Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ulasan lanjut Assassin’s Creed Valhalla: terokai dunia Viking bersama Eivor!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 15, 2020
in ARPG, Artikel, Berita, Game Review, PC, PS4, PS5, Review, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Ulasan lanjut Assassin’s Creed Valhalla: terokai dunia Viking bersama Eivor!
Share on FacebookShare on Twitter

Assassin’s Creed Valhalla adalah game terbaru dalam siri Assassin’s Creed oleh Ubisoft, dan yang pertama untuk PS5 dan Xbox Series X. Walaupun begitu, Valhalla adalah sebuah pengalaman yang terasing lagi, sekurang-kurangnya berdasarkan demo yang saya mainkan minggu lepas. Seperti Origins dan Odyssey, Valhalla menampilkan dunia yang besar dengan protagonis yang dapat diubah suai dan pertempuran yang jauh lebih terbuka daripada entri Assassin’s Creed sebelumnya. Tetapi Valhalla juga merasa sedikit lebih lancar daripada pendahulunya, dengan tema yang lebih bercita-cita tinggi dalam kisahnya.

Saya tidak tahu sama ada Valhalla akan membetulkan setiap masalah yang saya hadapi pada percubaan demo pertama, tetapi saya tahu bahawa saya tidak pernah bosan sekali, dan dengan senang hati, akan terus bermain lebih lama. Inilah ulasan lanjut saya untuk Assassin’s Creed Valhalla.

Sistem pertempuran yang padat

Sekiranya ada satu perkara yang tidak pernah memuaskan hati di dalam siri, itu adalah sistem pertempuran Assassin’s Creed. Permainan sebelumnya terlalu mudah manakala judul kemudian terlalu repetitif. Apa pun pandangan anda, Valhalla jauh lebih dekat dengan Origins dan Odyssey. Anda dapat memakai berbagai senjata, daripada kapak kepada tombak, dan memukul musuh dengan serangan ringan atau berat. Sebilangan besar musuh mempunyai perisai, dan akan menghalang (block) serangan anda sehingga anda memecahkannya. Beberapa musuh akan menyerang sekaligus, yang bermaksud bahawa pertempuran adalah aksi seimbang antara ofensif dan defensif.

Pertama sekali ialah pertempuran memang mengerikan. Anda bermain sebagai seorang pahlawan Viking bernama Eivor, yang tidak menunjukkan belas kasihan kepada musuh. Semasa demo, Eivor memotong anggota badan, memenggal kepala musuh dan kadang-kadang memijak mereka hingga mati.

Walaupun begitu, saya seronok dapat mencuba semua senjata berbeza, terutamanya kerana anda kini boleh menggunakan dua senjata serentak. Menepis serangan musuh kini adalah lebih penting, kerana ini adalah satu-satunya cara untuk membuka defensif. Memecahkan perisai musuh juga lebih intuitif daripada permainan sebelumnya. Saya tidak menghadapi banyak jenis musuh dalam misi – di mana kebanyakannya hanya tentera Inggeris – tetapi beberapa mempunyai perisai dan tombak, jadi saya terpaksa mengubah taktik sedikit.

Nyawa sudah tidak lagi diisi semula di Valhalla, yang bermaksud bahawa anda harus mencari makanan di dunia luar dan menjimatkan saki-baki sebagai jatah pemulihan. Memulihkan nyawa adalah sesuatu yang indah, tetapi ini adalah sumber yang sangat terhad semasa pertarungan yang sukar. Aksi menepis (parry) dan mengelak (dodge) juga adalah elemen yang penting. Malangnya, anda tidak lagi dapat mengelak secara infiniti. Sekiranya pemain menggunakan stamina untuk mengelak, anda harus tunggu untuk ia isi semula, lantas menjadikan menepis atau parry lebih penting.

Sistem kemajuan watak yang lebih menyeluruh

Saya berpeluang memperoleh “skill points” dan mengagihkannya dalam sistem kemajuan watak permainan. Eivor mempunyai akses ke tiga skill tree berbeza iaitu: Raven, Bear dan Wolf. Masing-masing pula mempunyai playstyle yang berbeza seperti stealth, melee dan range tetapi saya tidak berpeluang memeriksa ketiga-tiga skill tree secara terperinci lagi.

Setiap kali anda membuka mana-mana upgrade kecil di skill tree seperti peningkatan pada melee damage atau peningkatan HP, ia bermaksud anda lebih dekat untuk mempelajari abiliti baru, seperti melompat ke udara dan menghiris musuh semasa jatuh. Anda juga kadangkala harus memilih antara dua abiliti berbeza, yang masing-masing membuka laluan yang berbeza. Namun, anda hanya dapat meningkatkan abiliti menggunakan buku yang diperolehi di dunia luar, bukan hanya dengan mengagihkan skill points.

Takluk kampung di sekitar dunia dengan fitur Raid

Salah satu masalah besar saya tentang Assassin’s Creed Odyssey adalah bahawa Conquest Battle tidak mempunyai matlamat sebenar dan bersidat repetitif. Nasib baik lah, fitur “Raid” di Assassin’s Creed Valhalla menangani isu ini. Permainan masih ada pertempuran besar-besaran, tetapi ia bukan pertarungan berulang di medan perang yang sesak. Sebagai gantinya, setiap “raid” bermula apabila anda melayari kapal panjang ke kubu musuh, kemudian mengumpulkan sekutu untuk mulakan serangan.

Semasa anda dan rakan-rakan bertarung di kubu musuh, anda akan maju selepas membuka kawasan baru. Selepas anda menyerang kubu tertentu, anda tidak perlu menyerangnya lagi dan kita hanya perlu merampas “loot-nya” sekali sahaja, tidak seperti Conquest Battle yang sentiasa berulang berulang.

Stealth kurang digunakan kali ini

Salah satu harapan terbesar saya untuk Assassin’s Creed Valhalla adalah stealth menjadi pilihan yang sesuai dalam hampir semua situasi, seperti di Assassin’s Creed Unity. Malangnya, ia masih sangat mudah untuk kita dijumpai oleh musuh lalu terpaksalah pemain melepaskan diri dengan pertempuran secara berdepan. Assassination atau membunuh musuh yang kuat juga ada QTE, yang bermaksud ia lebih mudah untuk kita kantoi. Mungkin ini terjadi kerana kemahiran watak yang saya bina daripada skill tree tidak dioptimumkan untuk elemen stealh.

Terlalu banyak untuk dibuat dalam dunia yang sangat luas

Memang terlalu banyak benda yang untuk dilakukan di Assassin’s Creed Valhalla. Permainan ini membahagikan aktiviti sampingan kepada tiga jenis iaitu : Mysteries, Wealth dan Secrets. Bagi pendapat saya, “Mysteries” adalah yang paling menarik, kerana di sinilah anda dapat memburu makhluk legenda, pertarungan bos optional dan misi sampingan berdasarkan naratif watak.

“Wealth” pula adalah seperti mencari sejumlah wang atau barang-barang “rare”. Di sini, anda selalunya harus menyelinap atau bertarung di dalam kubu musuh. Saya melihat sekitar 10+ kawasan yang boleh dijelajahi di peta, dan East Anglia sahaja mempunyai lebih daripada 30 aktiviti sampingan untuk kita selesaikan.

*”Secrets” masih adalah satu misteri bagi saya.”

Pendapat

Assassin’s Creed Valhalla amat menyeronokkan selama beberapa jam yang saya main. Saya menikmati pertarungannya, mengagumi kisahnya dan berpeluang melihat-lihat England pada abad pertengahan. Soalan terbesar sekarang adalah jika permainan akan kekal menyeronokkan untuk sebahagian besar waktu? Berdasarkan sebahagian kecil yang saya main, nampaknya permainan ini dengan mudah dapat dinikmati selama 50+ jam.

Saya telah bermain Assassin’s Creed sejak permainan pertama, dan tidak mempunyai niat untuk berhenti dalam masa terdekat. Valhalla kelihatan sangat mirip dengan Origins dan Odyssey, dalam cara yang menjanjikan gameplay menarik dan lebih memuaskan. Ini hanyalah ulasan awal untuk demo, dan saya akan menilai permainan dengan lebih teliti ketika ia keluar pada hujung tahun ini. Itu sahaja untuk ulasan ini. Sehingga kita berjumpa lagi, selamat ber-gaming!

GS Gameplay:

Assassin’s Creed Valhalla akan dilancarkan pada 10 November untuk PC, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series S, dan Xbox Series X. Untuk segala liputan kami tentang permainan ini, sila klik di sini.

Tags: Assassin's CreedAssassin's Creed ValhallaDemoEivorGameplayreviewubisoftulasan
Previous Post

Menyerang mengikut Irama- Ini adalah Review Demo Kingdom Hearts: Melody of Memory

Next Post

MALAYSIA, I Choose You! Razer | Pokémon, Edisi Terhad Pikachu Kini Tiba!!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
MALAYSIA, I Choose You! Razer | Pokémon, Edisi Terhad Pikachu Kini Tiba!!

MALAYSIA, I Choose You! Razer | Pokémon, Edisi Terhad Pikachu Kini Tiba!!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd