Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] GravaStar Mars Pro – Speaker “Spidey” Hebat Bertemakan Sci-Fi

Maira by Maira
August 12, 2022
in Artikel, Berita, Review, Review Produk, Teknologi
0 0
0
[Review] GravaStar Mars Pro – Speaker “Spidey” Hebat Bertemakan Sci-Fi
Share on FacebookShare on Twitter

Kadang-kadang malas juga nak pakai headphone ketika bermain game ataupun menonton filem. Kalau ada speaker yang bunyinya hebat mesti seronok kan? Kami telah mendapat peluang untuk mencuba satu speaker yang dipanggil GravaStar Mars Pro. Ingin tahu bagaimana prestasinya? Teruskan membaca review kami mengenai speaker ini!

Item yang datang bersama GravaStar Mars Pro

Kotak bungkusan Mars Pro Speaker ini memang cantik. Speaker-nya telah diletak dalam kotak polisterin yang kukuh. Jadi anda tidak perlu risau mengenainya jika kotak tersebut terjatuh. Kalau anda tekan dengan kuat sekali pun, ia tidak akan patah. Tetapi jangan pula duduk atau berdiri atas kotak polisterin itu pula. Bersama-sama Mars Pro Speaker, terdapat beberapa item lain yang anda akan terima. Antaranya kabel pengecas USB Type-C, 3.5 mm audio jack dan manual.

Reka bentuk bertemakan sci-fi

Cuba korang tengok gambar speaker tersebut. Memang mantap betul dia punya reka bentuk. Lain daripada yang lain. Nasib baik tidak boleh bergerak. Kalau boleh memang unik habis. Lebih menarik lagi, rekaannya yang seperti robot labah-labah. Malah kakinya juga boleh digerakkan. Untuk pengetahuan anda, terdapat getah pada hujung kaki speaker tersebut, jadi ia memang tidak akan tergelincir dengan mudah.

Terdapat tiga butang pada speaker ini iaitu butang lampu untuk tukar warna cahaya, butang power dan butang Bluetooth. Memang cukup lengkap dah butang itu semua untuk sebuah speaker. Tetapi kalau ada butang untuk tukar ke track lagu lain atau slot untuk letak kad SD rasanya ia akan jadi lebih lengkap.

Terdapat juga bar meter pada atas speaker untuk mengubah volume bunyi. Ia bukanlah skrin sentuh ataupun butang. Tetapi ia lebih kepada bod sensor. Jadi kalau nak ubah volume bunyi, anda hanya perlu sentuh sahaja. Speaker ini juga tersedia dalam pelbagai warna dan model yang kami dapat ini berwarna hitam. Anda boleh lawati laman web rasmi untuk lihat warna-warna lain yang tersedia.

Sudah tentu produk ini tidak begitu sempurna. Cap jari senang betul dikesan pada badan speaker. Bar meter juga kadang-kadang mempunyai sensitiviti yang tidak konsisten. Kalau tengok pada speaker ia nampak seperti ringan, tetapi malang sekali ianya boleh tahan berat. Kalau tidak silap beratnya mencecah 3 KG. Jadi kalau nak angkatnya sudah tentu, perlu pegang pada badannya dan bukan kakinya yang agak nipis itu. Bayangkan kalau ada pula yang tersentuh bar meter semasa mengangkatnya, memang kuatlah bunyi speaker itu nanti.

Speaker sekarang pun sudah banyak yang “fancy”, begitu juga GravaStar Mars Pro ini. Speaker ini dihiasi dengan banyak lightbar. Ia juga berfungsi sebagai indikator. Contohnya lightbar sebelah kiri untuk tunjuk status Bluetooth anda. Kalau ianya berkelip maknaya speaker tersebut tidak bersambung dengan mana-mana peranti. Di sebelah kanan pula, ia menunjukkan status bateri speaker. Kalau anda mengecasnya, lightbat tersebut akan berada dalam breathing mode dan apabila dia penuh, lampunya hanya terpasang seperti biasa yang tidak berkelip. Selain itu, terdapat tiga mode cahaya yang boleh digunakan pada speaker iaitu Normal mode, Breathing Mode dan Rhythm Mode.

Saya memang suka pakai Rhythm Mode tetapi kena cari lagu yang sesuailah, kalau tidak lampunya kadang-kadang tidak mahu berklip. Ia mungkin juga tidak jumpa bunyi bass daripada lagu yang dipasang. Tetapi kalau anda jenis yang suka mendengar muzik EDM, Trance atau mana-mana muzik yang bass-ya padu, memang macam bola disco jadinya nanti. Terdapat 6 warna cahaya yang boleh dipilih iaitu merah, biru gelap, biru, ungu, jingga dan hijau.

Sambungan

GravaStar Mars Pro juga hadir dengan ciri Bluetooth 5.0. Lebih penting sekali ia tidak memakan banyak bateri dan masih stabil pada jarak 10 meter. Pelbagai peranti anda boleh sambung pada speaker ini. Contohnya PC, fon mahupun TV. Anda juga boleh sambungkannya pada fon anda menggunakan 3.5mm audio jack.

Cuma ada masalah kecil sahaja pada Bluetooth-nya. Kalau anda sambungkannya pada banyak peranti, ianya seperti tidak mahu berfungsi. Jadi kalau boleh jangan sambung lebih daripada 2 peranti apabila menggunakannya. Kalau ingin tambah peranti lain, anda terpaksa buang rekod daripada peranti lain.

Prestasi audio GravaStar Mars Pro

Kualitinya memang mantap habis. Bunyi bass-nya sangat dalam dan muzik dimainkan dengan baik sekali. Tidak kisahlah kalau anda gunakannya untuk main game atau tonton filem, ianya sangat bagus. Tetapi saya syorkan anda untuk tidak menggunakan dalam kawasan yang luas seperti ruang tamu.

Alang-alang speaker ini boleh disambung pada TV, kita kenalah mencubanya. Disebabkan TV selalunya berada di ruang tamu, jadi bunyinya agak tenggelam. Tetapi kalau gunakannya dalam bilik yang lebih kecil atau berdekatan dengan anda, bunyinya memang padu.

Apabila saya gunakannya untuk bermain game, bunyinya sama seperti anda memakai headphone . Tetapi ada sedikit delay padanya lebih-lebih lagi jika anda bermain game rhythm dan FPS yang memerlukan perhatian tinggi pada audionya. Ia juga mempunyai fungsi TWS (True Wireless Stereo) tetapi disebabkan saya ada satu sahaja GravaStar Mars Pro, jadi saya tidak dapat mencubanya.

Hayat bateri

Semasa mencubanya, speaker ini telah pun digunakan selama 15 jam dan baterinya masih lagi bertahan. Jadi saya tidak tahu jika ianya akan terpadam sendiri apabila baterinya habis. Boleh tahan seminggu lebih kalau anda hanya menggunakannya sekali sekala. Apabila baterinya habis, hampir 2 jam 30 minit masa yang diambil untuk cas sepenuhnya. Tetapi anda memang tidak akan tahu apabila baterinya sudah penuh sebab tiada indikator yang diletakkan untuk bateri.

Kesimpulan

Dengan reka bentuknya yang mantap serta sesuai sebagai perhiasan juga, GravaStar Mars Pro sememangnya sebuah speaker yang baik. Kualitinya audionya juga sangat sesuai untuk anda gunakan untuk dengar muzik, tonton filem dan macam-macam lagi. Cuma kalau ia mampu kekalkan kualitinya di kawasan yang luas, mungkin lebih baik. Apapun, kalau anda berminat untuk memiliki speaker ini, ianya berharga $229.95 (anggaran RM 1024.59). Anda boleh lawati laman web rasmi untuk membelinya.

Untuk segala review lain daripada kami, anda boleh klik pautan ini.

Tags: GravaStar Mars ProreviewSpeaker
Previous Post

Virtuos membuka studio pembangunan game di Kuala Lumpur, meluaskan pengaruh Asia Tenggara

Next Post

Preview Dragon Ball: The Breakers (CNT) – Giliran Frieza untuk menyerlah!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Preview Dragon Ball: The Breakers (CNT) – Giliran Frieza untuk menyerlah!

Preview Dragon Ball: The Breakers (CNT) - Giliran Frieza untuk menyerlah!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd