Saya pasti ramai kaki movie sedang menunggu hari untuk masuk ke pawagam, dan akhirnya saya ada berita baik untuk rakan-rakan semua! Diumumkan hari ini, GSC secara rasmi akan sambung beroperasi tidak lama lagi. Seperti anda semua tahu, pawagam di seluruh dunia ditutup manakala pelbagai filem besar yang sepatutnya keluar pada awal tahun 2020 telah ditunda.
Berita baik ini dimuat naik di halaman FB rasmi GSC dan saya rasa ramai yang sedang gembira sekarang. Walaupun pawagam dibuka, kita mungkin tidak tahu filem apa untuk tonton. Jangan risau! GSC mendedahkan bahawa enam filem terkenal akan ditayangkan pada bulan Julai di pawagam mereka. Ia termasuk:
- Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna
- My Hero Academia: Heroes Rising
- Kaiji: Final Game
- Tenet
- Train to Busan Presents: Peninsula
- Intruder
- Mulan
- Low Season
- Unhinged
Anda faham kan apa yang saya paling teruja? Sudah tentu lah filem Digimon terbaru dan My Hero Academia! Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna pada asalnya dijadualkan pada 16 April 2020 manakala My Hero Academia: Heroes Rising pula dijadualkan pada 26 Mac 2020.
Oleh kerana pandemik COVID-19, banyak produksi filem terpaksa ditangguhkan sementara yang lain harus mengubah tarikh tayangan mereka setelah terpaksa ditutup untuk kesihatan dan keselamatan. Tarikh tepat untuk setiap filem tidak diumumkan, tetapi GSC mengesahkan bahawa keenam-enam filem akan ditayangkan pada bulan Julai.
Ini memang satu penantian yang sangat berbaloi bagi peminat di Malaysia yang dah lama menunggu! Selepas teater kini dibuka semula dan masyarakat secara beransur-ansur kembali ke kehidupan normal, filem-filem di atas akan menjadi filem pertama yang ditayangkan pada bulan depan.
@gamersantaimy
Discussion about this post