Pada bulan Mei yang lalu, Blizzard telah mengumumkan yang mereka akan masukkan universe Warcraft ke dalam mobile dengan membawa Warcraft Arclight Rumble. Sejak diumumkan, Blizzard sibuk memberikan update tentang Warcraft Arclight Rumble melalui Twitter rasmi termasuk mode PvE baru yang masih dalam pembangunan.
Menurut forum “development update”, mereka sedang membangunkan mode PvE baru yang akan menjadi punca utama untuk pemain mendapatkan “coin” tambahan. Bersama-sama dengan mode tersebut, mereka juga memberikan ganjaran lain yang boleh digunakan pada kebanyakan sistem dalam game.
Dalam forum tersebut, mereka juga mengatakan bahawa mereka sedang menambah ciri penting yang tiada daripada “core gameplay” secara berperingkat. Perkara ini akan dikemaskini sehingga game ini mempunyai gameplay yang sangat kukuh.
Mereka akan lalukan perkara ini secara berperingkat daripada ujian beta tertutup kepada “soft launch” dan seterusnya pelancaran di seluruh dunia. Perkara ini akan mengambil masa yang sangat lama.
Kalau korang nak tahu, Warcraft Arclight Rumble adalah game Warcraft pertama yang dibangunkan untuk mobile, dan merupakan game action strategi yang menjemput pemain untuk mengumpulkan watak kegemaran dari alam Warcraft dan bertarung dalam misi unik yang direka untuk menguji kecerdasan taktikal.
Buat masa sekarang, game ini masih dalam fasa pembangunan dan masih memerlukan ujian secara dalam untuk mengenal pasti bug dan masalah lain. Harapnya, semua berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang serius.
Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan game ini, korang boleh pre-register dulu dekat google play. Setakat ini, mereka masih tidak membuka pre-register untuk model iOS. Jadi, kalau berminat untuk menyertai ujian beta tertutup, korang boleh klik pautan di sini.
Apapun, korang rasa mode PvE Warcraft Arclight Rumble nanti macam mana, adakah berlainan dengan gameplay PvP? Kongsikan pendapat korang di ruangan komen. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post