Semalam, balik dari kerja, aku bukak steam, tengok-tengok, PlayerUnknown’s Battleground ada update yang gedabak besar dia, 6.4 GB. PUBG memang terkenal dengan update yang besar-besar. Kali ini, aku rajin pulak nak usha patch log dia, so, alang-alang tu, meh aku nak kongsi sikit dengan korang untuk update PUBG kali ini. Jom, follow aku dalam entri kali ini.
Untuk Update kali ni, diakatakan yang mereka focus kepada Blue Zone dan juga map Miramar. Apa yang mereka buat eh? Jom kita tengok.
Gameplay
Mereka dah ubah functionality Safe Zone dan juga Blue Zone. Selain daripada itu, baju yang spawn dalam in game jugak dah dibuang.
- Blue Zone delay time dah dikurangkan. Korang diberi masa yang kurang untuk merayau diantara fasa pergerakan Blue Zone.
- Kelajuan maksima Blue Zone dah dikurangkan. Blue Zone bergerak lebih perlahan pada beberapa zone terakhir.
- Kesakitan untuk Blue Zone 7,8 dan 9 semakin sakit.
- Melainkan dari Blue Zone yang pertama, kebarangkalian untuk mencipta Safe Zone yang Extreme ( yang jauh dari tengah zone sebelumnya) telah dikurangkan kepada 30 %.
- Final Blue Zone akan pergi ketengah dari ke tempat yang rawak, dan jumlah waktu menunggu termasuk waktu Blue Zone tidak aktif dikurangkan. ( dari 195 saat ke 90 saat)
- Semasa menghampiri saat akhir, safe zone akan memilih darat lebih dari kawasan yang berair.
- Di Erangel, Safe Zone pertama akan muncul 30 saat lebih cepat.
- Di Miramar, pemain boleh nampak Safe Zone dari atas kapal terbang lagi (untuk ini, mereka mungkin tidak akan membawa update ni ke live server)
- Pakaian in-game spawn telah dibuang dari map.
Dunia
Sedikit penambahbaikan dilakukan di belah Utara peta Miramar, supaya ianya lebih menarik perhatian pemain untuk ke situ.
- Oasis sekarang boleh dijumpa di arah utara, dan juga penempatan Alcantara boleh dijumpai di arah barat laut.
- Jalan raya, off-road dan juga spawn kenderaan ditambah (mesti sebab dah nak dekat PRU kan), senang nak keluar masuk.
- Loot Higher-tier senang dijumpai di belah utara map Miramar.
- Diaorang dah optimized GPU untuk nampak bangunan mid-range (semua maps)
U/I
Penambahbaikan kepada team :
- Korang boleh invite kawan korang dengan pergi ke screen career diaorang
- kalau korang team leader, korang boleh kick orang yang kau tak suka, noob, lagger, hacker
Bug Fixes
- Bunyi tapak kaki sekarang ini patut didengar kalau ada orang atas atap atau carpet
- Sekarang dah takde benda yang boleh hilang-hilang pada jarak yang tertentu
- Tumbuhan dalam rumah dah tak boleh block peluru
- Diaorang dah buang signboard, pokok dan juga tangga yang diletakkan ditempat yang pelik
- Diaorang dah fixed bila korang keluar kenderaan bergerak, tapi takda damage
@gamersantaimy
Discussion about this post