Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Vegeta akhirnya mengatasi Goku dengan menunjukkan abiliti terbaru Forced Spirit Fission!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 22, 2020
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Vegeta akhirnya mengatasi Goku dengan menunjukkan abiliti terbaru Forced Spirit Fission!
Share on FacebookShare on Twitter

AMARAN: Artikel ini mengandungi spoiler untuk Dragon Ball Super bab 61!

Setelah dikalahkan oleh Moro, Goku berlatih dengan Angel Merus untuk menguasai Ultra Instinct, manakala Vegeta sebaliknya pergi ke Planet Yardrat. Walaupun planet itu adalah tempat Goku belajar Instant Transmission setelah mengalahkan Frieza di Dragon Ball Z, Vegeta ingin belajar sesuatu yang berbeza daripada Goku. Dragon Ball Super bab 61 akhirnya mendedahkan apa yang Vegeta belajar daripada Yardrat, dan merupakan salah satu abiliti terbaik dalam francais.

Dragon Ball Super bab 61 bermula dengan Vegeta bersiap sedia untuk menentang Moro. Pada mulanya, Z-Fighters menyedari bahawa Vegeta kini lebih kuat, tetapi tidak jelas jika itu cukup untuk benar-benar mengalahkan Moro, yang dapat menyedut tenaga daripada pihak lawan dan kemudian menggunakan tenaga tersebut untuk melawan mereka. Di awal pertarungan, Moro kelihatan lebih dominan, tetapi pertempuran mula memihak pada Vegeta apabila dia berjaya kenakan serangan demi serangan ke atas Moro.

Vegeta kemudian mendedahkan bahawa dia mempelajari abiliti bernama Forced Spirit Fission, yang menyebabkan Moro kehilangan tenaga setiap kali dipukul oleh Vegeta. Akhirnya, Vegeta mengalahkan Moro sehingga penjahat itu berubah ke bentuk lemahnya. Tenaga yang hilang kemudian kembali ke tempat-tempat asalnya. Moro melarikan diri dan membunuh Seven-Three untuk mendapatkan kembali kekuatannya. Moro menunjukkan bentuk barunya dan menewaskan Vegeta yang terkejut lalu bab pun berakhir.

Walaupun abiliti ini tidak menewaskan Moro, Forced Spirit Fission adalah sangat hebat dan memperkenalkan sebuah abiliti baru untuk francais lama ini. Forced Spirit Fission boleh membuang tenaga sesiapa sahaja yang menyerap kekuatan orang lain atau hasil “fusion“. Vegeta menjelaskan bahawa dia dapat memisahkan Piccolo daripada Nail dan Kami, sekiranya dia mahu, dan Goku menambah bahawa “Forced Spirit Fission” akan memecahkan tenaga yang diperolehi melalui kuasa gabungan atau penyerapan.

Secara teori, abiliti ini memberi Vegeta kebolehan untuk memecahkan hasil gabungan seperti Gotenks, Fused Zamasu dan lain-lain dalam francais Dragon Ball. Selepas menguasai abiliti yang sangat sukar, tahniah kepada Vegeta kerana berjaya menemukan cara baru untuk seimbangkan medan pertempuran dengan Goku.

Tags: Dragon Ball SuperForced Spirit FissiongokumangaVegeta
Previous Post

Bekas juara EVO diharamkan daripada menyertai pertandingan Capcom kerana isu rasis!

Next Post

Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna & My Hero Academia: Heroes Rising akan ditayangkan di GSC pada bulan depan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna & My Hero Academia: Heroes Rising akan ditayangkan di GSC pada bulan depan!

Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna & My Hero Academia: Heroes Rising akan ditayangkan di GSC pada bulan depan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd