Kami pernah mengulas tentang Razer Kraken Kitty Edition sebelum ini, dan kini ia kembali dalam bentuk Razer Kraken BT Kitty Edition, di mana “BT” bermaksud Bluetooth. Seperti pendahulunya, ia menggunakan alat tambahan telinga kucing istimewa untuk pengguna menggayakan penampilan comel mereka dengan 16.8 juta warna dan kesan pencahayaan melalui Razer Chroma. Tanpa melengahkan masa lagi, mari kita lihat penampilan headset comel ini dahulu!
Reka bentuk kucing untuk pengguna yang inginkan kecomelan
Daripada segi reka bentuk, ia tidak terlalu berubah daripada Razer Kraken Kitty Edition, tetapi kebanyakan perbezaannya adalah pada headband yang boleh diubah suai. Span untuk versi BT hanya menutup bahagian atas kepala dan bukannya menutupi seluruh jalur headband. Secara amnya, ini tidak mempengaruhi tahap keselesaan saya secara drastik. Walaupun begitu, keselesaan setiap individu adalah subjektif.
Jadi semasa menguji headset ini, tahap keselesaan saya tidak begitu memuaskan. Saya mempunyai yang telinga besar, jadi kusyen headset tidak tidak muat dengan kepala saya. Ini mempengaruhi kualiti bunyi pada tahap tertentu. Untuk membetulkan isu ini, saya terpaksa memuatkan telinga ke dalam kusyen headset untuk mendapatkan bunyi yang lebih baik. Bagi kemudahan “membawa”, headset ini amat ringan. Selama durasi memakai, kepala saya tidak pernah mudah penat atau tertekan.
Kualiti bahan pula tidak terasa terlalu mewah, malah kelihatan seperti plastik murah. Ia mempunyai mikrofon “built-in“, jadi selain daripada tambahan telinga kucing, ia mempunyai fungsi seperti headset biasa lain. Bahagian kanan mempunyai butang kuasa, butang volume, penunjuk status dan port pengecasan. Pencahayaan dan tetapan headset pula harus diubah suai melalui aplikasi Razer.
Tidak ada perisian yang menyokong efek pencahayaan peranti di PC. Ini bermaksud headset BT Kitty perlu diubah suai sepenuhnya melalui aplikasi mudah alih (mobile). Aplikasi Audio Razer harus dimuat turun supaya anda boleh bermain-main dengan equalizer, pemadaman automatik, dan mod gaming. Razer Chroma RGB adalah sebuah lagi aplikasi yang perlu anda muat turun untuk efek pencahayaan. Aplikasi ini dapat mengubah pencahayaan untuk notifikasi, panggilan, dan lain-lain, tetapi ia tidak mempunyai kegunaan sebenar kerana anda tidak akan melihat efek pencahayaan ketika memakainya.
Fungsi kawalan mudah
Tekan | Play/Pause |
Terima atau tamatkan panggilan | |
Meletakkan panggilan “on-hold” dan menerima panggilan lain | |
Tamatkan panggilan dan tukar ke panggilan “on-hold” | |
Tekan dan tahan selama 2 saat | Lancarkan arahan suara |
Menolak panggilan | |
Menukar panggilan | |
Tekan dan tahan selama 4 saat berpasangan | Aktifkan mod pairing |
Tekan dua kali | Skip track |
Tekan tiga kali | Previous track |
Tekan tiga kali kemudian tahan tekanan terakhir selama 2 saat | Aktifkan/matikan mod Gaming |
Peranti itu sendiri boleh bertahan selama 23 jam untuk penggunaan berterusan, dan akan memberitahu pengguna bila sudah hampir habis bateri. Ia boleh dicas semula sehingga 100% penuh dalam masa dua jam.
