Ada yang tengah kebosanan ke tu? Siapa hantu anime kat sini? Tapi kebanyakkan anime terbaru korang ada yang dah habis tengok atau masih menantikan episod terbaru keluar. Jadi terbuntu disitu nak tengok anime apa. Apa kata hari ini kami kongsikan beberapa anime ‘vintage’ yang korang boleh letak dalam senarai contohnya di Crunchyroll ke untuk tonton semula! Okaylah, jom usha antara anime yang lejen ni dalam waktu lapang korang ye!
Yu Yu Hakusho
Pada asalnya siri manga Yu Yu Hakusho yang dihasilkan oleh Yoshihiro Tagashi ini keluar pada tahun 1990 di Jepun. Kemudian animenya mula ditayangkan pada tahun 1992 sehingga 1994 yang berjumlah 112 episod yang dikeluarkan oleh Fuji TV. Siri ini mengisahkan cerita mengenai Yusuke Urameshi seorang remaja yang agak gangster telah dilanggar sebuah kereta ketika menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak. Tetapi kematiannya (rohnya) disambut oleh Botan yang mengenalkan dirinya sebagai pilot River Styx yang membawa roh di dunia Spirit.
Koenma dan Botan memberi nama Yusuke sebagai Spirit Detective dan dia perlu menyiasat kes-kes mengenai demon dan penampakan. Yusuke merantau bersama rakan-rakanya Kuwabara, Kurama dan Hiei yang juga merupakan pratagonis siri ini. Apabila siri ini berlangsung, siri ini telah tinggalkan cerita misi detektif ke cerita yang lebih berorientasikan pertempuran.
GREAT TEACHER ONIZUKA (GTO)
Great Teacher Onizuka atau lebih selesa digelar sebagai GTO mengikuti kisah Onizuka Eikichi yang meninggalkan dunia nya sebagai ketuar geng Bikers dan mengejar cita-citanya yang paling ultimate dalam dirinya iaitu…. Menjadi Seorang Guru yang paling hebat!
Membawa dirinya dari dunia low profile kini kepada remaja yang kaya dengan masalah, Onizuka terpaksa menggunakan kepintaran jalanannya dan etika jenamanya sendiri untuk berperang dengan idea-idea pengajaran tradisional, rakan-rakan konservatifnya dan beberapa masalah remaja yang bijak melakukan masalah di Jepun. Sentiasa berfikiran lucu, tenang dan stereotaip dalam semua cara yang betul, Onizuka memberi jurang antara pelajar, guru dan berjaya bukan sahaja dengan mendidik muridnya tetapi juga memberi inspirasi kepada mereka dengan pendekatan yang tidak sengaja untuk hidup. Selain anime korang boleh lah tengok siri aksi TV GTO dan juga filemnya okay!
MOBILE FIGHTER G GUNDAM & MOBILE SUIT GUNDAM WING
Mobile Suit Gundam Wing pula merupakan kemasukan keenam francais Gundam. Ianya terjadi selepas garis cerita “After Colony” yang mengfokuskan 5 pilot menyerang “Organization of the Zodiac” menindas peraturan di koloni ruang angkasa manusia. Siri ini menjadi salah satu Gundam terkenal dan popular terutama bagi peminat luar dari Jepun. Jadi pada adik-adik yang tiada pengalaman lagi, bolehlah korang tengok Gundam lepas ni okay!
Sailor Moon
Dengan kuasa bulan~ Eh! Okay, yang seterusnya merupakan sebuah anime yang sangat popular terutama kanak-kanak yang membesar tahun 90-an! Sailor Moon mengikuti perjalanan Usagi Tsukino seorang remaja yang mendapat kuasa Sailor Soldier untuk menentang penjahat dimuka bumi!
Dalam anime ini memang kita dapat melihat perjalananya membuatkan Usagi menjadi lebih dewasa dari seorang remaja yang suka merepek. Diikuti Sailor Soldiers si bijak Ami Mizuno (Sailor Mercury), the si merah Rei Hino (Sailor Mars), si tomboy tapi romantik Makoto Kino (Sailor Jupiter) dan idol Minako Aino (Sailor Venus) oh ye juga kucingnya Luna. Lebih menarik untuk memperingati Sailor Moon, jenama kasut Sketchers telah berkolaborasi dengan Toei Animation untuk kasut terhad berinspirasikan Sailor Moon! Korang pun dah boleh dapatkanya di cawangan Sketchers terpilih di Malaysia okay!
FLAME OF RECCA
Walaupun hidup dalam masa yang lama selepas ninja, Recca Hanabishi selalu ingin menjadi yang pertama. Oleh kerana ninja direka untuk berkhidmat sebagai master, budak remaja itu berjanji untuk memberikan perkhidmatan kepada Yanagi Sakoshita, seorang gadis muda dengan keupayaan misteri untuk menyembuhkan semua kecederaan. Recca turut mengetahui bahawa dia bukan sahaja mempunyai kemahiran uniknya sendiri tetapi juga mungkin berkaitan dengan pemimpin klan ninja yang kononnya mati 400 tahun sebelum waktunya.
Jadi pada korang yang sukakan ninja selain dari Ninja Boy Nintama Rantarō dan tengok hingus Shinbei meleleh, Flame of Recca adalah satu siri anime nostalgic yang korang boleh masukkan dalam senarai tontonan korang!
COWBOY BEBOP
Jadi pada peminat yang sukakan siri Marvel Gurdian of the Galaxy, anime Cowboy Bebop inilah ibarat kegemaran korang tersebut dengan membawa seorang hero, pilot, ‘femme fatale’ hacker dan si Corgi yang bijak! Korang memang wajib ar tengok anime ni!
Sampai kat sini perkongsian kami, kalaulah kot-kot korang ada nak kongsikan anime-anime lejen pada adik-adik remaja yang baru bolehlah korang kongsikan kat ruangan komen sosial media kitorang okay! Jangan lupa usha antara pertempuran paling gempak dalam Gundam yang kami pernah kongsikan sebelum ini juga okay!
@gamersantaimy
Discussion about this post