Baru-baru ini kami ada mengongsikan kehadiran DLC terbaru The Division 2: Warlords of New York, dengan pertambahan ekspensi ini yang memberi lebih banyak aksi dan kami sendiri telah mencubanya! Tapi bab ulasan review kami akan kongsikan kemudian, sbeab bagi lagi sikit masa kami luangkan masa bermain DLC ini okay! Yang menjadi perhatian sekarang dengan DLC ini kembali ke New York City, seorang pemain bernama ElAnalistaDeBits telah mengongsikan perbandingan antara dalam permainan The Division 2: Warlords of New York dengan New York City yang reality!
Penceritaan DLC The Division 2: Warlords of New York ini mengambil tempat di New York City dan sememangnya mesti ramai pemain yang terfikir bagaimana agaknya versi original kawasan-kawasan yang diambil dalam permainan, adakah sememangnya sama atau hanya rekaan semata-mata.
Jadi gamers Youtuber ElAnalistaDeBits ini telah membandingkan sendiri keadaan bangunan sebenar di New York City dengan mengeditnya untuk perkongsian kepada pemain lain. Jujur kami katakan, hampir tiada perbezaan lansung antara dalam permainan dan realiti! Cuma berbezanya dalam permainan kononnya nampak agak chaos akibat peperangan, jadi memang nampaklah New York City yang bersepah dengan batu-batu pecah dijalanan, cat-cat bekas bom di bangunan semua. Tapi memang sebenarnya bangunan tersebut adaptasi asal yang realiti okay!
Kalau anda nak tahu , sebenarnya dari sebelum DLC ini lagi memang The Division 2 mengambil inspirasi sebenar dari kawasan realiti. Segala perkongsian mengenai kawasan ikonik, tempat realiti yang telah diporak perandakan dalam permainan juga peta dalam permainan, kesemua ini IP Resercher Cloe Hammoud dan Artist Lead Environmental Chad Chatteron dari Ubisoft telah mengongsikannya! Anda boleh lihat perkongsiannya dibawah ini;
Nyata kerja pasukan Ubisoft untuk mencipta DLC The Division 2: Warlords of New York ini memang memerlukan masa yang lama untuk memberikan grafik persamaan yang terbaik kepada pemain untuk pemain menikmatinya! Jadi tanpa lengahkan masa, anda boleh saksikan video perbezaanya dibawah ini;
Okay pada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan ekspensi DLC The Division 2: Warlords of New York ini, ianya telah pun hadir minggu lalu dan anda boleh terus mendapatkanya di PlayStation Store atau Ubisoft Store dengan harga RM105 sahaja! Jadi jangan lepaskan DLC yang penuh dengan aksi ini sambil mengembara di kawasan dari adaptasi New York City yang realiti!
Sumber: ElAnalistaDeBits
@gamersantaimy
Discussion about this post