20 tahun pengalaman. Pasukan ini terdiri daripada Boon Yan Toh sebagai Studio Operations Director, Ian Ng Siong Yoong sebagai Studio Production Director, Noorazhar Mohd Noor sebagai Senior Lead Artist, dan Johaness Reuben sebagai Technical Art Director. Sejak studio membuat soft launch pada awal 2021, pasukan kini telah berkembang kepada 90 pekerja.
“Saya berbesar hati pulang ke tanah air untuk membina Virtuos Kuala Lumpur bersama beberapa rakan terdekat dan perintis dalam industri.
“Kami teruja untuk memainkan peranan aktif dalam industri pembangunan game Malaysia dan pertumbuhan ekosistem digitalnya. Terima kasih kepada sokongan kerajaan Malaysia dan rangkaian Virtuos global kami, kami mengalu-alukan bakat terbaik kepada pasukan pelbagai budaya kami dan menjadikan game lebih baik, bersama-sama.”
kata Mufizal.
Menerajui industri gaming Malaysia yang semakin berkembang
Pelancaran Virtuos Kuala Lumpur akan menjadi tambahan penting kepada pembangunan pesat Malaysia dalam sektor permainan video. Dengan kerjasama kerajaan Malaysia, Virtuos akan memberi tumpuan kepada perkembangan selanjutnya dan melatih bakat baru.
Datuk Arham Abdul Rahman, CEO MIDA, berkata:
“Pertumbuhan eksponen industri gaming global amat luar biasa kerana industri ini membentangkan banyak peluang dan potensi besar untuk kemajuan. Penubuhan studio Virtuos di Malaysia adalah selaras dengan usaha kami untuk menarik pelaburan berkualiti kreatif, yang menyumbang kepada sektor media digital yang kaya dan mencipta peluang pekerjaan bernilai tinggi, membolehkan ramai bakat muda untuk meneruskan minat gaming mereka dengan membuat impak global dengan berkonsepkan IP yang menyeronokkan, kreatif, asli dan dibangunkan di Malaysia”.
Beliau menambah:
“Dengan hasil gaming global yang dianggarkan mencecah USD219.90 bilion pada 2022, kemajuan teknologi yang berterusan dalam industri gaming meningkatkan cara game dicipta dan meningkatkan pengalaman gaming keseluruhan untuk pengguna. MIDA akan terus memainkan peranan aktif dalam mempromosikan industri gaming yang akan menyumbang kepada ekosistem digital yang mampan dan meletakkan Malaysia di atas senarai negara digital. Kami mahu memberi jaminan kepada syarikat seperti Virtuos bahawa Malaysia boleh menjadi rumah anda, dan kami bersedia untuk menyokong pertumbuhan industri ini.”
Mahadhir Aziz, CEO MDEC kata:
“MDEC ingin mengucapkan tahniah kepada Virtuos atas perluasan mereka ke Malaysia. Sebagai sebuah syarikat pembangunan permainan video yang terkenal di seluruh dunia, kehadiran mereka adalah bukti untuk ekosistem kandungan digital kreatif negara yang bertenaga, dan bukti selanjutnya tentang peranan kami sebagai hab pilihan serantau. Komitmen Virtuos ke arah membangunkan bakat digital dan mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi adalah sejajar dengan matlamat Malaysia Digital. MDEC tidak sabar untuk bekerjasama rapat dengan Virtuos dalam menyokong usaha masa depan mereka”.
Gilles Langourieux, Ketua Pegawai Eksekutif Virtuos, berkata:
“Dengan pelancaran Virtuos Kuala Lumpur, kami teruja untuk menyumbang kepada pendigitalan dan pertumbuhan Malaysia sebagai hab pembangunan gaming serantau. Kami mempunyai cita-cita untuk meningkatkan bilangan pekerja tempatan kepada 300 menjelang akhir 2025, dan menjadi salah satu studio terkemuka di Malaysia yang menyampaikan kepakaran dan kualiti pembangunan game kitaran penuh projek untuk rakan kongsi di seluruh dunia.”
Ditubuhkan pada tahun 2004, Virtuos ialah syarikat pembangunan permainan video global terkemuka yang berpejabat di Singapura dengan studio di seluruh Asia, Eropah dan Amerika Utara. Dengan lebih 3,000 profesional sepenuh masa, Virtuos pakar dalam pembangunan game dan pengeluaran seni untuk konsol AAA, PC, dan judul mudah alih, lalu membolehkan rakan kongsi menjana pendapatan tambahan dan mencapai kecekapan operasi lebih besar.
Buat masa ini, Virtuos Kuala Lumpur sedang giat mengambil pemohon. Untuk maklumat lanjut, sila lihat jawatan terbuka di sini atau hubungi [email protected].
@gamersantaimy
Discussion about this post