Membeli game PC di Steam untuk rakan atau ahli keluarga kini jauh lebih mudah, kerana Valve telah melancarkan kemas kini besar-besaran yang merombak cara sistem Gift dan Wishlist berfungsi.
Antar ciri baharu adalah sokongan cross-region gifting, membolehkan golongan non-gamer membeli hadiah tanpa mendaftar akaun, serta memudahkan pengguna menyusun wishlist mengikut kategori. Berikut adalah manfaatnya kepada PC gamer.
Tiada Akaun Steam? Tiada Masalah

Sebelum ini, antara kekangan terbesar untuk menghadiahkan game PC ialah pembeli wajib mempunyai akaun Steam yang aktif dan perlu menambah penerima sebagai “friend”. Syarat ini agak merumitkan ibu bapa, pasangan, atau ahli keluarga bukan gamer untuk membeli game sebagai hadiah.
Menerusi kemas kini terbaharu, sesiapa sahaja boleh terus membeli game menggunakan fungsi “guest checkout”. Gamer hanya perlu berkongsi link ke wishlist awam mereka, dan pembeli boleh memilih serta membayar game tersebut tanpa perlu mendaftar akaun Steam.
Jika mahu memberi kejutan, hadiah boleh dihantar terus melalui emel. Penerima akan menerima “claim link” untuk memasukkan game tersebut ke dalam library mereka. Bagi mengelakkan duit membazir begitu sahaja, mana-mana hadiah emel yang tidak dituntut dalam tempoh 30 hari akan dipulangkan secara automatik kepada pembeli.
Cross-Region Gifting

Sebelum ini, menghantar hadiah game kepada rakan di luar negara agak leceh disebabkan perbezaan harga mengikut rantau. Akibatnya, ramai terpaksa membeli digital Steam gift card sebagai solusi.
Sekarang, ciri “cross-region gifting” diintegrasikan terus di halaman checkout. Apabila membeli game untuk rakan Steam di luar negara, Steam akan mengira harga mengikut kadar rantau tempatan penerima secara automatik. Anda tidak perlu lagi pusing kepala memikirkan mata wang atau perbezaan harga.
Wishlist Lebih Bijak Dengan Kategori Khas

Fungsi wishlist turut menerima kemas kini. Gamer kini boleh menyusun game pilihan mereka mengikut kategori khas (seperti “Co-op,” “Tunggu Untuk Sale,” atau “Hadiah Birthday”.
Anda boleh berkongsi link untuk satu kategori sahaja tanpa perlu mendedahkan keseluruhan wishlist. Ini memudahkan gamer menghantar senarai game spesifik kepada keluarga atau rakan, sambil menjaga privasi game lain yang disimpan.
Bagi memudahkan anda menyemak pilihan game, Steam turut menambah ciri microtrailer yang dimainkan secara automatik apabila kursor lalu di atas thumbnail game, lencana “Demo Available” yang lebih jelas, serta search filter yang lebih pantas dengan fungsi autocomplete.








Discussion about this post