Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[UPDATE] Grand Theft Auto V dilaporkan percuma di PC hari ini sehingga 21 MEI! Tebus jangan tak tebus!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 14, 2020
in Artikel, Berita, Epic Store, PC
0 0
0
[UPDATE] Grand Theft Auto V dilaporkan percuma di PC hari ini sehingga 21 MEI! Tebus jangan tak tebus!
Share on FacebookShare on Twitter

UPDATE: Khabar angin terbukti dan game percuma seterusnya di Epic Games Store adalah Grand Theft Auto V. Tweet di bawah (yang sudah dibuang) telah mengesahkan khabar angin itu. Tetapi, permainan tidak akan tersedia sehingga malam ini. Menurut akaun Twitter Epic Games Store, GTA V boleh dimuat turun secara percuma sehingga 21 Mei. HARAP MAKLUM! Ini ialah muat turun percuma, bukan trial atau demo.

https://twitter.com/EpicGames/status/1260242356076457985


Grand Theft Auto V atau lebih dikenali sebagai GTA 5 – dilaporkan akan percuma untuk ditebus hari ini atau esok di PC melalui Epic Games Store. Pengedar permainan PC tersebut sedang bersiap sedia untuk mendedahkan permainan percuma, dan tidak seperti permainan percuma mingguan sebelumnya, Epic Games memberi “hype” yang tinggi pada game misteri ini. Saya pun tidak boleh salahkan mereka kalau game itu merupakan satu IP yang besar.

👀🤔🗝️ pic.twitter.com/6iuVEQED91

— Epic Games Store (@EpicGames) May 7, 2020

Laporan tersebut berasal daripada pelbagai sumber, tetapi yang paling boleh dipercaya adalah laporan daripada Game Pressure. Mereka menyebut bahawa “sumber yang boleh dipercayai” telah memberi tahu bahawa Epic Games Store akan menghadiahkan Grand Theft Auto V secara percuma untuk dimuat turun, dimainkan dan disimpan bermula hari (14 Mei 2020) atau esok.

Pada masa penerbitan, Epic Games, Rockstar atau Take-Two Interactive masih belum memberi komen tentang laporan ini. Hasilnya, peminat Grand Theft Auto susah untuk percaya info di atas. Lazimnya, ketika sesebuah laporan adalah palsu, pihak bertanggungjawab akan cuba meminimumkan isu dengan membuat tuntutan yang membuktikan laporan itu salah. Namun, kerana semua pihak diam, dan memandangkan ia akan disahkan hari ini atau esok, membuat saya percaya info ini.

Jika laporan itu betul, ini adalah langkah yang besar oleh Epic Games. Grand Theft Auto V telah dikeluarkan pada tahun 2013, tetapi merupakan salah satu permainan video paling laris setiap tahun. Dalam erti kata lain, tidak ada alasan untuk Rockstar Games menurunkan penjualan dan menjadikan permainan percuma untuk dimuat turun bagi semua pengguna PC. Kecuali! Jika Epic Games mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk menjayakan projek ini. Fortnite telah menjadi pelaburan yang besar untuk syarikat itu, dan mereka juga mempunyai dana wang milik Tencent.

Grand Theft Auto V boleh didapati di PS4, PS3, Xbox One, Xbox, dan PC. Untuk lebih banyak berita, khabar angin, kebocoran, dan semua jenis liputan lain mengenai francais GTA, pastikan untuk membaca semua artikel kami yang lalu dan terkini dengan menekan sini.

Sumber – Wanuxi

Tags: Freegrand theft autoGrand Theft Auto Vgta 5PCPercuma
Previous Post

Fortnite akan tiba di PS5 dan Xbox Series X semasa pelancaran!

Next Post

RAZER mengumumkan SOUTHEAST ASIAN INVITATIONAL 2020 bermula 22 Jun ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
RAZER mengumumkan SOUTHEAST ASIAN INVITATIONAL 2020 bermula 22 Jun ini!

RAZER mengumumkan SOUTHEAST ASIAN INVITATIONAL 2020 bermula 22 Jun ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd