ASUS Republic of Gamers (ROG) Malaysia sebelum ini telah mengumumkan koleksi aksesori fesyen ROG Slash 2022: Crossbody Bag, Hip Bag, Laptop Bag, dan Bucket Hat secara rasminya telah mula dijual di Malaysia.

Diinspirasikan oleh cyberpunk dan dunia digital moden, produk ini dibuat dengan bahan premium dan menampilkan estetika budaya gaming. Pada masa yang sama, ia menampilkan reka bentuk berani dengan warna merah-ungu dan biru elektrik diinspirasikan oleh game multiplayer tradisional di mana pemain selalunya dibezakan mengikut merah dan biru.
Dengan tali boleh laras, berbilang poket dan diperbuat daripada bahan TPU kalis air, ROG Slash bersiap sedia untuk menjamin keperluan kehidupan seharian.
Tanpa melengahkan masa lagi, berikut adalah unboxing kami untuk koleksi ROG Slash 2022:
ROG Slash Crossbody Bag
Pertama sekali, kita ada ‘ROG Slash Crossbody Bag’ padat yang mempunyai binaan ‘hardcase’ untuk perlindungan tambahan, dan menampilkan skema warna yang berani serta kancing bersaiz besar untuk memberikan rupa yang menyerlah.
Poket berzip hadapan dan zip capai-pantas untuk ruang utama membolehkan penyimpanan barang yang cepat dan mudah, manakala tali bahu boleh laras dengan “snap hook 360°” memastikan beg sentiasa selamat dan selesa pada badan.
ROG Slash Hip Bag
Kedua, kita ada ‘ROG Slash Hip Bag’ yang mempunyai poket utama untuk keperluan harian dan poket akses pantas untuk kad. Beg ini boleh dipakai di pinggang atau disangkut di bahu, dengan kancing magnet Fidlock yang mudah dicapai dalam mana-mana situasi.
ROG Slash Laptop Bag
Ketiga, kita ada ‘ROG Slash Laptop Bag’ yang direka untuk komputer riba sehingga 15.6 inci dan boleh dibawa atau disangkut pada bahu. Beg ini mempunyai fabrik dalaman bercorak khas, kusyen EVA dan tali untuk melindungi komputer riba semasa pengangkutan. ROG Slash Laptop Bag juga mempunyai tali bagasi untuk perjalanan yang lebih jauh.
ROG Slash Bucket Hat
Akhir sekali adalah ‘ROG Slash Bucket Hat’ yang menawarkan perlindungan matahari 360° dengan menampilkan reka bentuk bertema ROG eksklusif dan butiran tersembunyi. Topi ini adalah kalis air, jadi ia sesuai untuk digunakan dalam sebarang cuaca.
Harga dan ketersediaan
Semua produk kecuali ROG Slash Bucket Hat (akan datang tidak lama lagi) boleh didapati sekarang di Malaysia melalui Shopee. Berikut adalah pautan dan harga rasmi:
ROG SLASH Crossbody Bag – RM399.00
ROG SLASH Hip Bag – RM499.00
ROG SLASH Laptop Bag – RM399.00
Untuk segala liputan kami tentang ROG termasuk teknologi, fesyen dan lain-lain, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post