Hari ini, ATLUS dan Vanillaware telah mengumumkan RPG taktikal baru ‘Unicorn Overlord‘ untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Nintendo Switch dan Xbox Series. Ia akan dilancarkan pada 8 Mac 2024.
Sempena itu, mereka telah mengeluarkan trailer baru yang anda boleh tonton di bawah:
Sinopsis
Bebaskan kerajaanmu, kembalikan takdirmu.
Daripada pencipta sama yang membuat 13 Sentinel: Aegis Rim dan Odin Sphere, ATLUS x Vanillaware mempersembahkan karya baru dalam genre RPG fantasi taktikal. Lawan nasib dan mulakan pengembaraan diraja untuk mendapatkan semula pemerintahan anda bersama rakan sekutu yang boleh dipercayai.
Unicorn Overlord menggabungkan genre RPG taktikal dengan penerokaan dunia luar dan sistem pertempuran yang inovatif untuk pengalaman fantasi epik yang unik dalam gaya 16-bit ikonik milik Vanillaware.
Sorotan utama:
- Jelajah dunia yang berwarna-warni, kumpulkan unit dan arahkan mereka ke dalam pertempuran
- Lakukan misi heroik dan menjadi makin terkenal di seluruh lima negara
- Kumpul tentera besar dengan lebih 60 watak unik, daripada manusia dan elf kepada makhluk besar dan makhluk kayangan
Edisi istimewa
Pada masa yang sama, mereka mengumumkan akan ada edisi terhad yang datang dengan pelbagai barangan eksklusif:
Unicorn Overlord Monarch Edition (Limited Edition):
- Kotak deluxe khas yang direka oleh VANILLAWARE
- Album 16-bit: Muzik latar belakang game disusun menjadi muzik 16-bit oleh Basiscape (2 CD)
- Buku Seni: Termasuk ilustrasi watak, konsep tematik, reka bentuk dan lakaran awal, dan banyak lagi (132 muka surat)
- Permainan Kad Asal: Permainan kad asal lengkap untuk 2–4 pemain, direka oleh VANILLAWARE
- Salinan Fizikal untuk game Unicorn Overlord (versi Inggeris)
Unicorn Overlord Monarch Edition (Digital Deluxe Edition)
- Album 16-bit: Muzik latar belakang game disusun menjadi muzik 16-bit oleh Basiscape (2 CD)
- Buku Seni: Termasuk ilustrasi watak, konsep tematik, reka bentuk dan lakaran awal, dan banyak lagi (132 muka surat)
- Game Unicorn Overlord (versi digital)
Bonus Pembelian Awal: Set Coat of Arms (DLC)
Harus ada untuk peminat, DLC ini membolehkan pemain customize sepanduk untuk tentera dengan jata berasaskan senjata Odin Sphere, Dragon’s Crown dan 13 Sentinel: Aegis Rim.
Sekali lagi saya ingatkan, Unicorn Overlord akan dilancarkan di PlayStation 5, PlayStation 4, Nintendo Switch dan Xbox Series pada 8 Mac 2024.
@gamersantaimy
Discussion about this post