Prestasi bunyi semasa mendengar muzik & bermain
Semasa menggunakan peranti untuk tempoh masa yang lama, pengalaman saya bersama headset kekal selesa. Untuk streamer yang menggunakan headset telinga kucing bergaya ini, gunalah selama mana yang kamu mahukan. Tidak ada alasan untuk tidak menggunakannya kerana kualiti bunyi pun cukup bagus. Semasa menguji Assassin’s Creed Valhalla, langkah kaki, bunyi gema dan ambien cukup jelas. Bass-nya agak kurang, jadi mereka yang ingin pengalaman yang lebih mendalam mungkin tidak beberapa menyukainya. Mod Gaming tidak mempunyai perbezaan yang besar selain daripada kelantangan bunyi, tetapi ini mungkin sesuatu yang berbeza untuk setiap individu.
Headset ini memang sesuai sangat untuk streamer yang ingin penampilan yang comel! Dengan penambahan bluetooth, wayar-wayar yang menjengkelkan pun tidak akan mengganggu live stream anda. Sambungan dan latensi Bluetooth cukup baik, tetapi jarak Bluetooth sebenarnya tidak begitu tepat. Ia dilengkapi dengan kabel untuk kita mengecas di PC, tetapi nasihat saya adalah untuk tidak menggunakannya semasa bateri rendah kerana ia akan mengganggu dengan notifikasi Low Battery.
Seperti yang saya sebutkan di atas tentang kusyen telinga, ukurannya tidak sesuai untuk semua penguna, dan ia boleh jatuh dengan mudah bergantung pada saiz individu tersebut, terutama jika anda bergerak, selain daripada kualiti bunyi yang “biasa-biasa” sahaja. Walau bagaimanapun, Razer Kraken BT Kitty Edition adalah sesuatu yang peminat akan membeli jika mereka ingin sesuatu yang lebih bergaya. Untuk mereka yang berminat, anda boleh dapatkannya sekarang di Lazada, Shopee untuk harga RM519!
Spesifikasi (menurut laman rasmi)
Wearing Style | Wireless Over Ear (Bluetooth) |
Driver Diameter | 40mm |
Mic Setup | Internal Beamforming Mics (2) |
Kitty Ears and Earcups Powered by Razer Chroma | Yes |
Frequency Response | 20 – 20kHz |
Weight | 298 g |
Controls | On Earcup |
Battery Life | Up to 20 Hours w/ LightingUp to 50 Hours w/o Lighting |
FREQUENCY RESPONSE | 20 Hz – 20 kHz (44.1 kHz Sampling) |
IMPEDANCE | 32 Ω |
SENSITIVITY | 96 dB/mW at 1 kHz |
DRIVER SIZE – DIAMETERS (MM) | 40 mm |
DRIVER TYPE | Dynamic Driver |
DRIVER TYPE | Over-Ear (Circumaural) |
INNER EARCUP DIAMETER | Major Diameter 102 mm, Minor Diameter 88.5 mm |
EARPADS MATERIAL | Plush Leatherette with Foam |
NOISE CANCELLING | Dual Mic Noise Cancelation |
CONNECTION TYPE | Bluetooth 5.0 connection |
CABLE LENGTH | None |
WEIGHT | 0.66 lbs / 298 g |
MICROPHONE STYLE | ECM |
PICK-UP PATTERN | Omni-directional |
MICROPHONE FREQUENCY RESPONSE | 100 Hz – 10 kHz |
MICROPHONE SENSITIVITY (@1KHZ) | -38 dBV/Pa (1 kHz) |
VIRTUAL SURROUND ENCODING | None |
VOLUME CONTROL | Yes (VOL + and VOL – Wheel) |
OTHER CONTROLS | Power On / Pairing / Multi-Function Button |
BATTERY LIFE | Up to 20 Hours with Lighting OnUp to 50 Hours with Lighting Off |
LIGHTING | RGB LED for indicating power, pairing and charging status |
COMPATIBILITY | BT Connection: Mobile / System |
@gamersantaimy
Discussion about this post