Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bekas juara EVO diharamkan daripada menyertai pertandingan Capcom kerana isu rasis!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 22, 2020
in Artikel, Berita, Bimbingan, Esports, Fakta & Trivia, Streamer/influencer
0 0
0
Bekas juara EVO diharamkan daripada menyertai pertandingan Capcom kerana isu rasis!
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah menyiarkan tweet yang seakan-akan mengejek gerakan Black Lives Matter dan isu perkauman di Amerika Syarikat, bekas juara Evo Ryan “Filipino Champ” Ramirez telah diharamkan dari beberapa acara permainan video pertempuran. Ini termasuk tempoh gantung tanpa tarikh rasmi untuk setiap kejohanan yang berkaitan dengan Capcom.

Ramirez amat terkenal sebagai seorang yang suka memberontak dalam komuniti permainan video pertempuran, dan rela hati memainkan peranan penjahat semasa zaman kegemilangannya sebagai salah satu pemain terbaik di dunia untuk Marvel vs. Capcom 3. Selama bertahun-tahun, ramai yang menganggap itu hanya lakonan, tetapi rupanya itu memang sifat sebenarnya. Pada dua minggu lepas, Ramirez telah memuat naik gambar tembikai dengan kapsyen “#WatermelonLivesMatter“.

Tembikai telah lama digunakan sebagai frasa rasis untuk orang kulit hitam, dan bersama gerakan Black Lives Matter yang sedang berlangsung, mesej yang ingin disampaikan oleh Ramirez amat jelas. Ramirez kemudian meminta maaf tetapi ia tidak nampak ikhlas. Capcom mengesan isu ini, lalu memutuskan untuk haramkan Ramirez daripada menyertai apa-apa acara pada masa akan datang kerana melanggar tatakelakuan Capcom Pro Tour.

pic.twitter.com/nGlEHrttMo

— Capcom Fighters (@CapcomFighters) June 17, 2020

Terdapat banyak contoh di mana Ramirez melampaui batasan pada masa lepas, tetapi tiada hukuman dikenakan. Ia kemungkinan besar kerana statusnya sebagai pemain kompetitif terkenal. Mujurlah, peraturan Capcom kini lebih ketat dan mereka membuat langkah yang betul.

Tags: Black Lives MatterCapcomEVOFilipino Champ
Previous Post

Game mitos yunani Wing of the Asteria diumumkan untuk Nintendo Switch & PC!

Next Post

Vegeta akhirnya mengatasi Goku dengan menunjukkan abiliti terbaru Forced Spirit Fission!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama
Senarai

Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama

July 21, 2026
Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu
Beta

Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu

July 21, 2026
Next Post
Vegeta akhirnya mengatasi Goku dengan menunjukkan abiliti terbaru Forced Spirit Fission!

Vegeta akhirnya mengatasi Goku dengan menunjukkan abiliti terbaru Forced Spirit Fission!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd