Siapa sini suka main CS:GO? Aku pun suka gak tapi kadang-kadang ada waktunya aku harapkan kalau main CS:GO tu boleh main offline, dan sekarang ni kat Steam diorang dah keluarkan CS:GO untuk offline dan yang nak tengok match orang lain dengan PERCUMA! Betul, Steam bagi ni percuma untuk sesiapa yang nak main offline.
*Bawah ni adalah Trailer untuk game CS:GO*
Sebelum korang jawab yang korang tak perlukan offline, kesian la sikit kat orang yang tak biasa lagi main CS:GO dan belajar guna weapon dan map yang tersedia untuk gamer yang nak baru bertatih dalam CS:GO ni, so untuk orang tak nak kena ganggu dengan budak kecik main CS:GO sambil menjerit “HACK!!” Siapa je suka orang macam tu?
Apa lagi boleh dibuat untuk offline mode ni? Well, korang boleh tengok match orang lain kat online untuk belajar apa abang-abang “Pro” main, tapi biasanya kalau aku bukan jenis yang suka kacau orang dalam match, ye aku tau CS:GO sebelum ni boleh main offline mode, tapi percaya la cakap aku offline mode ni adalah penyelamat gamer macam aku sebab sekurangnya kalau aku teruk dalam CS:GO At least aku sorang je yang tahu.
Bagi aku kalau nak main untuk sendiri-sendiri dan belajar main CS:GO ni bagi aku memang bagus dan lagipun game ni dah jadi percuma, waktu ni la nak download dan main puas-puas sampai korang mahir dalam CS:GO, Tapi kalau nak main online punya, boleh je masih boleh dibeli lagi di Steam, jadi kalau korang nak game ni boleh pergi Steam untuk download dan terus main.
Nah aku bagi link untuk download ni terus kat Steam dan Website CS:GO
@gamersantaimy
Discussion about this post