Sony terus meraikan legasi PlayStation dengan memperkenalkan DualSense Wireless Controller – 30th Anniversary Limited Edition. Edisi khas ini dicipta untuk mengenang konsol PlayStation original, yang pertama kali dilancarkan pada 3 Disember 1994. Kami berkesempatan untuk unboxing controller istimewa ini, dan berikut adalah pengalaman kami.
Menghayati Warisan PlayStation
Kotak DualSense ini sendiri merupakan penghormatan kepada sejarah PlayStation. Bahagian depannya dihiasi dengan lakaran produk yang bergaya tersebut, lengkap dengan rekaan retro TV static. Di bawah logo PlayStation, terdapat pelekat bertulis “MALAYSIA OFFICIAL PRODUCT,” menandakan ia adalah produk rasmi Sony yang diedarkan di Malaysia.
Sebaik sahaja kotak dibuka, kami teruja melihat bahagian dalam yang dihiasi dengan pelbagai ikon yang diilhamkan oleh PlayStation, termasuk controller, konsol, dan aksesori lain yang telah bantu membentuk dunia permainan video.
Apabila mengeluarkan DualSense ini, anda pasti terpesona dengan skema warna kelabu yang menyerupai konsol PlayStation original. Logo PlayStation klasik diletakkan dengan megah di bahagian tengah, manakala butang di sebelah kanan mengekalkan simbol PlayStation tradisional—△, 〇, ✕, dan ▢—dengan warna asalnya. Gabungan antara nostalgia dan reka bentuk moden ini terbukti cukup menawan hati.
Controller ini bukan sahaja memukau dari segi rupa, tetapi juga dilengkapi dengan semua teknologi inovatif yang menjadikan DualSense satu peranti yang hebat:
- Haptic Feedback: Rasai setiap getaran dan tekstur dalam game yang serasi, memberikan pengalaman yang lebih “immersive”.
- Adaptive Trigger: Alami rintangan dinamik pada butang trigger yang berubah mengikut aksi dalam game.
- Keserasian Cross-Platform: Gunakan controller ini dengan PS5, PC, Mac, Android, atau iOS melalui Bluetooth atau USB Type-C. (Perhatian: Kabel USB tidak disediakan, tetapi kabel yang datang dengan PS5 boleh digunakan.)
DualSense Wireless Controller – 30th Anniversary Limited Edition bukan sekadar aksesori gaming—ia adalah simbol sejarah PlayStation. Dengan gabungan reka bentuk nostalgia dan ciri inovatif, controller ini menjadi pilihan wajib bagi peminat yang ingin meraikan legasi PlayStation dengan penuh gaya.
Sama ada anda peminat setia yang membesar dengan PlayStation original atau pemain baharu yang menghargai sejarahnya, DualSense ini adalah cara terbaik untuk menghormati 30 tahun kecemerlangan PlayStation dalam dunia gaming.
Sebahagian daripada Koleksi Ulang Tahun Ke-30
DualSense edisi terhad ini adalah sebahagian daripada PlayStation 30th Anniversary Collection oleh Sony, yang turut merangkumi:
- PlayStation 5 Digital Edition – 30th Anniversary Limited Edition Bundle (Slim)
- DualSense Edge Wireless Controller – 30th Anniversary Limited Edition
- PlayStation Portal Remote Player – 30th Anniversary Limited Edition
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post