Seperti yang korang tahu, semalam baru sahaja PUBG Mobile Malaysia National Championship 2019 (PMNC 2019) telah pun melabuhkan tirai mereka malam tadi dengan menyaksikan kemenangan ViP Squad – Victorious in Play menjuarainya, dan diikuti Arov eSports di tempat kedua, Junior Talent tempat ketiga dan Team Secret di tempat keempat. Mereka telah membawa pulang kolam hadiah sebanyak RM114,000 serta mendapat satu tahun data percuma Yoodo dan kesemua empat pasukan ini akan bersama mengikuti pasukan Yoodo Gank ke PMCO SEA Fall Split 2019 yang akan datang.
Okay jadi kalini saya nak la berkongsikan serba sedikit apa yang ada di PMNC 2019 semalam dan kelmarin. Antara yang pertama, Yoodo Gank disertai ahli baru untuk segala acara besar-besaran! Bersama CEO Yoodo En. Chow Tuck Mun telah menyampaikan jersi di PR Yoodo bersama Raymond Tan Boon Sheng atau pun nama IGN nya iSh0tz akan menyertai Yoodo ManParang, Yoodo Geek, Yoodo Draxx dan Yoodo Jimboy untuk ke PMCO SEA Fall Split yang dijangka akan berlansung di Bangkok, Thailand.
Selain itu, acara pembukaan hari pertama PMNC 2019 dimulakan dengan persembahan tarian dan pengenalan pasukan yang akan bertanding.
Tapi persembahan hari kedua lagi menarik apabila PMNC 2019 mengadakan Influencer Showmatch yang diadakan. Sebuah perlawanan ‘Influencer‘ yang antaranya adalah MasterRamen, Abam Bocey, Soloz, Cortx, Yoodo Gank bersama Miss Farr dan CEO mereka sendiri En Chow Tuck Mun, J hunter serta ramai lagi telah membentuk skuad untuk menentang di perlawanan PUBG Mobile tersebut.
Yang menjadi lawaknya kat sini, pasukan Top 2 adalah pasukan Yoodo Drax yang kaki bar-bar dan lawan mereka adalah Raja Camper Master Ramen! Bertuahnya Master Ramen bulatan memang memihak kepada dia tapi akhirnya terciduk dengan kumpulan Draxx apabila hanya tinggal sebuah lagi rumah yang mereka tidak mencari, dan mereka dah tahu disitu lah MasterRamen bercamping, maka pengakhiran sadis mereka yang mati dengan Molotov dan Bom. Jangan tanya kenapa lah, masa ni acara bergegar dengan tawa penonton dan peminat!
Kat luar arena ini pula, prop di luar juga sangat menarik, penonton boleh ambil gambar kenangan, penonton dan penyokong juga mendapat Goodie Bags, serta menyertai beberapa permainan mini dari PUBG Mobile, Yoodo dan Vivo. Dari kesemua mainan mini ini, cabutan bertuah buat penonton diadakan setelah penonton berjaya mengumpul 3 cop dari kesemua booth ini. Selain itu ada beberapa bahagian yang disediakan kepada penonton untuk tonton perlawanan kerana tidak dapat masuk ke dalam arena sebab penuh.
Untuk keseluruhan memang ternyata memuaskan hati lah, walaupun saya kehulur hilir mencari apa yan menarik, saya puas hati. Tak terlupa terima kasih pada krew Vivo dan Yoodo telah melayan saya dengan hati yang terbuka. Jadi apa-apa acara eSports lepas ni saya sarankan korang untuk terus menyokong pasukan-pasukan eSport tempatan. Sebab lebih ramai penonton lebih semangat membara pasukan-pasukan ini semua. Jadi sekian celoteh saya harini! Jumpa lagi geng!
@gamersantaimy
Discussion about this post